Skip to main content
Topik

Penipuan

Pendirian kami mengenai penipuan

Di TikTok, kami sangat mementingkan keselamatan pengguna dan keaslian kandungan. Kami mengambil pendekatan tidak bertoleransi sama sekali dan tidak membenarkan apa-apa bentuk kandungan berkaitan penipuan di platform kami. Seperti yang telah kami nyatakan secara jelas dalam Garis Panduan Komuniti, kami berusaha untuk mengeluarkan apa-apa kandungan yang cuba mengeksploitasi kepercayaan pengguna kami untuk faedah peribadi. Pengguna yang melakukan pelanggaran berulang boleh berdepan dengan sekatan akaun.

Kami mengakui mudarat yang boleh disebabkan oleh penipuan dan telah melancarkan beberapa inisiatif secara aktif bagi menyebarkan kesedaran tentang jenayah siber dan literasi digital, termasuk penyertaan dalamMinggu Kesedaran Penipuan Antarabangsa dan memulakankempen #BeCyberSmart kami sendiri.

Apakah itu penipuan?

Penipuan ialah perbuatan palsu dan memperdaya yang boleh berlaku di mana-mana platform. Penipuan-penipuan ini selalunya merangkumi eksploitasi terhadap orang lain kerana tujuan berbentuk keuntungan kewangan, tetapi boleh juga melibatkan penipu cuba memperoleh data peribadi seseorang. Ini merangkumi data seperti nombor ID peribadi, butiran log masuk akaun, alamat, tarikh lahir, alamat e-mel, nombor telefon dan Kata Laluan Sekali Guna (OTP).

Jenis Penipuan Dalam Talian yang Biasa

Berikut merupakan beberapa contoh penipuan dalam talian yang perlu diketahui:

Penipuan kerjaPenipuan yang mempromosikan tawaran kerja palsu dan tanpa diminta yang kelihatan berprestij, bergaji lumayan dan memerlukan usaha yang minimum. Penipuan jenis ini selalunya termasuk “yuran pendaftaran” yang tidak akan dapat diperolehi semula oleh mangsa dan mungkin meminta maklumat peribadi untuk digunakan dalam penipuan seterusnya.
Pemancingan (Phishing)Penipuan yang melibatkan pengguna diperdaya untuk menyerahkan maklumat peribadi tanpa disedari secara sukarela. Penipuan jenis ini selalunya dilakukan melalui laman web, e-mel atau teks palsu yang seolah-olah mewakili syarikat yang sah.
Penipuan pinjamanPenipuan melibatkan individu yang mendakwa dirinya ialah pemberi pinjam wang berlesen dan meyakinkan mangsa agar membayar “deposit” untuk pembayaran pinjaman. Setelah pemindahan deposit, penipu ini tidak lagi dapat dihubungi. Mereka juga mungkin meminta maklumat peribadi untuk memeras ugut mangsa supaya membuat pembayaran lagi kemudian.
Penipuan Wang ‘Mule’ (Mule Money Scam)Penipuan yang menawarkan peluang menghasilkan wang dengan meminta pengguna menyerahkan kawalan atas akaun bank mereka sebagai pulangan untuk komisyen. Dengan melakukan perkara ini, pengguna secara tidak sengaja mungkin membantu dalam perbuatan pengubahan wang haram yang menyalahi undang-undang.
Penipuan Permainan Mudah AlihPenipu menawarkan item dalam permainan tanpa sebarang kos atau pada kadar lebih murah. Ini selalunya diikuti dengan arahan untuk melawati laman web atau mengklik pada sesuatu pautan. Ini berpotensi mendedahkan pengguna kepada kehilangan akaun, kerugian mata wang permainan, atau kerugian kewangan.
Penipuan pulangan yang tidak realistikPenipuan wang percuma yang memberi pengguna pulangan wang tunai, wang kertas palsu, mata wang digital, mata wang permainan, mata wang kripto, dll selalunya dalam percubaan untuk menipu pengguna melalui “yuran pentadbiran” atau untuk mencuri maklumat peribadi mereka.

