Skip to main content
Topik

Sokongan peristiwa tragik

Apakah itu peristiwa tragik?

Peristiwa tragik ialah peristiwa yang ketara, menyedihkan dan selalunya tidak disangka-sangka yang mengakibatkan bahaya, kehilangan atau penderitaan kepada individu dan komuniti. Peristiwa ini boleh merangkumi kedua-dua bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan ribut taufan, serta peristiwa yang sengaja atau tidak sengaja seperti kemalangan kereta, serangan pengganas, tembak-menembak besar-besaran atau letupan. Peristiwa ini boleh terdiri daripada kehilangan peribadi, seperti kematian mengejut orang tersayang, kepada peristiwa besar-besaran yang memberi kesan kepada ramai orang.

Cara mendapatkan sokongan berkaitan peristiwa tragik

Pengalaman berdepan dengan kesan daripada peristiwa tragik boleh membawa kepada pengalaman beremosi dan terasing. Jika anda atau sesiapa yang anda kenali telah terkesan oleh peristiwa tragik, ketahuilah bahawa anda boleh mendapatkan bantuan dan anda tidak keseorangan. Kami menggalakkan agar anda mendapatkan bantuan daripada pakar kesihatan mental, talian penting atau rangkaian sokongan komuniti. Selain melihat Panduan Kesejahteraan Mental kami, kami mengesyorkan agar anda menghubungi organisasi sokongan di rantau anda:

Ketahui lebih lanjut

Terdapat alat tersedia yang membolehkan anda memilih cara anda berinteraksi dengan kandungan yang berkaitan dengan peristiwa tragik untuk menyokong kesejahteraan anda:

  • Tetapkan sempadan: Liputan berita dan media tentang peristiwa tragik boleh menjadi cara untuk kekal termaklum, tetapi interaksi berterusan dengan perkara seperti ini boleh meningkatkan kebimbangan. Sesuaikan diri dengan perasaan anda. Seimbangkan keadaan kekal termaklum dengan mencari aktiviti alternatif yang menghiburkan dan menenangkan anda. Anda boleh memilih untuk mengurus FYP anda dan menggunakan ciri yang tersedia seperti ‘tidak berminat‘ untuk mengurangkan kandungan jenis ini pada suapan anda.
  • Dapatkan kumpulan sokongan tempatan atau dalam talian (seperti yang terdapat dalam senarai sumber kami): Ada kekuatan dalam kesepakatan. Pertimbangkan untuk menyertai kumpulan sokongan, sama ada dalam komuniti anda atau dalam talian. Pengalaman yang dikongsi boleh mengingatkan anda bahawa anda tidak menjalani kesukaran ini seorang diri.
  • Bergantung pada keluarga, rakan dan ahli komuniti anda: Kadangkala kita mengelak orang tersayang apabila kita menghadapi kesukaran. Tetapi mengasingkan diri akan membuat kita berasa lebih sunyi. Bercakap dengan, atau hanya duduk bersama dengan orang yang anda percayai, boleh memberikan sedikit kelegaan.
  • Jaga kesejahteraan anda: Sesetengah teknik sokongan yang boleh anda cuba termasuk menulis jurnal, membaca, mengamalkan amalan bersifat rohani, bertafakur, mendengar muzik, beriadah di kelilingi alam semulajadi, atau aktiviti lain yamg membolehkan anda memproses emosi anda.

Perkara yang anda kongsikan itu adalah sama penting dengan memutuskan sama ada anda patut berkongsi perkara tersebut. Kajian menunjukkan bahawa kisah tentang cara mengatasi masalah, harapan dan pemulihan dapat membantu orang lain. Anda mempunyai suara, tanggapan dan pengalaman yang unik– gunakan ini untuk membentuk mesej anda sendiri dan memberikan kesan.Mengambil langkah berjaga-jaga juga penting untuk memastikan maklumat yang anda terlibat dan kongsi adalah boleh dipercayai dan tepat. Anda boleh bertindak seperti ini dengan mendapatkan sumber yang boleh dipercayai dan berwibawa serta mengesahkan maklumat sebelum membuat perkongsian. Apabila bertindak balas terhadap kejadian tragik, pertimbangkan soalan yang berikut:

  • Adakah kandungan ini boleh mendatangkan kesan negatif kepada orang yang menonton kandungan (cth., mendedahkan mereka kepada imej yang ganas atau teori konspirasi)?
  • Adakah saya berkongsi maklumat yang tidak disediakan oleh sumber yang dipercayai, seperti jabatan kerajaan atau agensi berita berwibawa?
  • Adakah kandungan ini boleh mendatangkan bahaya secara tidak sengaja kepada mangsa, keluarga mereka, rakan, komuniti atau orang lain yang terkesan oleh peristiwa ini?
  • Adakah kandungan ini akan menyumbang kepada keadaan kebimbangan atau panik pada ketika ini yang menyelubungi peristiwa tragik tersebut?
  • Adakah kandungan yang mengandungi audio grafik, teks atau imej boleh mendatangkan bahaya atau mengganggu orang lain, terutamanya mereka yang terkesan oleh peristiwa tersebut?
  • Adakah kandungan ini menyalahkan komuniti tertentu untuk kejadian tragik tersebut?
  • Apabila bertindak balas terhadap peristiwa tragik yang disebabkan oleh individu, adakah kandungan ini akan mempromosikan tindakan individu yang bertanggungjawab atas peristiwa tragik atau akan menggalakkan orang lain berbuat ganas?

