Skip to main content
Panduan

Panduan Kesejahteraan

Kesejahteraan Mental

Untuk menyokong komuniti kami dengan lebih baik, TikTok telah bekerjasama dengan pakar untuk membangunkan set peralatan agar semua orang dapat mengetahui lebih lanjut bagaimana mereka dapat meningkatkan kesejahteraan diri untuk membina suatu komuniti dalam talian yang saling membantu.

Perkongsian Kisah Kesihatan Mental


Di TikTok, kami memahami bahawa setiap individu mempunyai kisah unik masing-masing mengenai kesihatan mental. Kami ingin membina persekitaran yang saling membantu untuk ahli komuniti berkongsi pengalaman, petua dan perjalanan menuju ke arah pemulihan.
Namun demikian, kesihatan mental bukan suatu perkara yang mudah untuk dijelaskan – ianya ada jatuh bangun, tonggak pencapaian baharu dan rintangan yang perlu diambil kira. Pihak kami menggalakkan anda untuk berhubung dengan individu lain menggunakan cara yang bermakna, dan ingatlah bahawa ini bukan pertandingan.
Set peralatan ini menyediakan beberapa cadangan tentang cara untuk berkongsi mengenai kesihatan mental anda pada masa yang sama memastikan keselamatan diri terjaga, sambil menghormati ahli komuniti yang lain juga.

Pertimbangkan tempat dan masa yang sesuai untuk menyampaikan kisah anda. Beberapa persoalan yang boleh anda fikirkan sebelum menekan “rakam” adalah:

  • Apakah tujuan perkongsian saya ini?
  • Adakah saya bersedia untuk berkongsi kisah saya dengan teman rapat dan keluarga sahaja, ataupun dengan penonton/pendengar yang lebih luas?
  • Adakah perkongsian kisah saya ini dapat membantu dan tidak memudaratkan diri saya ataupun individu lain?
  • Sebagai respons kepada siaran saya, individu lain mungkin akan berkongsi kisah mereka yang rumit bersama saya atau berkongsi pandangan yang mungkin sukar untuk didengari. Adakah saya bersedia untuk membantu dan mendengar?

Perkara yang anda kongsikan itu adalah sangat penting untuk menentukan samada anda harus berkongsi. Kajian menunjukkan bahawa kisah tentang daya tindak, harapan dan pemulihan dapat membantu individu lain. Anda memiliki pandangan, perspektif dan pengalaman yang unik – gunakan semua perkara ini untuk membentuk mesej dan impak anda tersendiri.
Walaubagaimanapun, anda perlu berhati-hati kerana sesetengah kandungan akan mengganggu atau menyinggung perasaan individu lain. Ingat Garis Panduan Komuniti TikTok tidak membenarkan kandungan yang menggambarkan, mempromosi, menormalisasi atau mengagung-agungkan aktiviti yang mungkin menjurus kepada insiden bunuh diri, mudarat kendiri atau kecelaruan makan.
Masih tidak pasti dengan perkara yang hendak dibicarakan? Berikut adalah beberapa topik yang dapat membantu anda bermula!

