Bunuh diri & cederakan diri sendiri

Dikemas kini: 21 Jun 2024

Semua orang menghadapi pengalaman turun dan naik dengan kesihatan mental mereka. Jika anda atau seseorang yang anda kenali mempunyai pertanyaan tentang kesihatan mental, cedera diri sendiri atau bunuh diri, anda perlu maklum bahawa ada bantuan di luar sana, pemulihan itu pasti dan anda tidak keseorangan.

Apakah itu bunuh diri atau cederakan diri sendiri?

Niat hendak atau ingin mati dipanggil pembentukan idea bunuh diri. Jika seseorang cuba bertindak melakukan niat ini, ini dipanggil percubaan membunuh diri. Jika percubaan membunuh diri berjaya, ini akan dipanggil mati akibat bunuh diri. Bunuh diri boleh dielakkan dan tidak semua orang yang menghadapi pembentukan idea bunuh diri akan mati bunuh diri. Mencederakan diri sendiri merujuk kepada orang yang mencederakan tubuh mereka sendiri secara sengaja. Tindakan mencederakan diri sendiri adalah berbeza dengan percubaan membunuh diri kerana tidak semua orang yang mencederakan diri sendiri ingin mati. Kita hendaklah memberikan perhatian kepada semua niat untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri sebagai perkara yang serius dan sebagai tanda untuk mendapatkan bantuan.

Mendapatkan bantuan

Adalah penting diperakui bahawa cabaran kesihatan mental sebenarnya berterusan dan ini membuatkan hal kehidupan hari ke hari susah untuk diurus. Tanda seseorang mungkin menghadapi masalah kesihatan mental mereka termasuk perubahan dalam kelakuan, perangai dan komunikasi, seperti:

  • Perubahan selera makan, corak tidur atau tahap tenaga
  • Mengasingkan diri daripada rakan dan keluarga atau cuba mengurangkan penyertaan dalam aktiviti biasa
  • Masalah untuk berfungsi di pejabat, sekolah atau keadaan lain kehidupan
  • Berasa sedih, putus asa, cepat marah atau bimbang lebih daripada biasa
  • Kenyataan seperti " Kehidupan anda akan lebih baik tanpa saya", "Saya ingin tidur dan tidak lagi jaga", atau " Saya tak peduli jika saya hidup atau mati"

Apakah yang boleh saya lakukan jika saya memerlukan bantuan?

Mendapatkan bantuan apabila anda sedang berdepan dengan masalah agak sukar, tetapi anda tidak keseorangan; bantuan ada tersedia. Anda sentiasa boleh meminta pertolongan dan ini tidak bermakna yang anda seorang yang gagal. Malah, ini ialah satu daripada langkah-langkah yang paling penting yang boleh anda ambil sebagai proses pemulihan.

Anda mungkin mahukan bentuk sokongan yang berlainan bergantung pada keperluan dan tahap keselesaan anda. Berikut ialah sumber yang boleh anda pertimbangkan untuk mendapatkan bantuan:

  • Rakan, keluarga atau komuniti lain. Rakan, keluarga, kumpulan hobi atau komuniti agama jika anda menyertai komuniti ini, boleh dijadikan sumber sokongan dan galakan. Mereka boleh mendengar luahan anda dengan empati dan mengingatkan anda bahawa anda tidak perlu melalui tempoh kesukaran keseorangan.
  • Krisis kesihatan mental atau talian penting bunuh diri. Menghubungi talian bantuan akan menghubungkan anda dengan pakar terlatih yang akan bertanya kepada anda tentang perasaan anda dan jika anda berisiko mencederakan diri anda. Bagi sesetengah talian bantuan, anda boleh mendapatkan bantuan melalui teks atau panggilan, bergantung pada pilihan anda. Anda tidak perlu menghadapi krisis yang mengancam nyawa untuk menghubungi talian bantuan cegah bunuh diri. Anda boleh meluahkan apa-apa sahaja yang membimbangkan anda dalam persekitaran yang rahsia dan tanpa nama.
  • Doktor perubatan. Doktor anda boleh membantu menilai perubahan dalam emosi dan kelakuan anda, memberikan pengesyoran tentang pertukaran gaya hidup (seperti tabiat tidur, senaman dan pemakanan) dan memberikan rujukan kepada pakar kesihatan yang lain jika perlu.
  • Pakar kesihatan mental. Penyedia kesihatan mental yang khusus boleh memberikan sokongan dan rawatan untuk kesukaran kesihatan mental, termasuk memberikan diagnosis keadaan kesihatan mental jika perlu. Mereka mungkin memeriksa dengan teliti pilihan rawatan dengan anda, seperti ubatan atau terapi perbincangan. Mereka juga boleh membantu anda membuat rancangan untuk memastikan anda selamat jika anda sedang mempunyai perasaan atau keinginan membunuh diri.
  • Perkhidmatan sokongan rakan sebaya Berkomunikasi dengan seseorang yang telah pulih daripada kesukaran kesihatan mental boleh menjadi pengalaman pemerkasaan dan sebagai penerimaan sewajarnya. Komuniti sokongan rakan sebaya tempatan mungkin menawarkan talian telefon dengan kakitangan yang mempunyai pengalaman kehidupan keadaan kesihatan mental, serta kumpulan sokongan dengan rakan sebaya lain.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu rakan?