Jika anda memutuskan untuk menyiarkan kandungan sebagai tindak balas kepada peristiwa tragik:

  • Apabila berkongsi atau membincangkan keganasan atau kelakuan kebencian, berikan konteks yang anda tidak menyokong tingkah laku tersebut. Ini termasuklah memberi komen ke atas kesan negatif pada komuniti.
  • Elakkan gambaran dan kandungan terperinci yang mungkin akan melukakan perasaan mangsa, keluarga mereka, rakan, komuniti atau orang lain yang terkesan oleh kejadian tragik tersebut. Apabila berkongsi kandungan ini, berikan amaran pencetus dan gunakan alat untuk mengaburkanimej grafiksertaidentiti individu dalam siaran anda.
  • Untuk bantu mencegah penyebaran maklumat palsu semasa peristiwa tragik berlaku, berhati-hati untuk memastikan maklumat yang anda kongsi daripada sumber yang dipercayai, seperti institusi kerajaan atau agensi berita berwibawa.
  • Jika penyiaran tentang peristiwa tragik disebabkan oleh individu, fokus kepada mangsa, pemandiri dan penggerak balas serta elakkan daripada berkongsi maklumat tentang individu yang bertanggungjawab atas peristiwa tragik tersebut.
  • Jangan berkongsi sebarang kandungan yang diterbitkan oleh individu yang bertanggungjawab atas peristiwa tragik itu, yang boleh menggalakkan orang lain melakukan ganas.

Cara melaporkan Kandungan TikTok yang membimbangkan

Sebagai sebahagian daripada komuniti TikTok yang meluas, anda juga perlu berusaha memastikan ahli komuniti yang lain berasa selamat dan dibantu. Untuk memastikan platform kami selamat dan positif, kami memperkasakan orang untuk melaporkan kandungan yang melanggar Garis Panduan Komuniti kami. Semua laporan kami tanpa nama, bererti pemuat naik asal tidak akan dimaklumkan tentang identiti anda jika anda memutuskan untuk melaporkan kandungan.

Cara melaporkan video secara tanpa nama:

Jika anda melihat video di TikTok yang pada pendapat anda melanggar Garis Panduan Komuniti kami, sila laporkan kepada kami. Untuk melaporkan video pada apl TikTok anda:

  1. Pergi ke video yang perlu anda laporkan.
  2. Tekan dan tahan lama pada video
  3. Pilih Laporkan, ketik pada ‘kategori topik berkaitan’ dan kemudian serahkan laporan di bawah ‘topik’.
  4. Anda juga boleh menggunakan borang dalan talian kami untuk melaporkan kandungan di TikTok

Perkara yang berlaku selepas anda melaporkan sesuatu kandungan:

  • Kandungan yang dilaporkan oleh pengguna akan disemak oleh moderator manusia, dengan bantuan alat berautomatik TikTok, dan kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
  • Kami akan memaklumkan anda tentang perkembangan dan status laporan anda dalam Peti masuk anda.

Jika didapati kandungan tersebut melanggar Garis Panduan Komuniti kami, tindakan yang dikenakan termasuk:

  • Mengeluarkan kandungan yang melanggar garis panduan tersebut daripada platform
  • Kandungan mungkin tidak layak untuk suapan Untuk Anda
  • Menghantar mesej pelanggaran kepada pencipta tentang kandungan ini. Mesej ini tidak akan mengandungi butiran tentang orang yang melaporkan kandungan ini kepada TikTok.

Bagaimana jika saya tidak bersetuju dengan keputusan pelanggaran yang dibuat berkaitan kandungan yang saya siarkan?

  • Jika anda tidak bersetuju dengan keputusan kami bahawa video anda tidak layak untuk suapan Untuk Anda, ketahui lebih lanjut tentang menyerahkan rayuan dalam bahagian Pelanggaran dan sekatan kandungan di Pusat Bantuan kami.
  • Jika anda berpendapat bahawa tindakan sekatan atas akaun anda tidak betul, ketahui lebih lanjut tentang menyerahkan rayuan dalam bahagian Keselamatan akaun di Pusat Bantuan kami.
Penafian

Kandungan yang disediakan dalam halaman ini hanya untuk tujuan menyampaikan maklumat dan pendidikan serta bukan bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan mental atau perubatan.

“Halaman Topik Peristiwa Tragik” tidak boleh dianggap sebagai penggantian untuk diagnosis, rawatan atau nasihat perubatan, psikologi atau psikiatrik. Jangan ketepikan keperluan untuk mendapatkan nasihat pakar perubatan disebabkan oleh mana-mana kandungan dan/atau bahan yang dibaca dan/atau didengari di TikTok. Anda tidak perlu terlibat dalam perbualan ini jika anda belum bersedia untuk berbuat demikian. Dengan berkongsi kisah dan/atau pengalaman anda di TikTok, sama ada peribadi atau sebaliknya, anda mengakui dan bersetuju bahawa tiada jangkaan privasi dalam mana-mana maklumat yang anda kongsi.