Undang-undang

Dasar Privasi

Dikemaskini terakhir: Februari 2020


Selamat datang ke TikTok ("Platform"). Platform ini disediakan dan dikendalikan oleh TikTok Pte. Ltd., dengan alamat berdaftar di 201 Henderson Road # 06-22, Apex @ Henderson, Singapura 159545 ("TikTok" atau "kami").

Kami komited untuk melindungi dan menghormati privasi anda. Dasar ini menerangkan amalan kami mengenai data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda, atau yang anda bekalkan kepada kami. Jika anda tidak bersetuju dengan dasar ini, anda tidak harus menggunakan Platform.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tentang cara kami menggunakan data peribadi anda, sila hubungi privacy@tiktok.com.

RINGKASAN

Apakah maklumat yang kami kumpul tentang anda?

Kami mengumpul dan memproses maklumat yang anda berikan kepada kami apabila anda menubuhkan akaun dan memuat naik kandungan ke Platform. Ini termasuk maklumat teknikal dan tingkah laku tentang penggunaan Platform oleh anda. Kami juga mengumpul maklumat mengenai anda jika anda memuat turun aplikasi dan berinteraksi dengan Platform tanpa menubuhkan akaun.

Bagaimana kami menggunakan maklumat tentang anda?

Kami menggunakan maklumat anda untuk menyediakan Platform kepada anda dan untuk meningkatkan dan mengendalikannya. Kami menggunakan maklumat anda untuk, antara lain, memberi cadangan dalam ‘For You’ feed, meningkatkan dan membangunkan Platform dan memastikan keselamatan anda. Di mana bersesuaian, kami juga akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberi anda iklan yang disasarkan dan mempromosikan Platform.

Dengan siapa kami kongsi maklumat anda?

Kami berkongsi data anda dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang membantu kami menyampaikan Platform, seperti pembekal penyimpanan cloud. Kami juga berkongsi maklumat anda dengan rakan niaga, syarikat lain dalam kumpulan yang sama seperti TikTok, perkhidmatan penyelarasan kandungan, pembekal pengukuran, pengiklan, dan pembekal analisis. Di mana dan apabila diperlukan oleh undang-undang, kami akan berkongsi maklumat anda dengan agensi penguatkuasa undang-undang atau pengawal selia, dan dengan pihak ketiga menurut perintah mahkamah yang terikat secara sah.

Berapa lama kami menyimpan maklumat anda?

Kami menyimpan maklumat anda selama yang diperlukan untuk membekalkan anda dengan perkhidmatan tersebut. Di mana kami tidak memerlukan maklumat anda untuk membekalkan perkhidmatan kepada anda, kami menyimpannya hanya selagi kami mempunyai tujuan perniagaan yang sah untuk menyimpan data tersebut atau di mana kami tertakluk kepada kewajipan undang-undang untuk menyimpan data tersebut. Kami juga akan menyimpan data anda jika kami percaya data anda akan diperlukan untuk penubuhan, pelaksanaan atau pertahanan tuntutan undang-undang.

Bagaimana kami memaklumkan kepada anda mengenai sebarang perubahan pada Dasar Privasi ini?

Kami akan memaklumkan semua pengguna tentang apa-apa perubahan penting kepada dasar ini melalui notis di Platform kami. Walau bagaimanapun, anda harus membaca dasar ini dengan kerap untuk menyemak sebarang perubahan. Kami juga akan mengemaskini tarikh “Dikemaskini Terakhir” di bahagian atas dasar ini, yang menunjukkan tarikh kuatkuasa dasar ini. Dengan mengakses atau menggunakan Platform, anda mengakui bahawa anda telah membaca dasar ini dan anda memahami hak anda berhubung dengan data peribadi anda dan bagaimana kami akan mengumpulkan, menggunakan dan memproses data anda.

*********************************************************************************************** 

1. Jenis data peribadi yang kami gunakan

Kami mengumpulkan dan menggunakan maklumat berikut mengenai anda:

Maklumat Profil Anda. Anda memberi kami maklumat apabila anda mendaftar di Platform, termasuk nama pengguna anda, tarikh lahir (jika berkenaan), alamat e-mel dan / atau nombor telefon, maklumat yang anda nyatakan dalam profil pengguna anda, dan foto atau video profil anda.

