Skip to main content
Topik

Menangani Kebencian di TikTok

TikTok ialah tempat komuniti yang berbilang dan bertenaga, di mana individu daripada semua latar belakang bersatu untuk mencari kegembiraan, mengilhamkan kreativiti dan mengekspresikan diri mereka. Seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Komuniti kami, perlakuan yang berunsurkan kebencian tidak sesuai dengan persekitaran kreatif dan terangkum TikTok, dan kami komited untuk terus menambah baik cara kami melindungi komuniti kami.

Apakah ucapan kebencian?

Ucapan kebencian dan tingkah laku yang penuh kebencian menyerang, mengancam, merendahkan atau menjatuhkan maruah individu atau kumpulan berdasarkan sifat mereka. Ini termasuk ciri-ciri seperti bangsa, etnik, asal negara, agama, kasta, orientasi seksual, jantina, gender, identiti jantina, penyakit serius, ketidakupayaan dan status imigrasi. Serangan yang tidak tertumpu kepada ciri-ciri seseorang individu atau kumpulan boleh dianggap sebagai pembulian atau gangguan.

Mengesan ucapan kebencian dalam talian

Ucapan kebencian boleh disampaikan dalam sebarang bentuk, termasuk imej, kartun, meme, objek, gerak isyarat dan simbol, sesetengahnya mungkin tidak selalunya ketara. Penyelidikan akademik telah mengenal pasti tema yang biasa digunakan oleh kumpulan kebencian untuk mendapatkan pengikut dan menyebarkan mesej kebencian mereka:

  • Yang Lain: Bentuk kebencian yang paling selalu dipaparkan ialah mengambil kumpulan dan menganggap mereka sebagai ‘Yang Lain‘ – melihat mereka sebagai berbeza dari segi kelakuan, nilai dan dalam sesetengah kes sebagai tidak berperikemanusiaan.
  • Penganiayaan dan Pemangsaan: individu dan kumpulan yang menyebarkan kebencian sering menjadikan diri mereka dan identiti kumpulan mereka sebagai mangsa, dan menyalahkan ‘Yang Lain‘ atas masalah dalam kehidupan mereka dan dalam masyarakat. Mesej ini sering digunakan untuk mewajarkan pengecualian atau keganasan terhadap ‘yang Lain‘.
  • Pernyataan Inferiority: bentuk kebencian ini selalunya termasuk pernyataan negatif tentang kekurangan moral, mental dan fizikal dalam kumpulan orang tertentu.

Dengan menggunakan tema ini, individu dan/atau kumpulan kebencian ini akan menyasarkan mangsa mereka melalui pelbagai taktik:

Serangan negatif secara langsung
  • Serangan kesat yang memanggil individu atau kumpulan dan identiti mereka semasa menggunakan bahasa yang kesat, tidak berperikemanusiaan atau merendahkan martabat
  • Komen mengejek yang bertujuan untuk membuat orang tersinggung atau marah
  • Membanjiri komuniti atau sebutan pencipta dengan komen yang penuh kebencian
Serangan negatif secara tidak langsung
  • Lawak jenaka dan meme yang menyebarkan tanggapan stereotaip dan menormalisasikan diskriminasi dan sikap tidak bertoleransi
  • Teori konspirasi berdasarkan kebencian yang menyebarkan ketidakpercayaan atau ketidaksukaan terhadap kumpulan terlindung
  • Mesej berkod yang digunakan oleh kumpulan kebencian untuk berkomunikasi dengan satu sama lain tanpa kelihatan seperti kebencian, seperti penggunaan perkataan berkod, simbol atau trend audio

Apakah yang patut saya lakukan jika saya berhadapan dengan kebencian di TikTok?

Diserang kerana identiti anda boleh menyakitkan dan menyedihkan, itulah sebabnya TikTok tidak bertolak ansur dengan serangan ini di platform kami. Kami menggalakkan anda menggunakan pelbagai alatan keselamatan di TikTok untuk melindungi diri anda dan memutuskan sesiapa yang boleh berinteraksi dengan anda ataupun kandungan anda. Selain itu, mungkin juga berguna untuk menghubungi sesorang yang anda boleh percayai untuk bercakap dengan mereka tentang perassan anda dan mendapatkan sokongan.

Tanpa mengira sama ada anda, atau ahli komuniti lain diserang kerana identiti mereka, anda seharusnya melaporkan perkara ini kepada kami. Kebencian tidak selalunya mudah untuk dikenal pasti seperti mencapai keseimbangan yang betul dengan kebebasan bersuara. Kami mungkin tidak selalu membuat pelaksanaan yang betul, tetapi maklum balas anda membantu kami menyemak dan menambah baik dasar, sistem dan produk kami secara berterusan. Jika mangsa ialah seseorang yang anda kenali, pertimbangkan untuk bertanya kepada mereka supaya anda boleh bercakap tentang perkara yang mungkin mereka alami.

Anda juga boleh melawati halaman sumber #NoToHate Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) untuk mengetahui lebih lanjut tentang ucapan kebencian dan kesannya terhadap masyarakat kita.