  • Apakah yang menyebabkan anda mengambil berat tentang kesihatan mental anda?
  • Apakah sumber, sokongan dan petua penjagaan diri yang paling banyak membantu anda?
  • Apakah rutin yang telah membantu anda mengurus kesihatan mental anda?
  • Apakah yang ingin anda sampaikan kepada individu lain yang mungkin menghadapi masalah yang sama?
  • Apakah langkah yang boleh diambil oleh individu lain untuk membantu mereka yang mengalami masalah ini? Apakah bentuk sokongan yang anda harapkan sebelum ini?
  • Elakkan daripada berkongsi butiran dan imej tentang alat, kaedah, lokasi, nota atau mesej bunuh diri. Kandungan sedemikian boleh menyebabkan kesedihan dan/atau memberikan idea baharu kepada ahli komuniti yang sedang mengalami masalah kendiri. Perkongsian butiran tentang alat dan kaedah untuk membunuh diri adalah sangat memudaratkan, dan kandungan sedemikian akan dikeluarkan daripada TikTok. Ini sangat relevan dengan tindakan membunuh diri yang dilakukan oleh selebriti atau individu yang dikenali ramai. Perkara tersebut mungkin secara tidak sengaja menyebabkan tindakan membunuh diri ini dilihat sebagai sesuatu yang glamor.
  • Elakkan daripada menggunakan istilah seperti “mengambil tindakan membunuh diri”, “bunuh diri yang berjaya/tidak berjaya”, “percubaan yang gagal”. “Mengambil tindakan” membayangkan secara tersirat bahawa bunuh diri adalah jenayah dan mengaitkan suatu stigma dengan perbuatan tersebut. Ini boleh menyebabkan individu yang cenderung untuk membunuh diri berasa tawar hati untuk mendapatkan bantuan. Ini juga akan memberi kesan terhadap mereka yang kehilangan insan tersayang dengan cara tersebut. Sebaliknya, gunakan “meninggal dunia kerana membunuh diri”. Istilah seperti “berjaya” atau “gagal” akan menunjukkan bunuh diri sebagai hasil yang dikehendaki.
  • Elakkan daripada menggambarkan bunuh diri sebagai suatu pilihan yang glamor, romantik, berani atau praktikal. Tindakan menggambarkan bunuh diri sebagai suatu tindakan yang positif dan/atau patut dipuji boleh mendorong individu lain untuk mempertimbangkan bunuh diri sebagai cara penyelesaian bagi masalah atau tingkah laku daya tindak.
  • Elakkan daripada menggelar orang yang mengalami masalah sebagai “gila”, “psiko”, “tidak waras”, “tidak siuman” atau “sewel”. Ini merupakan kata-kata yang bersifat menilai. Kata-kata tersebut akan memperkuatkan lagi stereotaip negatif dan stigma tentang bunuh diri dan penyakit mental.
  • Elakkan daripada mengenal pasti penyebab tunggal bagi tindakan membunuh diri dan mudarat kendiri. Kematian akibat membunuh diri tidak berpunca daripada satu sebab. Kefahaman dan perkongsian bahawa bunuh diri mungkin merupakan kesan daripada pelbagai faktor dapat membantu dalam membetulkan tanggapan yang salah dan menggalakkan perbincangan dalam suasana yang selamat dan membina.
  • Elakkan daripada memberikan balasan yang ringkas seperti “jangan risau, gembira selalu”, “semuanya akan kembali pulih nanti”’, “jangan bimbang, awak tak apa-apa”. Walaupun frasa-frasa ini mungkin kelihatan seperti menaikkan semangat, kata-kata tersebut mungkin menyebabkan mereka yang pernah melalui pengalaman dan perasaan yang tidak positif berasa seperti tidak diendahkan. Sebaliknya, tunjukkan sikap empatetik dan ambil maklum tentang emosi dan masalah yang mereka alami.
  • Kami memahami bahawa gangguan pemakanan merupakan masalah kesihatan mental yang serius. Pertimbangkan untuk memasukkan pautan kepada sumber bantuan profesional (terdapat pada halaman sumber Gangguan Pemakanan Tiktok) dalam siaran anda untuk mengarahkan ahli komuniti kepada maklumat, sumber dan sokongan yang dipercayai.
  • Sokongan dan penerapan mesej yang sahih dan pelbagai yang menggalakkan penerimaan tubuh, pembinaan harga diri dan rasa kasih kepada diri sendiri boleh memberikan perbezaan yang besar dalam mewujudkan ruang yang prihatin dan menyokong pada platform.
  • Sebutan tentang tingkah laku dan gejala gangguan pemakanan boleh menimbulkan tekanan kepada ahli komuniti lain. Walaupun dalam video yang meningkatkan kesedaran atau membincangkan pemulihan, kami menggalakkan pencipta untuk mengelak daripada menyebut tingkah laku pemakanan dan senaman yang khusus. Sebaliknya, cuba fokuskan pada kesannya – sebagai contoh, bagaimanakah gangguan pemakanan menjejaskan mood, harga diri, persahabatan dan aspek kehidupan yang lain?
  • Gambar sebelum dan selepas, walaupun semasa meraikan perjalanan pemulihan, mungkin sukar diterima oleh orang yang mengalami gangguan pemakanan. Berat badan bukanlah penunjuk pemulihan gangguan pemakanan dan komuniti kami digalakkan untuk mengelakkan penggunaan gambar perbandingan apabila membincangkan pengalaman mereka.
  • Nombor boleh menjadi pencetus, jadi sebaiknya tidak menyebut tentang berat semasa atau berat masa yang lalu, kalori, BMI, saiz pakaian atau metrik lain yang mudah dibandingkan.
  • Perkongsian tentang kesihatan mental anda boleh menimbulkan pelbagai emosi. Jangan lupa untuk mengambil berat tentang keadaan diri anda, dan berinteraksi dengan cara yang tidak memudaratkan diri anda.
  • Individu lain mungkin akan menghubungi anda untuk berbual atau mendapatkan bantuan. Anda dinasihatkan agar menyediakan sumber yang boleh dikongsi dan menetapkan sempadan anda sendiri. Ingat bahawa anda tidak bertanggungjawab ke atas tingkah laku atau pilihan individu lain, dan anda boleh menetapkan sempadan anda sendiri mengenai perkara yang anda berasa selesa untuk dibincangkan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk set peralatan kami tentang Bantuan Untuk Ahli Komuniti Yang Mengalami Tekanan.
  • Jangan lupa, kawalan di tangan anda. Gunakan kawalan keselamatan dan privasi Tiktok untuk membantu anda menapis respons dan meningkatkan pengalaman dalam aplikasi anda:
    • Tetapan akaun. Hadkan orang yang boleh mengikuti dan berinteraksi dengan menetapkan akaun anda kepada peribadi. Ini bermaksud anda boleh meluluskan atau menolak permintaan pengikut, dan hanya pengikut yang diluluskan boleh melihat kandungan anda. Jika anda berumur bawah 16 tahun, akaun anda akan ditetapkan kepada peribadi secara lalai.
    • Komen. Tentukan orang yang boleh memberikan komen dengan menetapkan pilihan antara “Tiada sesiapa”, “Rakan”, “Semua orang” (untuk pengguna yang berumur 16 tahun ke atas sahaja) atau matikan terus ciri komen tersebut. Anda juga boleh mencipta penapis komen anda sendiri dengan menghasilkan senarai kata kunci tersuai yang akan menyembunyikan komen yang mengandungi kata kunci tersebut secara automatik.
    • “Tidak berminat”. Tidak ingin didedahkan kepada jenis kandungan tertentu pada halaman Untuk Anda? Tekan lama pada video tersebut dan pilih “Tidak berminat”.
    • Laporan. Jika anda melihat kandungan yang melanggar Garis Panduan Komuniti TikTok, anda boleh melaporkan perkara tersebut dalam aplikasi dengan mengikuti langkah ini.