Kandungan Pengguna dan Maklumat Tingkah Laku. Kami memproses kandungan yang anda menjana di Platform, termasuk pilihan yang anda tetapkan (seperti pilihan bahasa), gambar dan video yang anda muat naik dan komen yang anda buat ("Kandungan Pengguna"). Untuk meningkatkan kelajuan muat naik Kandungan Pengguna sebelum mengklik "Pos" untuk mengesahkan muat naik, kami akan menyediakan perkhidmatan pramuat untuk memuat naik audio dan video terlebih dahulu. Sekiranya anda membatalkan atau gagal memuat naik kandungan untuk sebab lain, kami akan memadam audio dan video yang berkaitan dari pelayan kami. Kami mengumpul maklumat melalui tinjauan, cabaran dan pertandingan yang anda sertai. Kami juga mengumpulkan maklumat mengenai penggunaan Platform oleh anda, contohnya, bagaimana anda terlibat dengan Platform, termasuk bagaimana anda berinteraksi dengan kandungan yang kami tunjukkan kepada anda, iklan yang anda lihat, video yang anda tonton dan masalah yang ditemui, kandungan yang anda suka, kandungan yang anda simpan ke 'Kegemaran Saya' dan pengguna yang anda ikuti. Kami juga menyimpulkan pilihan anda, termasuk minat, jantina dan umur anda untuk tujuan memperibadikan kandungan. Kami memproses maklumat mengenai pengikut anda, sukaan yang anda terima dan tindak balas terhadap kandungan yang anda muat naik untuk tujuan mempromosikan kandungan anda kepada pengguna lain dan meneroka sama ada profil anda memberikan peluang lebih lanjut untuk kerjasama. Jika bersesuaian, kami juga akan menggunakan maklumat ini untuk tujuan menyediakan iklan peribadi dan memberitahu anda tentang perkhidmatan dan peluang baru.

Maklumat daripada Pihak Ketiga. Anda boleh memilih untuk berkongsi data tertentu dengan kami daripada pihak ketiga atau melalui penggunaan Platform, kami boleh mengumpul data pihak ketiga tersebut secara automatik. Kami telah memberikan butiran lanjut mengenai maklumat yang kami terima daripada pihak ketiga di bawah:

Rakan Perniagaan

Jika anda memilih untuk mendaftar untuk menggunakan Platform dengan butiran akaun rangkaian sosial anda (contohnya, Facebook, Twitter, Instagram, Google), anda akan memberi kami atau membenarkan rangkaian sosial anda untuk memberikan kami nama pengguna dan profil awam anda. Kami juga akan berkongsi maklumat tertentu dengan rangkaian sosial anda seperti ID aplikasi anda, token akses dan URL rujukan. Untuk maklumat lanjut mengenai perkongsian senarai hubungan Facebook anda dengan kami, sila lihat Cari pengguna lain dan jemput rakan anda.

Pengiklan dan Rangkaian Pengiklanan

Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan daripada anda dan interaksi anda dengan Platform dan laman web pihak ketiga yang lain untuk membuat kesimpulan tentang minat anda untuk memberi anda pengiklanan yang lebih relevan. Maklumat ini memberitahu kami tentang laman web yang telah anda lawati, aplikasi yang telah anda muat turun dan pembelian yang anda telah buat supaya kami dapat meramalkan apa lagi yang menarik minat anda pada masa hadapan dan menilai keberkesanannya pengiklanan di Platform kami. Kami mengumpulkan maklumat ini dengan menggunakan Cookies dan teknologi serupa di Aplikasi kami dan daripada maklumat serupa yang diterima daripada pihak ketiga yang mengiklankan di Platform kami dan laman web yang anda lawati.