Jika rakan anda berniat untuk membunuh diri atau terlibat dengan mencederakan diri sendiri, anda akan mudah berasa terbeban dan tidak pasti cara anda boleh membantu. Berikut ialah beberapa tindakan yang boleh anda lakukan untuk membantu rakan:

  • Mulakan perbualan. Jika anda risau tentang perubahan kelakuan rakan anda dan berpendapat bahawa ada sesuatu yang tidak kena, jangan ragu-ragu mengajukan pertanyaan kepada mereka. Anda boleh cuba bertanya rakan perkembangan rakan anda secara semuka dan bertanya seperti, "Nampaknya anda kelihatan sedih baru-baru ini dan saya bimbang dengan keadaan anda. Bagaimanakah perasaan anda baru-baru ini? Bertanya tentang bunuh diri tidak meletakkan niat tersebut dalam fikiran seseorang atau meningkatkan risiko tersebut. Anda boleh bertanya secara terus, "Adakah anda pernah mempunyai niat untuk menamatkan nyawa anda?" Panduan tambahan tentang cara untuk bercakap dengan seseorang tentang bunuh diri atau cedera diri sendiri tersedia di Panduan Kesejahteraan TikTok.
  • Dengar dengan empati dan tanpa menghukum. Jangan tawarkan penyelesaian atau menukar topik. Bersabar dan selesa jika ada keadaan senyap. Cuba ajukan soalan terbuka, seperti "Apa yang awak sedang fikirkan?" dan "Bagaimanakah boleh saya bantu awak?", dan mendengar emosi yang berikutan dengan respons rakan anda. Kita boleh membantu orang lain dengan hanya menjadi pendengar yang baik.
  • Pelawa kepada meraka untuk menghubungkan dengan sumber. Anda boleh memainkan peranan penting dalam pemulihan rakan anda dengan menggalakkan mereka mendapatkan bantuan pakar daripada ahli terapi atau penyedia penjagaan kesihatan, menghubungi talian penting bunuh diri atau menghubungi kumpulan sokongan tempatan.
  • Jaga diri anda sendiri. Mendengar dan memberikan sokongan kepada mereka di sekeliling anda menggunakan tenaga yang ketara. Tindakan ini mungkin akan membuat anda berasa sedih atau kehabisan tenaga, terutamanya apabila bercakap tentang isu seperti tindakan bunuh diri atau cedera diri sendiri. Jika anda mendapati yang tindakan memberi sokongan kepada rakan menjejaskan kesihatan mental anda sendiri, jangan teragak-agak untuk berehat, tetapkan sempadan sihat atau bercakap dengan orang yang anda percayai.

Lebih banyak maklumat tentang cara menyokong rakan yang mengalami kesukaran kesihatan mental tersedia dalam Panduan Kesejahteraan TikTok.

Dapatkan bantuan segera

Jika anda atau seseorang yang anda kenali menghadapi kecemasan kesihatan mental, sila hubungi penyedia penjagaan kesihatan atau talian penting bunuh diri segera.

Ketahui lebih lanjut

Bagaimanakah boleh saya berkongsi tentang pengalaman bunuh diri atau cedera diri sendiri saya secara selamat di TikTok?

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk berkongsi kisah anda di TikTok, sila pertimbangkan untuk menyemak Panduan Cara untuk Berkongsi Kisah Anda Dengan Selamat untuk mendapatkan petua. Juga, lihat bahagian "Bunuh Diri dan Cederakan Diri Sendiri" dalam Garis Panduan Komuniti kami.

Adakah normal untuk mempunyai niat untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri?

Walaupun ramai orang mempunyai niat untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri, niat sebegini mestilah sentiasa diberikan perhatian. Hubungi seseorang yang anda boleh percayai dan dapatkan bantuan yang anda patut terima. Anda tidak keseorangan dan terdapat bantuan di luar sana.