Sumber

Lawati halaman ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Garis Panduan Komuniti TikTok tentang kandungan yang berkaitan dengan bunuh diri dan mudarat kendiri, serta pautan kepada sumber.

Set peralatan ini telah dibangunkan berdasarkan rundingan dengan pakar daripada International Association for Suicide Prevention, Crisis Text Line, Live For Tomorrow, Samaritans of Singapore dan Samaritans (UK). Terima kasih kepada Drs. Thomas Niederkrotenthaler, Rory O’Connor, Daniel Reidenberg dan Jo Robinson atas nasihat dan penyelidikan mereka.

Penafian

Panduan dan set peralatan TikTok tidak menyediakan perkhidmatan kesihatan mental atau perubatan.

“Perkongsian Kisah Kesihatan Mental” di TikTok bukan pengganti untuk diagnosis, rawatan atau nasihat perubatan, psikologi atau psikiatri. Kandungan yang diterbitkan dan diedarkan oleh TikTok adalah bagi tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Jangan mengabaikan atau melambatkan usaha mendapatkan nasihat profesional disebabkan oleh ketersediaan perkhidmatan atau bahan pendidikan yang ditawarkan oleh TikTok. Jika anda mengalami krisis atau sekiranya anda atau mana-mana individu lain yang mungkin berada dalam bahaya atau mengalami kecemasan perubatan, hubungi sumber kecemasan setempat anda dengan serta-merta. Para pengguna hendaklah sentiasa ingat bahawa tanggungjawab ke atas keselamatan orang individu lain tidak perlu dipikul oleh anda seorang sahaja; individu lain juga bersedia untuk membantu. Anda tidak perlu terlibat dalam perbualan ini jika anda belum bersedia untuk berbuat demikian.