Maklumat Teknikal yang kami kumpulkan tentang anda. Kami secara automatik mengumpulkan maklumat tertentu daripada anda apabila anda menggunakan Platform termasuk semasa anda menggunakan Aplikasi tanpa akaun. Maklumat tersebut termasuk alamat IP anda, sejarah pelayar (iaitu kandungan yang telah anda lihat di Platform), pembawa mudah alih, tetapan zon waktu, pengecam untuk tujuan pengiklanan dan versi aplikasi yang anda gunakan. Kami juga akan mengumpulkan maklumat mengenai peranti yang anda gunakan untuk mengakses Platform seperti model peranti anda, sistem peranti, jenis rangkaian, ID peranti, resolusi skrin dan sistem pengendalian anda. Di mana anda log masuk melalui pelbagai peranti, kami akan dapat menggunakan maklumat profil anda untuk mengenal pasti aktiviti anda antara peranti-peranti.

Lokasi. Kami menggunakan ‘Rantau’ yang anda pilih dalam Tetapan untuk menyesuaikan pengalaman TikTok anda kecuali jika kami menyediakan perkhidmatan berasaskan lokasi, di mana kami akan kumpul maklumat GPS (dengan keizinan anda).

Cari pengguna lain dan jemput rakan anda. Anda boleh memilih sama ada untuk mencari pengguna lain Platform menggunakan fungsi 'Cari Kawan' kami. Fungsi ini membolehkan anda melihat yang mana-mana rakan anda daripada senarai kenalan telefon anda atau senarai rakan Facebook menggunakan Platform dan menawarkan anda pilihan untuk mengikuti mereka. Anda juga boleh menggunakan fungsi ini untuk menjemput kenalan anda untuk menyertai anda di Platform. Kami akan menggunakan maklumat hubungan yang anda mempunyai untuk rakan itu, sama ada melalui senarai kenalan telefon anda atau senarai rakan Facebook dan memberi anda pilihan untuk menghantar rakan anda SMS, e-mel atau mesej pihak ketiga (seperti Whatsapp, Facebook (termasuk Facebook Messenger ) atau Twitter) untuk menjemput mereka untuk melihat profil TikTok anda.

Beli syiling. Sekiranya negara bidang kuasa anda yang mempunyai pembelian duit syiling dalam aplikasi, sila ambil perhatian peruntukan Polisi Barang Maya kami. Pembelian anda akan diuruskan melalui akaun iTunes Apple atau Google Play anda. Kami tidak mengumpul sebarang maklumat kewangan atau pengebilan daripada anda berhubung dengan transaksi sedemikian. Sila semak terma dan notis kedai aplikasi yang relevan berkenaan dengan pengendalian data tersebut. Kami menyimpan rekod pembelian yang anda buat, masa anda membuat pembelian itu dan jumlah yang dibelanjakan supaya kami dapat kredit akaun anda dengan nilai yang betul dalam syiling.

2. Cookies

Kami, vendor kami dan pembekal perkhidmatan kami menggunakan cookies dan teknologi lain yang serupa (contohnya, suar web, flash cookies dan lain-lain) ("Cookies") untuk mengumpulkan maklumat secara automatik, mengukur dan menganalisis halaman web yang anda klik dan bagaimana anda menggunakan Platform , meningkatkan pengalaman anda menggunakan Platform, meningkatkan perkhidmatan kami, dan memberi anda pengiklanan yang disasarkan di Platform dan di tempat lain antara peranti anda yang berlainan. Cookies adalah fail kecil yang, apabila diletakkan pada peranti anda, membolehkan Platform memberikan ciri dan fungsi tertentu. Suara web adalah imej yang sangat kecil atau potongan kecil data yang tertanam dalam imej, juga dikenali sebagai “tag pixel” atau “GIF yang jelas,” yang dapat mengenalpasti Cookies, masa dan tarikh halaman dilihat, keterangan halaman di mana tag pixel diletakkan dan maklumat yang serupa daripada komputer atau peranti anda. Dengan menggunakan Platform, anda bersetuju dengan penggunaan Cookies kami.

Di samping itu, kami membenarkan rakan perniagaan kami, rangkaian pengiklanan, vendor pengiklanan dan pembekal perkhidmatan lain (termasuk vendor analitik dan pembekal perkhidmatan) untuk mengumpulkan maklumat mengenai aktiviti dalam talian anda melalui Cookies. Kami menghubungkan maklumat kenalan atau pelanggan anda dengan aktiviti anda di Platform kami antara semua peranti anda, menggunakan e-mel anda atau maklumat log masuk atau peranti lain. Pihak ketiga boleh menggunakan maklumat ini untuk memaparkan iklan di Platform kami dan di tempat lain dalam talian yang disesuaikan dengan minat, keutamaan dan ciri anda. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi pihak ketiga ini dan amalan maklumat pihak ketiga ini tidak dilindungi oleh Dasar Privasi ini.