Apakah beberapa petua untuk menghadapi niat untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri?
  • Fokus untuk melalui satu detik pada satu-satu masa
    • Kadangkala kita mungkin mendapati diri kita terlalu berfikir atau beremosi dan ditenggelami perasaan. Kenal pasti apabila perkara ini berlaku dan berikan perhatian kepada emosi anda Cuba lakukan sesuatu yang membuat anda berasa lebih seronok dan kurang tertekan, seperti menikmati alam semula jadi, mendengar muzik, meluangkan masa dengan rakan atau mencipta sesuatu yang berseni. Pertimbangkan untuk menyahikut orang yang tidak lagi memberi anda sesuatu yang bermanfaat atau membantu anda pulih dan hadkan masa skrin anda jika anda mendapati anda berperasaan negatif semasa anda menatal apl.
  • Ambil berat "bicara kendiri" anda
    • Memang lazim untuk bercakap dengan diri sendiri sebagai mengulas perasaan kita dan segala perkara di sekeliling kita. Kadangkala bercakap dengan diri sendiri boleh menjadi negatif dan toksik, yang boleh membuatkan kita berperasaan lebih teruk. Cuba amalkan bercakap dengan diri anda dengan cara yang sopan, sabar dan lembut. Bercakap dengan diri anda hendaklah serupa dengan bercakap kepada rakan baik anda.
  • Berikan fokus kepada kekuatan dalaman anda dan sebab anda hidup
    • Cuba ingatkan semua kekuatan anda dan prinsip yang anda pegang. Imbas kembali waktu anda berjaya menempuhi kesukaran yang anda lalui dan detik-detik berharga yang mungkin menunggu anda pada masa hadapan. Menumpukan perhatian kepada ciri-ciri ini dapat membantu anda melihat gambaran yang lebih besar dan berasa bangga tentang diri anda dan pencapaian anda.
    • Contohnya, anda boleh menyenaraikan perkara yang anda ingin anda lakukan, seperti menghabiskan siri buku kegemaran anda atau mereka yang ingin anda sara dengan meneruskan kehidupan anda seperti keluarga anda.
  • Ketahui pencetus anda dan rancang dari awal
    • Niat untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri selalunya timbul apabila ada perkara yang mencetuskan hal ini, seperti belajar untuk peperiksaan, perubahan rutin, pertengkaran dengan rakan atau yang tersayang. Kenal pasti perkara yang membuat anda berasa tidak selesa atau yang menimbulkan emosi negatif pada diri anda. Buat senarai dan sediakan cara anda boleh mendapatkan sokongan jika anda berasa tertekan atau cari aktiviti yang boleh anda lakukan selain mencederakan diri anda.
    • Contohnya, anda boleh menulis rancangan keselamatan untuk menangani perasan ingin membunuh diri dan mencederakan diri sendiri.
  • Dapatkan penjagaan kesihatan perubatan dan mental
    • Petua di atas diberikan oleh organisasi pencegahan bunuh diri yang bekerjasama dengan kami di TikTok. Walau bagaimanapun, setiap kesihatan mental seseorang adalah unik. Cara yang terbaik untuk mendapatkan cara menangani niat bunuh diri atau mendcederakan diri sendiri adalah dengan menghubungi penyedia penjagaan kesihatan perubatan atau mental yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah ini.

Penafian

Sumber dan panduan Pusat Keselamatan TikTok tidak menyediakan perkhidmatan kesihatan mental atau perubatan. "Bunuh diri dan cedera diri sendiri" di TikTok bukanlah pengganti untuk perubatan, psikologi atau diagnosis psikiatrik, rawatan atau nasihat. Kandungan yang diterbitkan dan diedarkan oleh TikTok adalah bagi tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Jangan mengabaikan atau melambat-lambatkan usaha mendapatkan nasihat profesional disebabkan oleh ketersediaan perkhidmatan atau bahan pendidikan yang ditawarkan oleh TikTok.

Jika anda mengalami krisis atau sekiranya anda atau mana-mana orang lain berada dalam bahaya atau mengalami kecemasan perubatan, hubungi sumber kecemasan setempat anda dengan serta-merta. Pengguna hendaklah sentiasa beringat bahawa tanggungjawab ke atas keselamatan orang lain bukanlah dipikul anda sahaja; orang lain juga bersedia untuk membantu. Anda tidak perlu terlibat dalam perbualan ini jika anda belum bersedia untuk berbuat demikian.

Pusat Keselamatan ini dibangunkan bersama oleh perundingan pakar daripada Pertubuhan Antarabangsa untuk Pencegahan Bunuh Diri (IASP).