Bantuan Untuk Ahli Komuniti Yang Mengalami Tekanan

Keselamatan dan kesejahteraan ahli komuniti TikTok merupakan keutamaan kami. Kami semua mempunyai peranan dalam membantu satu sama lain agar kekal selamat dan dibantu sewaktu mengalami masalah kesihatan mental.
Apabila terfikir tentang membunuh diri atau mudarat kendiri, orang akan berkecenderungan untuk menghubungi rakan dan ahli komuniti. Rakan dan ahli komuniti juga biasanya akan dapat mengenal pasti apabila seseorang mengalami masalah. Namun demikian, adakah anda mengetahui tindakan yang perlu dilakukan apabila anda melihat seseorang yang mungkin memerlukan bantuan?
Kajian menunjukkan bahawa sesetengah cara menawarkan bantuan adalah lebih selamat dan lebih berkesan daripada cara yang lain. Panduan ini menyediakan petua untuk membantu anda memberi respons kepada seseorang yang bergelut dengan hasrat untuk membunuh diri atau melakukan mudarat kendiri.

Ianya sangat penting untuk mengenalpasti tanda-tanda seseorang yang sedang mengalami masalah:

  1. Bercakap secara terbuka tentang membunuh diri, misalnya “Saya ingin bunuh diri”, menyatakan hajat atau cara untuk berbuat demikian, berkongsi video tentang kecederaan diri yang terkini.
  2. Bercakap tentang membunuh diri atau mudarat kendiri secara tidak langsung. Kadang-kadang, orang menggunakan gaya bahasa yang tersirat, seperti “Saya ingin hentikan penderitaan ini” atau “Saya tak sanggup lagi”.
  3. Menangis, bercakap tentang perasaan yang terganggu, putus asa, cemas dan/atau mengalami kesukaran untuk tidur.
  4. Peningkatan dalam tingkah laku yang cuai dan mengambil risiko.
  5. Meluahkan rasa tertekan ekoran daripada komen yang bersifat mengganggu dan membuli.
  6. Meluahkan tentang kesukaran yang luar daripada kebiasaan apabila melakukan aktiviti harian seperti tidur, mandi atau mengenakan pakaian.

Bagaimana anda dapat memberi respons kepada seseorang yang mengalami masalah? Ikut langkah-langkah ini untuk MENCIPTA hubungan!

  • Anda akan mengalami kesukaran untuk bertindak balas dengan berkesan sekiranya anda berasa tertekan. Sebelum melakukan apa-apa, tarik nafas, rehatkan tubuh, dan tenangkan fikiran anda.
  • Ingat bahawa tanggungjawab ke atas keselamatan orang individu lain bukanlah tidahk harus dipikul oleh anda sahaja; orang individu lain juga bersedia untuk membantu. Anda tidak perlu terlibat dalam perbualan ini jika anda belum bersedia untuk berbuat demikian.
  • Fikir betul-betul tentang bantuan yang boleh anda berikan dengan selamat dan sumber yang ada. Pertimbangkan untuk menghubungi talian bantuan atau orang dewasa yang boleh dipercayai untuk berbincang tentang kebimbangan anda dan membantu dalam merancang respons anda.
  • Sesetengah orang lebih suka menulis buah fikiran mereka terlebih dahulu.

Respons kepada seseorang yang sedang mengalami masalah dapat membantu mereka berasa dibantu dan tidak berseorangan. Berikut ialah adalah lima pilihan untuk memberi respons:

  1. Jika anda percaya nyawa seseorang sedang berada dalam bahaya, pertimbangkan untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan, talian krisis setempat atau bantuan perubatan profesional. Tindakan ini lebih baik dilakukan dengan kerjasama individu yang mengalami krisis itu tersebut dan anda hendaklah perlu terus berhubung dengannya semasa individu tersebut cuba untuk mendapatkan bantuan.
  2. Jika nyawa seseorang itu tidak berada dalam bahaya, pertimbangkan untuk menghubungi orang dewasa yang dipercayai, talian krisis setempat atau pihak profesional untuk mendapatkan bantuan.
  3. Jika anda melihat kandungan yang melanggar Garis Panduan Komuniti TikTok, anda boleh melaporkan kandungan tersebut dalam aplikasi dengan mengikuti langkah ini. Sebarang maklumat akan dirahsiakan dan bersifat awanama tanpa nama. Selain itu, individu tersebut akan diberikan sumber krisis setempat.
  4. Jika anda tidak berasa selesa untuk memberi respons secara peribadi, anda boleh cuba memberi komen secara umum untuk berkongsi sumber krisis setempat yang percuma.
  5. Jika anda berasa selesa untuk bercakap dengan individu tersebut secara langsung, teruskan dengan MENCIPTA hubungan – seelok-eloknya sewajarnya melalu mesej peribadi, mengikut garis panduan ini.

