Garis Panduan Komuniti

Dikemaskini pada: Januari, 2020

Misi TikTok adalah untuk menginsipirasikan kreativiti dan membawa kegembiraan. Kami berusaha membina sebuah komuniti global di mana pengguna boleh mencipta dan berkongsi secara sah, meneroka dunia di sekeliling mereka dan berinteraksi dengan orang lain di seluruh dunia. Kami juga komited untuk memastikan keselamatan komuniti ini. Garis Panduan Komuniti kami mencerminkan nilai-nilai kami dan menetapkan tatakelakuan umum di platform kami. Garis panduan ini juga membolehkan komuniti kami mengekalkan platform yang selamat.

TikTok ialah sebuah platform inklusif yang dibina atas dasar ekspresi bebas yang bertanggungjawab. Kami menggalakkan pengguna meraikan keunikan tersendiri dalam komuniti yang berminda sedemikian. Kami amat menghargai bahawa pengguna kami datang daripada pelbagai bangsa dan budaya, dan kami mengambil kira norma budaya dan peraturan tempatan di negara kami beroperasi.

Menawarkan platform yang selamat dan komuniti yang sering membantu antara satu sama lain, adalah perkara yang paling kami utamakan. Kami percaya perasaan selamat adalah penting untuk membantu orang ramai berasa selesa melahirkan ekspresi diri mereka secara terbuka dan kreatif. Kami juga berhasrat untuk memupuk sebuah platform yang menghasilkan interaksi tulen dan pada masa yang sama, menghindari kandungan dan akaun yang mengelirukan daripada platform kami.

Nilai-nilai kami membentuk asas Garis Panduan Komuniti kami. Kami mengalih keluar kandungan termasuk video, audio, imej dan teks yang melanggar Garis Panduan Komuniti kami, dan menggantung atau membatalkan akaun yang terlibat dengan pelanggaran serius atau berulang. Dalam keadaan tertentu, kami akan mengambil langkah selanjutnya dan melaporkan akaun tersebut kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk memastikan keselamatan komuniti kami.

Garis Panduan Komuniti kami dikenakan kepada semua orang, dan untuk semua yang dikongsi di TikTok. Ia menyediakan garis panduan umum tentang perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan di platform. Kami juga mengakui bahawa sesetengah kandungan yang lazimnya akan dialih keluar menurut garis panduan kami mungkin berharga kepada orang ramai. Oleh itu, kami mungkin membenarkan pengecualian dalam keadaan tertentu, seperti yang diterangkan dalam bahagian di bawah.

Kami mengemas kini Garis Panduan Komuniti kami dari semasa ke semasa untuk berkembang selaras dengan tingkah laku komuniti, mengurangkan risiko yang timbul, dan memastikan TikTok kekal sebagai sebuah platform yang selamat bagi membolehkan kreativiti dan keseronokan.

 

Individu dan organisasi berbahaya

Kami tidak membenarkan individu dan organisasi berbahaya menggunakan platform kami untuk menggalakkan keganasan, jenayah atau jenis kelakuan lain yang boleh menyebabkan kemudaratan. Apabila terdapat ancaman yang boleh dipercayai terhadap keselamatan awam, kami menangani isu tersebut dengan membatalkan akaun dan bekerjasama dengan pihak berkuasa undang-undang yang berkaitan.

Pengganas dan organisasi pengganas

Pengganas dan organisasi pengganas adalah mana-mana pelaku bukan kerajaan yang menggunakan keganasan yang dirancang atau ancaman keganasan untuk menyebabkan kecederaan kepada individu bukan penempur, untuk menakutkan atau mengancam penduduk, kerajaan atau organisasi antarabangsa dalam mengejar matlamat politik, agama, etnik atau ideologi. 

Individu dan organisasi berbahaya yang lain

Kami mentakrifkan individu dan organisasi berbahaya sebagai mereka yang melakukan jenayah atau menyebabkan lain-lain jenis kecederaan yang teruk. Jenis-jenis kumpulan dan jenayah termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Kumpulan pembenci
  • Pertubuhan pelampau yang ganas
  • Homisid
  • Pemerdagangan manusia
  • Pemerdagangan organ
  • Pengedaran dadah
  • Penculikan
  • Peras ugut[
  • Penggelapan wang
  • Penipuan 
  • Jenayah siber

Jangan siarkan:

  • Nama, simbol, logo, bendera, slogan, pakaian seragam, gerak isyarat, potret atau objek lain yang
  • bermaksud untuk mewakili individu dan/atau organisasi berbahaya
  • Kandungan yang memuji, mengagung-agungkan atau menyokong individu dan/atau organisasi berbahaya
  • Pengecualian: Kandungan pendidikan, sejarah, bersifat sindiran dan kandungan lain yang boleh dikenal pasti dengan jelas sebagai ucapan balas atau bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kemudaratan yang disebabkan oleh individu dan/atau organisasi berbahaya


Aktiviti haram dan barangan terkawal

Kami melarang perdagangan, penjualan, promosi dan penggunaan barangan terkawal tertentu, dan juga gambaran atau penggalakan aktiviti jenayah. Sesetengah kandungan boleh dikeluarkan jika ia berkaitan /dengan aktiviti atau barangan yang haram atau dikawal selia di   atau di seluruh dunia, walaupun aktiviti atau barangan yang dimaksudkan itu adalah sah dalam bidang kuasa penyiaran tersebut. Kami membenarkanpengecualian untuk kandungan yang memberi nilai kepada orang awam, seperti pendidikan, saintifik, artistik dan yang bernilai berita. 

Penggalakan aktiviti jenayah

Aktiviti jenayah merangkumi pelbagai tindakan yang boleh dihukum oleh undang-undang, termasuk pencurian, serangan, eksploitasi manusia dan tingkah laku berbahaya yang lain. Kerana kami tidak mahu kelakuan sedemikian menjadi kebiasaan atau ditiru.
Jangan siarkan: 

  • Kandungan yang menggalakkan tindakan yang menyebabkan kecederaan fizikal, seperti menyerang atau menculik
  • Kandungan yang menimbulkan risiko keselamatan kepada orang lain, termasuk gurau senda seperti membuat panggilan kecemasan palsu
  • Kandungan yang menggalakkan eksploitasi manusia atau penyeludupan hidupan liar
  • Kandungan yang menawarkan pembelian, penjualan atau perdagangan barangan yang diperoleh secara tidak sah
  • Kandungan yang memberi arahan tentang cara untuk melakukan aktiviti jenayah

Penjualan atau penggunaan senjata

Untuk melindungi komuniti kami, kami biasanya tidak membenarkan gambaran, perdagangan atau promosi senjata api, peluru, aksesori senjata api atau senjata peledak. Kami juga melarang arahan tentang  cara untuk membuat senjata tersebut. Kami mungkin memberi pengecualian kepada kandungan yang memaparkan senjata api atau senjata jenis lain dalam senarioberikut: dalam suasana rekaan, sebagai sebahagian daripada koleksi muzium, yang dibawa oleh pegawai polis, dalam perbarisan ketenteraan, atau digunakan dalam persekitaran yang selamat dan terkawal seperti lapangan menembak.
Jangan siarkan: 

  • Kandungan yang memaparkan senjata api, aksesori senjata api, peluru atau senjata peledak
  • Kandungan yang menawarkan, menjual, memperdagangkan atau mendapatkan senjata api, aksesori, peluru, senjata peledak, atau arahan tentang cara untuk membuatnya 

Dadah dan bahan, terkawal

Untuk melindungi komuniti kami, kami tidak membenarkan kandungan yang menggambarkan penggunaan atau penjualan dadah atau bahan terkawal yang lain.
Jangan siarkan: 

  • Kandungan yang memaparkan dadah, pengambilan dadah, atau menggalakkan orang lain untuk membuat, menggunakan atau menjual dadah atau bahan terkawal lain
  • Kandungan yangmenjual, menawarkan, memperdagangkan atau mendapatkan dadah atau bahan terkawal lain
  • Kandungan yang memberi maklumat tentang cara untuk membeli bahan haram atau terkawal

Penipuan dan komplot penipuan

Kami tidak membenarkan sesiapa untuk mengeksploitasikan platform kami bagi membahayakan orang lain, termasuk komplot penipuan untuk menipu individu atau mencuri aset. Kami mengalih keluar kandungan yang secara sengaja memperdayakan orang untuk memperoleh kelebihan kewangan yang menyalahi undang-undang.
Jangan siarkan:

  • Kandungan yang menggalakkan pemancingan data
  • Kandungan yang menggalakkan skim Ponzi atau piramid
  • Kandungan yang menggalakkan pertaruhan tetap, skim cepat kaya, atau mana-mana jenis komplot penipuan yang lain


Kandungan ganas dan grafik

Kami tidak membenarkan kandungan yang terlalu mengerikan atau mengejutkan, terutama yang menggalakkan atau mengagung-agungkan keganasan atau penderitaan yang teruk. Kami membenarkan pengecualian untuk keadaan tertentu, contohnya, kandungan yang bernilai berita atau bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu. Apabila kami mengenal pasti risiko sebenar keganasan atau ancaman terhadap keselamatan awam, kami membatalkan akaun tersebut dan bekerjasama dengan pihak berkuasa undang-undang yang berkaitan sekiranya perlu dan bila sesuai.

Kandungan ganas dan grafik: Manusia

Jangan siarkan:

  • Kandungan yang secara tidak wajar mengejutkan, sadis atau dengan grafik yang keterlaluan, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    • Gambaran kematian yang ngeri atau akibat kemalangan yang melibatkan orang sebenar
    • Gambaran mayat manusia yang dipotong, dikerat, hangus atau terbakarGambaran keadaan berlumuran darah yang menjadikan luka terbuka atau kecederaan sebagai tumpuan utama
    • Gambaran keganasan fizikal yang teruk. 
    • Pengecualian: Pertunjukan atau profesional, seni mempertahankan diri, atau pertarungan dalam suasana fiksyen

Kandungan ganas dan grafik: Binatang

Jangan siarkan:

  • Kandungan yang secara tidak wajar mengejutkan, sadis atau dengan grafik yang keterlaluan, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    • Gambaran penyembelihan haiwan sebenar
    • Gambaran mayat binatang yang dipotong, dikerat, hangus atau terbakar
    • Gambaran kekejaman terhadap haiwan


Tindakan bunuh diri, mencederakan diri sendiri dan berbahaya

Kami tidak menggalakkan penyertaan dalam aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan. Kami juga tidak membenarkan pengguna untuk menggalakkan orang lain mengambil bahagian dalam aktiviti berbahaya. Kami tidak membenarkan kandungan yang menggalakkan kemudaratan diri sendiri atau bunuh diri, tetapi kami membenarkan pengguna kami berkongsi pengalaman mereka untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu ini.

Kami menggalakkan pengguna yang sedang bergelut dengan keinginan untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri, atau mengetahui seseorang yang serius mempertimbangkan untuk membunuh diri, supaya segera menghubungi pihak berkuasa undang-undang atau talian hotline pencegahan bunuh diri. 

Bunuh diri

Kami mengalih keluar kandungan yang memaparkan bunuh diri, kecenderungan untuk membunuh diri, atau kandungan yang mungkin menggalakkan penyertaan dalam tindakan yang serupa. Ini termasuk percubaan bunuh diri atau kandungan yang menampilkan seseorang melakukan atau berniat untuk melakukan tindakan yang mungkin membawa kepada kematian yang dilakukan sendiri. Kami melarang apa-apa bentuk kandungan yang memuji, mengagung-agungkan atau menggalakkan membunuh diri, atau mengarahkan orang lain tentang cara untuk membunuh diri.
Jangan siarkan:

  • Kandungan yang memberi arahan tentang cara untuk membunuh diri
  • Kandungan yang memuji, menggalakkan atau mengagung-agungkan perbuatan bunuh diri
  • Cabaran bunuh diri
  • Pengecualian: Kandungan yang memberi sokongan, sumber atau mekanisme untuk menangani bagi mereka yang sedang memikirkan untuk membunuh diri

Mencederakan diri sendiri

Untuk mengelak membiasakan, menggalakkan atau mencetuskan kelakuan mencederakan diri sendiri, kami tidak membenarkan imej yang menggambarkan kelakuan sedemikian, tanpa mengira niat pengguna menyiarkannya. Kami mengalih keluar kandungan yang menggalakkan atau mungkin menggalakkan tindakan yang mungkin membawa kepada kecederaan fizikal yang disebabkan sendiri. Kandungan yang menggalakkan tabiat makan yang mungkin menyebabkan masalah kesihatan juga tidak dibenarkan di platform.
Jangan siarkan:

  • Kandungan yang menunjukkan luka yang dilakukan sendiri
  • Kandungan yang memberikan arahan tentang cara untuk membahayakan diri sendiri
  • Kandungan yang menyokong kelakuan anoreksia nervosa (pro-ana) atau tingkah laku berbahaya yang lain untuk menurunkan berat badan
  • Pengecualian: Kandungan yang memberikan sokongan, sumber atau mekanisme untuk menangani bagi mereka yang mengalami gangguan makan atau terlibat dalam kelakuan yang membahayakan diri sendiri

Tindakan berbahaya

Aktiviti berisiko atau tingkah laku berbahaya lain yang dilakukan bukan dalam konteks profesional atau tanpa kemahiran yang diperlukan yang boleh membawa kepada kecederaan serius atau kematian kepada pengguna atau orang awam. Kami tidak membenarkan kandungan yang menggalakkan, mempromosikan atau mengagung-agungkan tingkah laku sedemikian, termasuk lagak ngeri amatur atau cabaran berbahaya.
Jangan siarkan:

  • Kandungan yang menunjukkan penggunaan alat berbahaya yang tidak sesuai
  • Kandungan yang menggambarkan meminum cecair atau memakan bahan yang tidak boleh dimakan/diminum 
  • Cabaran berbahaya yang mungkin membawa kepada kecederaan
  • Kandungan yang menggambarkan individu di bawah umur layak mengendalikan kenderaan bermotor


Ucapan kebencian

Kami tidak bertolak ansur terhadap kandungan yang menyerang atau menghasut keganasan terhadap individu atau sekumpulan individu berdasarkan atribut yang dilindungi. Kami tidak membenarkan kandungan yang mengandungi ucapan kebencian, dan kami mengeluarkannya dari platform kami. Kami turut menggantung atau membatalkan akaun yang melakukan pelbagai pelanggaran ucapan kebencian. 

Serangan ke atas kumpulan yang dilindungi

Kami mentakrifkan ucapan kebencian sebagai kandungan yang menyerang atau bertujuan untuk menyerang, mengancam, menghasut keganasan terhadap individu, atau menyahinsanikan individu atau sekumpulan individu berdasarkan atribut yang dilindungi. Kami juga tidak membenarkan kandungan yang mengancam keganasan secara lisan atau secara fizikal atau menggambarkan kemudaratan kepada individu atau kumpulan berdasarkan mana-mana atribut yang dilindungi berikut:

  • Kaum 
  • Etnik
  • Negara asal 
  • Agama
  • Kasta 
  • Orientasi seksual
  • Jantina
  • Gender
  • •denttty jantina
  • Penyakit atau ketidakupayaan yang serius
  • Status imigresen

Jangan siarkan:

  • Kandungan yang menyahinsanikan atau menghasut keganasan atau kebencian terhadap individu atau kumpulan, berdasarkan atribut yang disenaraikan di atas, termasuk tetapi tidak terhad kepada: 
  • mendakwa bahawa mereka adalah lebih rendah martabatnya dari segi fizikal atau moral
  • menyeru atau mewajarkan keganasan terhadap mereka
  • mendakwa bahawa mereka ialah penjenayah 
  • merujuk secara negatif kepada mereka sebagai haiwan, objek tidak bernyawa, atau entiti bukan manusia yang lain 
  • menggalakkan atau mewajarkan pengecualian, pengasingan atau diskriminasi terhadap mereka

Penghinaan

Penghinaan ditakrifkan sebagai istilah menghina yang bertujuan untuk memperkecil-kecilkan etnik, kaum atau mana-mana atribut lain yang dilindungi yang disenaraikan di atas. Mereka tidak ditoleransi di platform kami kerana kami tidak mahu menyumbang kepada penyebaran istilah yang benar-benar menyakitkan hati. Walau bagaimanapun, kami sedar akan fakta bahawa penghinaan boleh digunakan untuk merujuk diri sendiri atau telah disesuaikan semula, dan kami mungkin memberi pengecualian apabila penghinaan digunakan dalam lagu atau contoh lain dalam konteks sindiran kepada diri sendiri dan/atau penyesuaian semula. 
Jangan siarkan: 

  • Kandungan yang menimbulkan penghinaan tanpa kerelaan

Ideologi kebencian

Ideologi kebencian yang tidak serasi dengan komuniti inklusif dan sokongan yang disediakan di platform kami. Kami mengalih keluar kandungan yang menggalakkan ideologi kebencian. 
Jangan siarkan: 

  • Kandungan yang menggalakkan ideologi kebencian dengan bercakap secara positif tentang atau
  • memaparkan logo, simbol, bendera, slogan, pakaian seragam, tabik hormat, gerak isyarat, potret, ilustrasi atau nama-nama individu yang berkaitan dengan ideologi ini 
  • Kandungan yang menafikan peristiwa yang didokumentasikan dan aktiviti ganas yang telah berlaku
  • Muzik atau lirik yang menggalakkan ideologi kebencian 


Gangguan dan pembulian

Pengguna harus berasa selamat untuk menyatakan pendirian mereka tanpa rasa takut dimalukan, dihina, dibuli atau diganggu. Kami amat memahami tekanan psikologi yang boleh ditimbulkan oleh kandungan kesat ke atas individu, dan kami tidak bertolak ansur terhadap kandungan atau tingkah laku kasar di platform kami. 

Tingkah laku kasar

Kami mengalih keluar semua ungkapan kesat, termasuk tetapi tidak terhad kepada ancaman kejam, gangguan seksual, pernyataan yang merendah-rendahkan tentang penampilan, intelek, ciri keperibadian dan kebersihan.
Jangan siarkan:

  • Kandungan yang mengancam individu dengan keganasan
  • Kandungan yang mengharapkan kematian, penyakit serius, bahaya fizikal atau kemudaratan lain terhadap individu
  • Kandungan yang menghasut keganasan atau gangguan yang diselaraskan
  • Kandungan yang mengganggu seseorang pengguna secara seksual dengan menghina aktiviti seks mereka atau cuba membuat hubungan seksual yang tidak diingini
  • Kandungan yang merendah-rendahkan orang persendirian berdasarkan atribut seperti intelek, penampilan, ciri keperibadian atau kebersihan
  • Kandungan yang mengagumi tragedi kejam dan memperkecilkan mangsa-mangsanya
  • Kandungan yang menggunakan ciri duet, beri reaksi atau kesan TikTok untuk mencipta kandungan kesat yang menyasarkan pengguna lain

Pencabulan privasi orang lain

Mendedahkan atau mengancam untuk mendedahkan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi boleh menyebabkan tekanan emosi yang serius dan membawa kepada bahaya sebenar. Kami menganggap ia sebagain satu bentuk penyalahgunaan dan tidak membenarkannya di TikTok.
Jangan siarkan: 

  • Kandungan yang mendedahkan atau mengancam untuk mendedahkan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi, termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat kediaman, alamat e-mel peribadi, nombor telefon peribadi, penyata bank, nombor keselamatan sosial atau nombor pasport
  • Ancaman untuk mendedahkan imej seksual atau imej intim tanpa kerelaan


Kebogelan dan aktiviti seks orang dewasa

Kami tidak membenarkan kandungan seks yang eksplisit atau kandungan yang membawa kepuasan seksual di TikTok, termasuk kandungan beranimasi yang sedemikian. Kandungan seks mendatangkan banyak risiko, seperti menimbulkan penalti undang-undang di sesetengah bidang kuasa dan mengakibatkan kemudaratan kepada pengguna kami melalui perkongsian imej tanpa kerelaan (contohnya, pornografi dendam). Juga, kandungan seksual secara terang-terangan boleh menyinggung perasaan dalam budaya tertentu. Kami membenarkan pengecualian untuk kandungan kebogelan dan seks yang eksplisit untuk tujuan pendidikan, dokumentari, saintifik atau tujuan artistik. Contohnya, kandungan yang membincangkan atau menunjukkan parut mastektomi dibenarkan.

Eksploitasi seks

Eksploitasi seks adalah sebarang percubaan penyalahgunaan kuasa atau kepercayaan atau yang benar-benar berlaku, terhadap golongan yang mudah terdedah kepada kemudaratan, termasuk tetapi tidak terhad kepada membuat keuntungan dari segi kewangan, sosial atau politik daripada eksploitasi seks terhadap orang lain.
Jangan siarkan: 

  • Kandungan yang menggambarkan, melakukan atau menghasut perbuatan seks tanpa kerelaan
  • Kandungan yang melakukan, menggalakkan atau menyanjung permintaan seks atau perlakuan sebagai objek seks

Pornografi dan kebogelan yang melibatkan orang dewasa

Pornografi yang secara eksplisit menggambarkan organ dan/atau aktiviti seks untuk tujuan kepuasan seksual. 
Jangan siarkan: 

  • Kandungan yang menggambarkan aktiviti seksual seperti persetubuhan, seks tanpa penembusan atau seks oral
  • Kandungan yang menunjukkan kemaluan manusia, puting wanita atau punggung
  • Kandungan yang menggambarkan keghairahan seksual
  • Kandungan yang menggambarkan “fetish” seksual 


Keselamatan individu di bawah umur

Kami amat komited kepada keselamatan kanak-kanak dan mempunyai toleransi sifar terhadap tingkah laku pemangsa atau antun seksual terhadap individu di bawah umur. Kami tidak membenarkan kandungan yang menggambarkan atau menyebarkan penganiayaan kanak-kanak, kebogelan kanak-kanak, atau eksploitasi seks terhadap kanak-kanak dalam format digital atau di dunia nyata, dan kami melaporkan kandungan sedemikian kepada pihak berkuasa undang-undang yang berkaitan. Kami juga tidak membenarkan kandungan yang menggambarkan individu di bawah umur terlibat dalam tingkah laku bermasalah.

Pengguna mesti memenuhi keperluan umur minimum untuk menggunakan TikTok (seperti yang ditetapkan dalam Terma Perkhidmatan kami). Apabila pemegang akaun bawah umur dikenal pasti, kami mengeluarkan akaun mereka daripada platform kami dan boleh mengarahkan mereka ke pengalaman aplikasi yang lebih sesuai, jika tersedia di kawasan mereka.

Kebogelan dan eksploitasi seks yang melibatkan individu bawah umur 

Kebogelan termasuk kandungan yang menunjukkan bahagian sulit yang boleh dilihat. Eksploitasi seks adalah sebarang percubaan penyalahgunaan kuasa atau kepercayaan atau yang benar-benar berlaku, terhadap golongan yang mudah terdedah kepada kemudaratan, termasuk tetapi tidak terhad kepada membuat keuntungan dari segi kewangan, sosial atau politik daripada eksploitasi seks terhadap orang lain.
Jangan siarkan: 

  • Kandungan yang menunjukkan bahagian sulit individu bawah umur
  • Kandungan yang menunjukkan eksploitasi seks terhadap individu bawah umur
  • Kandungan yang menggambarkan aktiviti seksual seperti persetubuhan, seks bukan penembusan atau seks oral yang melibatkan individu bawah umur
  • Kandungan yang menggambarkan keghairahan seksual yang melibatkan individu bawah umur
  • Kandungan yang menggambarkan fetish seksual yang melibatkan individu bawah umur

Kelakuan bermasalah bawah umur

Kelakuan bermasalah termasuk tetapi tidak terhad kepada pengambilan atau penggunaan dadah, alkohol dan tembakau.
Jangan siarkan:

  • Kandungan yang menggambarkan individu bawah umur mengambil, memiliki atau disyaki mengambil minuman beralkohol, dadah atau tembakau

Penderaan kanak-kanak

Penderaan kanak-kanak ditakrifkan sebagai orang yang berkuasa mengakibatkan trauma fizikal dan/atau psikologi ke atas individu bawah umur. Penderaan fizikal ialah tindakan yang secara sengaja mengakibatkan kecederaan pada badan kanak-kanak. Penderaan psikologi adalah makian kanak-kanak dengan ancaman sama ada keganasan fizikal atau seksual atau melalui taktik pembulian.
Jangan siarkan: 

  • Kandungan yang menggambarkan penderaan fizikal atau psikologi yang melibatkan individu bawah umur

Kelakuan antun seksual

Antun seksual ialah orang dewasa yang membina hubungan emosi dengan individu bawah umur untuk memperoleh kepercayaan mereka bagi tujuan penganiayaan seks, eksploitasi seks atau pemerdagangan seks.
Jangan siarkan: 

  • Kandungan yang menggalakkan, mengarahkan atau mewajarkan kelakuan antun seksual 
  • Kandungan yang melibatkan individu bawah umur dalam perbualan seks yang eksplisit
  • Kandungan yang mendorong atau memeras ugut kanak-kanak untuk menghantar bahan seksual yang eksplisit

Menseksualkan individu bawah umur

Kami tidak membenarkan kandungan yang memaksakan keseksualan kepada atau memperlakukan individu bawah umur sebagai objek seks.
Jangan siarkan: 

  • Kandungan yang menggambarkan tarian erotik yang melibatkan individu bawah umur
  • Kandungan yang mengandungi bahasa seksual atau erotik yang melibatkan individu bawah umur


Integriti dan ketulenan

Kandungan yang bertujuan untuk memperdayakan atau mengelirukan mana-mana ahli komuniti kami boleh membahayakan komuniti kami yang berasaskan kepercayaan. Kami tidak membenarkan kandungan sedemikian di platform kami. Ini termasuk aktiviti seperti spam, penyamaran dan maklumat palsu.

Spam

Kandungan atau aktiviti yang bertujuan untuk melancarkan populariti secara buatan pada platform adalah dilarang. Kami juga melarang sebarang percubaan untuk memanipulasi mekanisme platform untuk meningkatkan metrik interaksi. 
Jangan:

  • Berkongsi arahan tentang cara untuk meningkatkan tontonan, sukaan, pengikut, kongsi atau komen secara buatan
  • Percubaan untuk atau melibatkan diri dalam menjual atau membeli tontonan, sukaan, pengikut, kongsi atau komen
  • Menggalakkan perkhidmatan penjanaan trafik buatan
  • Mengendalikan beberapa akaun TikTok di bawah helah palsu atau menipu, termasuk percubaan terselaras untuk membuat aktiviti yang tidak sah, menyebarkan spam komersial, atau selainnya menyelaras pelanggaran berskala terhadap dasar TikTok

Penyamaran

Kami tidak membenarkan pengguna menyamar sebagai orang atau organisasi lain untuk memperdayakan orang ramai. Apabila kami mengesahkan laporan penyamaran, kami mengalih keluar akaun yang membuat pelanggaran tersebut. Kami membenarkan pengecualian untuk akaun parodi, ulasan atau peminat, selagi akaun tersebut tidak mengelirukan orang lain berhubung dengan identiti atau tujuannya di TikTok.
Jangan siarkan: 

  • Sebagai orang atau organisasi lain dengan menggunakan nama orang lain, butiran biografi, atau gambar profil dalam cara yang mengelirukan

Maklumat mengelirukan

Kami tidak membenarkan maklumat salah yang boleh membahayakan komuniti kami atau orang awam. Walaupun kami menggalakkan pengguna kami mengadakan perbualan mengenai perkara yang penting bagi mereka, kami mengeluarkan maklumat salah yang boleh memudaratkan kesihatan individu atau keselamatan orang ramai. Kami turut mengeluarkan kandungan yang diedarkan oleh kempen maklumat palsu. 
Jangan siarkan:

  • Maklumat salah yang bertujuan menimbulkan ketakutan, kebencian atau prejudis
  • Maklumat salah yang boleh memudaratkan kesihatan individu, seperti maklumat yang mengelirukan tentang rawatan perubatan
  • Tipu helah, percubaan pemancingan data atau kandungan yang dimanipulasi bertujuan untuk menyebabkan kemudaratan
  • Kandungan yang mengelirukan ahli komuniti tentang pilihan raya atau proses sivik yang lain 

Harta intelek

Kami menggalakkan semua orang untuk mencipta dan berkongsi kandungan asal. Kami tidak membenarkan pengguna menerbitkan atau menyebarkan kandungan yang mencabul hak harta intelek orang lain.
Jangan siarkan:

  • Kandungan yang melanggar atau mencabul hak cipta, tanda dagangan atau hak harta intelek orang lain


Ancaman kepada keselamatan platform

Selain kandungan dan kelakuan yang dinyatakan di atas, dasar kami melarang aktiviti yang menjejaskan perkhidmatan TikTok:

  • Jangan menggodam laman web TikTok, aplikasi atau rangkaian yang berkaitan, atau memintas
  • langkah-langkahnya untuk menyekat akses pengguna
  • Jangan mengedarkan fail yang mengandungi virus, kuda Troy, cacing, bom logik atau bahan lain yang berniat jahat atau berbahaya
  • Jangan ubah suai, menyesuaikan, menterjemah, kejuruteraan berbalik, membongkar, menyusun semula atau mencipta sebarang produk derivatif berdasarkan TikTok, termasuk apa-apa
  • fail, jadual atau dokumentasi, dan juga sebarang percubaan untuk menjana semula
  • sebarang kod sumber, algoritma, kaedah atau teknik yang terdapat di TikTok
  • Jangan gunakan skrip automatik untuk mengumpul maklumat daripada TikTok

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada komuniti global kami yang bertenaga dan bekerjasama dengan kami untuk mengekalkan platform yang selamat untuk semua pengguna. Jika anda menjumpai kandungan atau akaun yang anda percaya mungkin melanggar Garis Panduan Komuniti kami, sila beritahu kami supaya kami boleh menyemak semula dan mengambil tindakan yang sesuai.