Anda boleh menolak atau menamatkan Cookies dengan melaraskan tetapan pelayar anda. Oleh sebab berbezaan setiap pelayar, sila rujuk arahan yang disediakan oleh pelayar anda. Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin perlu mengambil langkah tambahan untuk menolak atau menamatkan jenis Cookies tertentu. Contohnya, kerana perbezaan cara pelayar dan aplikasi mudah alih berfungsi, anda mungkin perlu mengambil langkah yang berbeza untuk pilih keluar daripada Cookies yang digunakan untuk pengiklanan yang disasarkan dalam pelayar dan untuk pilih keluar daripada pengiklanan yang disasarkan untuk aplikasi mudah alih yang mungkin anda mengawal melalui tetapan peranti anda atau keizinan aplikasi mudah alih. Di samping itu, pilihan anda untuk pilih keluar dalah khusus untuk pelayar atau peranti tertentu yang anda guna, jadi anda mungkin perlu pilih keluar secara berasingan untuk setiap pelayar atau peranti. Sekiranya anda memilih untuk menolak, menamatkan atau memadam Cookies, sesetengah fungsi Platform mungkin tidak lagi tersedia untuk anda.

3. Bagaimana kami menggunakan data peribadi anda 

Kami akan menggunakan maklumat yang kami kumpulkan tentang anda dengan cara berikut:

  • Memaklumkan kepada anda tentang perubahan kepada perkhidmatan kami;
  • memberi anda sokongan pengguna;
  • memperibadikan kandungan yang anda terima dan memberi anda kandungan yang disesuaikan untuk menarik minat anda;
  • membolehkan anda berkongsi Kandungan Pengguna dan berinteraksi dengan pengguna lain;
  • membolehkan perkhidmatan utusan kami berfungsi jika anda memilih untuk menggunakan fungsi ini;
  • membolehkan anda menyertai program barangan maya;
  • berkomunikasi dengan anda; 
  • untuk membantu kami mengesan dan melawan penyalahgunaan, aktiviti bahaya, penipuan, spam dan aktiviti haram di Platform;
  • memastikan keselamatan anda termasuk menyemak kandungan, mesej dan metadata yang berkaitan untuk pelanggaran Garis Panduan Komuniti dan kandungan lain yang tidak sesuai;
  • memastikan kandungan dibentangkan dengan cara yang paling berkesan untuk anda dan peranti anda;
  • meningkatkan, mempromosikan dan membangunkan Platform dan mempromosikan topik disukai ramai, hashtags dan kempen di Platform;
  • menjalankan analisis data dan menguji Platform untuk memastikan kestabilan dan keselamatannya;
  • membenarkan anda untuk mengambil bahagian dalam ciri interaktif Platform;
  • membenarkan anda bersosial di Platform, sebagai contoh, dengan membenarkan pengguna lain mengenal pasti anda melalui fungsi "Cari rakan-rakan lain" atau melalui kenalan telefon mereka;
  • memastikan anda sudah cukup umur untuk menggunakan Platform kami (seperti yang dikehendaki oleh undang-undang).
  • memberikan anda pengiklanan yang diperibadikan;
  • menyediakan anda dengan perkhidmatan berdasarkan lokasi (di mana perkhidmatan tersebut tersedia di bidangkuasa anda);
  • menguatkuasakan terma, syarat dan dasar kami; dan
  • mentadbir Platform termasuk penyelesaian masalah.

4. Bagaimana kami berkongsi data peribadi anda

Kami berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga terpilih tersebut:

Rakan Perniagaan

Jika anda memilih untuk mendaftar dengan butiran akaun rangkaian sosial anda (contohnya, Facebook, Twitter, Instagram, Google), anda akan memberi kami atau membenarkan rangkaian sosial anda memberikan kami nama pengguna dan profil awam anda. Kami juga akan berkongsi maklumat tertentu dengan rangkaian sosial yang berkaitan seperti ID aplikasi anda, token akses dan URL rujukan.

