Pusat Keselamatan

Misi TikTok adalah untuk merakam dan menyerlahkan kreativiti, pengetahuan serta detik-detik dunia yang penting dalam kehidupan seharian. Sebagai komuniti global yang mengutamakan kreativiti dan ekspresi, adalah penting untuk pengguna rasa selamat dan selesa dalam komuniti ini. Dasar-dasar dan alat-alat kami dikembangkan untuk memupuk persekitaran yang positif serta selamat untuk komuniti kami dan kami percaya pengguna akan menghormati dan memahami langkah-langkah ini untuk memastikan TikTok menyeronokkan dan sesuai untuk semua orang.