Mengimbangkan mendengar dengan bertanyakan soalan terbuka. Ambil maklum tentang emosi dan tekanan yang dialami oleh individu tersebut, tetapi elakkan daripada berkata menyatakan bahawa bunuh diri atau mudarat kendiri merupakan daya tindak yang membantu atau normal biasa. Cuba untuk menumpukan pada individu itu tersebut. Anda mungkin ingin berkongsi tentang tekanan anda sendiri, tetapi ini boleh menyebabkan individu itu berasa seperti perasaannya itu tidak sah. Elaokkan daripada terus mencuba untuk menyelesaikan masalah kerana ini boleh menyebabkan individu yang sedang mengalami krisis itu berasa kecewa memandangkan kita merupakan pihak luar dalam situasi ini. Contoh respons yang berempati:

  • “Tekanan sebegini memang perit. Kadang-kadang sukar untuk mencari jalan penyelesaian”.
  • “Nampaknya anda benar-benarkan inginkan perubahan. Apakah perubahan yang anda harapkan?”
  • “Perpisahan boleh menyebabkan kita berasa sangat sepi, dan terputus hubungan dengan orang yang kita sayangi! Bagaimanakah anda menangani keadaan ini?”

Kajian menunjukkan bahawa pertanyaan tentang membunuh diri tidak menyebabkan hasrat itu tertanam dalam fikiran seseorang atau meningkatkan risiko perkara itu berlaku. Sebaliknya, tindakan sedemikian boleh menjadi permulaan perbualan yang mungkin dapat menyelamatkan nyawa individu tersebut:

  • Jika anda berasa bimbang, bertanyalah secara terus kepada individu itu sekiranya dia terfikir untuk membunuh diri atau memudaratkan diri sendiri. Contohnya, “Adakah anda terfikir untuk membunuh diri?” Walaupun anda fikir individu itu tidak serius, teruskan juga bertanya!
  • Jika individu itu terfikir untuk membunuh diri atau memudaratkan diri, bertanya kepadanya untuk mengetahui sekiranya dia mempunyai (i) akses kepada kaedah untuk berbuat demikian; (ii) masa yang khusus; dan (iii) tempat bagi tujuan itu.
  • Jika individu itu menafikan bahawa dia terfikir untuk membunuh diri, jangan memberi respons yang bersifat menilai. Jangan beri respons seperti ‘mujurlah’ atau ‘syukur’. Sebaik-baiknya, katakan ‘terima kasih kerana bersikap jujur’. Ini akan menyebabkan individu itu sedar bahawa sekiranya dia terfikir tentang tindakan sedemikian, anda merupakan orang yang paling selamat untuk berbincang tentang perkara itu.
  • Pengurangan akses kepada kaedah membunuh diri dan mencederakan diri merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk menghalang mudarat kendiri. Apabila anda dapat berbuat demikian dengan selamat, kurangkan akses kepada apa-apa sahaja yang individu itu dapat gunakan untuk memudaratkan dirinya.
  • Kenal pasti kenalan yang dipercayai yang dapat dihubungi oleh ahli komuniti sekiranya pemikiran seperti itu berterusan atau menjadi semakin teruk. Jika ahli komuniti itu masih muda, bantu dalam mengenal pasti orang dewasa yang dipercayai, talian krisis setempat, atau pihak profesional; bekerjasama dalam mencari ilham tentang perkara yang boleh dikatakan, dan temani ahli komuniti itu semasa dia menghubungi pihak itu secara terus untuk memulakan perbualan. Jika dia mempunyai guru kegemaran, guru tersebut juga merupakan orang yang sesuai untuk dihubungi.
  • Ramai orang beranggapkan manfaat yang anggapkan bermanfaat untuk menyimpan suatu senarai tersuai yang mengandungi 4-5 aktiviti yang perlu dilakukan secara automatik apabila mereka mengalami masalah. Jika anda cuba untuk membantu seseorang, cuba lakukan pelbagai aktiviti bersamanya untuk mengenal pasti aktiviti yang paling membantu! Senarai aktiviti tersebut boleh mungkin kelihatan seperti berikut:
  1. Minum segelas air kosong yang sejuk dan tumpukan pada kesejukan itu
  2. Luangkan masa selama 15 minit untuk mempelajari tarian TikTok baharu
  3. Mandi air suam sehingga puas
  4. Baca semula buku kegemaran atau dengar lagu yang rancak
  5. Hantar mesej teks kepada rakan untuk mendapatkan bantuan dan/atau bertanya khabar mereka
  6. Hubungi talian krisis setempat untuk berbual tentang perasaan anda