Penipuan barangan dan perkhidmatan percuma yang menjanjikanpengguna pulangan barangan dan/atau perkhidmatan percuma termasuk kad hadiah, telefon, perkhidmatan penstriman video, tawaran pekerjaan, kaedah penipuan, dokumen palsu, akaun dalam talian yang dicuri atau palsu, maklumat kewangan yang dicuri atau palsu, diskaun, dll selalunya dalam percubaan untuk menipu pengguna melalui “yuran pentadbiran” atau mencuri maklumat peribadi mereka.
Penipuan cintaPenipuan secara berpura-pura jatuh cinta dengan mangsa untuk memperoleh kasih sayang mereka, selalunya untuk mengakses akaun bank, kad kredit, pasport, akaun e-mel atau nombor pengenalan nasional mangsa, malah sehingga memaksa mangsa untuk melakukan penipuan bagi pihak mereka. Klik di sini untuk mendapatkan beberapa petua TikTok #BeCyberSmart dan mengelak penipuan cinta.
Penipuan loteriPenipuan yang memperdaya mangsa agar percaya bahawa mereka telah memenangi loteri atau hadiah cabutan bertuah yang hanya boleh diambil selepas membayar yuran pentadbiran, cukai atau pelbagai jenis pembayaran ke akaun bank luar negara.
Penipuan dermaPenipuan yang cenderung muncul pada masa berlakunya krisis apabila penipu meminta derma secara terus ke akaun bank mereka melalui mesej atau laman web yang direka untuk menerima derma atau mencuri maklumat peribadi.
Skim Ponzi atau piramidSkim Ponzi ialah penipuan pelaburan palsu yang menjanjikan kadar pulangan lumayan dengan risiko yang rendah. Ia menjana pulangan untuk pelabur awal dengan wang yang diambil daripada pelabur yang kemudian.

Skim piramid ialah penipuan pelaburan berasaskan penyediaan hierarki pemasaran rantaian.
Pertaruhan tetapPenipuan jenis ini selalu mendakwa memiliki petua atau maklumat dalaman berkenaan pertandingan yang ditetapkan, yang selalunya palsu (dan menyalahi undang-undang). Mangsa kehilangan wang yang dipertaruhkan melalui tukang ramal yang menipu ini.

Memastikan akaun anda kekal selamat

Kami tidak akan pernah meminta kata laluan anda melalui pemesejan langsung atau e-mel. Jika anda menerima e-mel daripada seseorang yang mendakwa dari TikTok, semak alamat e-mel tersebut dan pastikan ia berakhir dengan @tiktok.com sebelum membuka atau membalasnya.

Elakkan mengklik pada pautan yang tidak dikenali atau membuka lampiran yang tidak dikenali kerana pautan dan lampiran tersebut mungkin palsu atau berniat jahat. Apabila membuat transaksi, sentiasa sahkan keesahan laman dengan memeriksa URL dengan teliti.

Apabila berasa ragu-ragu sama ada sesuatu itu sah atau tidak, sentiasa semak dengan sumber yang asli, rasmi dan disahkan (cth, pergi ke laman web rasmi melalui enjin carian, bukan dengan mengklik pada pautan yang tidak dikenali dan berpotensi menimbulkan kesangsian).

Sediakan kata laluan yang kukuh dengan huruf besar dan kecil, angka, simbol dan perkataan. Berasa sukar untuk mengingati kata laluan anda? Gunakan perkataan yang berkaitan dengan memori anda dan bentukkan frasa cth: IhadKAYAtoast@8AM!

Elakkan berkongsi maklumat peribadi anda, kata laluan atau Kata Laluan Sekali Guna (OTP). Penggodam juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk membongkar kata laluan atau soalan keselamatan anda. Untuk lapisan keselamatan tambahan, dayakan Pengesahan Dua Langkah (2FA).

Jika anda fikir seseorang mungkin telah mengakses akaun anda atau jika anda melihat apa-apa kandungan yang menimbulkan kesangsian bahawa ia satu pemalsuan atau penipuanlaporkannya kepada kami dengan segera. Anda juga digalakkan untuk menukar kata laluan anda dengan segera.

Klik di sini untuk lebih banyak sumber mengenai Privasi dan Keselamatan di TikTok.

Melaporkan penipuan di TikTok

Melaporkan kemungkinan penipuan membantu menghalang percubaan pada masa hadapan dan melindungi orang lain. Jika anda terjumpa apa-apa kandungan berkaitan penipuan di TikTok, sila laporkannya dalam aplikasi di bawah “Pemalsuan dan Penipuan” supaya kami dapat mengambil tindakan segera dan terus memastikan keselamatan platform untuk komuniti kita.

Dapatkan Bantuan

Jika anda atau seseorang yang anda kenali memerlukan maklumat lanjut mengenai cara untuk memastikan keselamatan dalam talian dan mengenal pasti penipuan dalam talian, di sini terdapat beberapa sumber yang boleh membantu: