Skip to main content
Panduan

Panduan Pengguna Baharu

Salam sejahtera dan selamat datang ke TikTok!

Panduan ini telah disediakan untuk memberi gambaran keseluruhan mengenai TikTok dan pelbagai alat-alat dan kawalan-kawalan yang kami telah memperkenalkan ke dalam aplikasi ini untuk memastikan komuniti kami selamat.

Apakah TikTok?

TikTok ialah aplikasi video berdurasi singkat. Ia ruang untuk kandungan yang menyeronokkan dan positif yang dicipta oleh orang sebenar di seluruh dunia. Misi kami adalah untuk menjadi pencetus inspirasi kreatif dan membawa keceriaan melalui TikTok.

Cara Bermula

Penyataan tarikh lahir anda

Untuk mendaftar dengan TikTok, mesti memberikan tarikh lahir anda. Jika anda memilih untuk mencipta akaun anda menggunakan platform yang lain, anda juga akan diminta untuk menyatakan tarikh lahir anda kepada kami dengan telus. Dari menyekat akses kepada ciri-ciri tertentu sehingga menyesuaikan iklan yang boleh dilihat oleh seseorang, tindakan kami adalah untuk memastikan maklumat yang tepat dapat membantu ahli komuniti mendapat pengalaman yang sesuai dengan umur.

Privasi anda

Apabila anda menggunakan TikTok, kami memproses maklumat anda bagi menyokong penggunaan anda dan kefungsian aplikasi ini. Kami juga menggunakan maklumat ini bagi memastikan anda dan pengguna lain kekal selamat. Anda boleh membaca Dasar Privasi kami untuk memahami maklumat apa yang kami kumpulkanmengenai anda, dan bagaimana kami menggunakan dan menjaga maklumat ini. Kami komited untuk menghormati dan melindungi privasi anda dan anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang amalan privasi kami dan pilihan anda di sini.

Garis Panduan Komuniti

Kami utamakan penawaran ruang digital yang selamat dan menyokong untuk pengguna-pengguna kami. Kami percaya bahawa rasa selamat itu penting untuk memastikan pengguna kami selesa untuk mengekspresi diri mereka secara terbuka dan kreatif. Kami mengalih keluar kandungan, termasuk video, audio, penstriman langsung, imej, komen dan teks yang melanggar Garis Panduan Komuniti kami. Kami juga mengalih keluar akaun-akaun yang terlibat dalam hal pelanggaran yang serius dan berulangan. Dalam keadaan tertentu, kami akan mengambil langkah lanjut dan melaporkan akaun tersebut kepada pihak berkuasa yang berkaitan bagi memastikan keselamatan komuniti kami. Garis Panduan Komuniti kami terpakai kepada setiap orang dan segala kandungan yang dikongsi pada TikTok.

Asas TikTok

TikTok menawarkan ruang untuk ekspresi kreatif yang membolehkan pengguna menikmati pelbagai video yang imersif, tulen, dan menghiburkan – dari cabaran tarian hingga ke penyegerakan bibir, dari tutorial DIY hinggalah ke parodi sejarah dan meme internet. Ketahui lebih lanjut mengenai halaman For You, menjadi pengguna, dan keselamatan komuniti di TikTok.

Alat Keselamatan & Privasi

Menggalakkan persekitaran TikTok yang positif yang membolehkan semua orang rasa selamat dan selesa ialah perkara yang paling kami utamakan. Ketahui lebih lanjut tentang alat dan tetapan yang kami telah melaksanakan bagi membantu anda mengurus pengalaman TikTok anda.

Lihat Alat


Sumber

Untuk mengetahui amalan terbaik untuk privasi peribadi, keselamatan akaun dan cara menjadi warga digital yang baik, layari Portal Remaja kami. Di bawah, anda akan mendapati bahan sumber tambahan daripada Rakan Kongsi Keselamatan kami.