Memperkasakan ahli komuniti agar mereka selamat dan meminta bantuan:

  • Kurangkan rintangan kepada bantuan dengan menawarkan nombor talian penyelidikan, ahli terapi, atau dengan menemani mereka semasa bercakap dengan orang dewasa.
  • Pastikan mereka mempunyai sumber dan alat yang diperlukan untuk menangani keadaan yang dihadapi. Misalnya, galakkan mereka agar menyimpan senarai sebab untuk hidup, melakukan aktiviti yang dapat membuat mereka berasa gembira dan menghubungi orang yang dapat membantu mereka menangani masalah yang dihadapi. Masalah perasaan ingin membunuh diri dan mudarat kendiri tidak semestinya dapat dipulihkan sekali gus dan dalam masa yang singkat.

Ingat, jika anda berasa bimbang, ambil langkah pertama untuk MENCIPTA hubungan. Anda tidak perlu menunggu seseorang itu menghubungi anda agar kemudiannya anda dapat untuk menunjukkan bahawa anda mengambil berat.
Penjagaan diri adalah penting dan begitu juga anda. Tiada sesiapa pun yang boleh bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pemikiran dan tindakan orang individu lain. Anda tidak perlu terlibat dalam perbualan ini jika anda tidak bersedia atau tidak berada dalam keadaan yang sesuai.
Sumber sedia ada disediakan dan anda bukanlah satu-satunya orang yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan rakan atau ahli komuniti. Inisiatif untuk menjaga antara satu sama lain merupakan usaha secara berpasukan – kita boleh membantu orang individu lain agar mereka selamat, berasa lebih terhubung dan mengakses sumber-sumber yang mereka diperlukan.

Sumber

Untuk mendapatkan sumber selanjutnya, termasuk senarai talian bantuan percuma untuk sesiapa sahaja yang mengalami masalah emosi, pergi ke sila layari Pusat Keselamatan TikTok.

Set peralatan ini telah dibangunkan berdasarkan rundingan dengan pakar daripada International Association for Suicide Prevention, Crisis Text Line, Live For Tomorrow, Samaritans of Singapore dan Samaritans (UK). Terima kasih kepada Drs. Thomas Niederkrotenthaler, Rory O’Connor, Daniel Reidenberg dan Jo Robinson atas nasihat dan penyelidikan mereka.

Penafian

Panduan dan set peralatan TikTok tidak menyediakan perkhidmatan kesihatan mental atau perubatan.

“Bantuan Untuk Ahli Komuniti Yang Mengalami Tekanan” di TikTok bukan pengganti untuk diagnosis, rawatan atau nasihat perubatan, psikologi atau psikiatri. Kandungan yang diterbitkan dan diedarkan oleh TikTok adalah bagi tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Jangan mengabaikan atau melambat-lambatkan usaha mendapatkan nasihat profesional disebabkan oleh ketersediaan perkhidmatan atau bahan pendidikan yang ditawarkan oleh TikTok. Jika anda mengalami krisis atau sekiranya anda atau mana-mana orang individu lain berada dalam bahaya atau mengalami kecemasan perubatan, hubungi sumber kecemasan setempat anda dengan serta-merta. Para pengguna hendaklah sentiasa beringat bahawa tanggungjawab ke atas keselamatan orang individu lain bukanlah tidak perlu dipikul oleh anda seorang sahaja; orang individu lain juga bersedia untuk membantu. Anda tidak perlu terlibat dalam perbualan ini jika anda belum bersedia untuk berbuat demikian.