Di mana anda memilih untuk berkongsi kandungan di platform media sosial, video, nama pengguna dan teks yang disertakan akan dikongsi di platform itu atau, jika anda berkongsi melalui platform mesej segera seperti Whatsapp, pautan ke kandungan akan dikongsi. 

Pembekal Pembayaran

Jika anda memilih untuk Beli Syiling, kami akan berkongsi data dengan pembekal pembayaran yang berkaitan untuk memproses transaksi ini. Kami berkongsi ID transaksi untuk mengenal pasti anda dan kredit akaun anda dengan nilai yang betul dalam syiling setelah anda membuat pembayaran.

Pembekal Perkhidmatan

Kami memberi maklumat dan kandungan kepada pembekal perkhidmatan yang menyokong perniagaan kami, seperti pembekal penyimpanan cloud dan pembekal perkhidmatan penyelarasan kandungan untuk memastikan bahawa Platform adalah tempat yang selamat dan menyeronokkan.

Pembekal analitik

Kami menggunakan pembekal analisis untuk membantu kami dalam pengoptimuman dan peningkatan Platform. Pembekal analisis pihak ketiga kami juga membantu kami menyiarkan iklan yang disasarkan.

Pengiklan dan Rangkaian Pengiklanan 

Kami berkongsi maklumat dengan pengiklan dan syarikat pengukuran pihak ketiga untuk menunjukkan berapa banyak pengguna dan jenis pengguna Platform yang telah melihat atau mengklik pada iklan. Kami berkongsi ID peranti anda dengan syarikat pengukuran supaya kami dapat memaut aktiviti anda di Platform dengan aktiviti anda di laman web lain; kami kemudian menggunakan maklumat ini untuk menunjukkan kepada anda iklan yang mungkin menarik minat anda.

Kumpulan Korporat kami

Kami juga mungkin berkongsi maklumat anda dengan ahli-ahli lain, anak-anak syarikat, atau sekutu kumpulan korporat kami, untuk menyediakan Platform termasuk meningkatkan dan mengoptimumkan Platform, mencegah penggunaan haram dan menyokong pengguna.

Penguatkuasaan undang-undang

Kami akan berkongsi maklumat anda dengan agensi penguatkuasa undang-undang, pihak berkuasa awam atau organisasi lain jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau jika penggunaan sedemikian adalah perlu untuk:

  • mematuhi kewajipan, proses atau permintaan undang-undang;
  • menguatkuasakan Syarat Perkhidmatan kami dan perjanjian, dasar dan piawaian lain, termasuk penyiasatan terhadap mana-mana pelanggaran yang mungkin berlaku;
  • mengesan, mencegah atau menangani isu keselamatan, penipuan atau isu teknikal; atau
  • melindungi hak, harta atau keselamatan kami, pengguna kami, pihak ketiga atau orang awam seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang (termasuk bertukar maklumat dengan syarikat dan organisasi lain untuk tujuan perlindungan penipuan dan pengurangan risiko kredit).

Profil Awam

Sila ambil perhatian bahawa jika profil anda adalah umum, kandungan anda akan dapat dilihat oleh sesiapa di Platform dan mungkin juga diakses atau dikongsi oleh rakan dan pengikut anda serta pihak ketiga seperti enjin carian, agregator kandungan dan laman berita. Anda boleh menukar siapa yang dapat melihat video setiap kali anda memuat naik video. Sebagai alternatif, anda boleh menukar profil anda kepada peribadi dengan mengubah tetapan anda ke “Akaun Peribadi” dalam tetapan “Mengurus akaun saya”.

Jualan atau Penggabungan

Kami juga akan menzahirkan maklumat anda kepada pihak ketiga:

  • sekiranya kami menjual atau membeli sebarang perniagaan atau aset (sama ada akibat pembubaran, kebankrapan atau lain-lain), kami akan menzahirkan data anda kepada calon penjual atau pembeli perniagaan atau aset tersebut; atau
  • jika kami menjual, membeli, bergabung, diperolehi oleh, atau bekerjasama dengan syarikat atau perniagaan lain, atau menjual beberapa atau semua aset kami. Dalam urus niaga tersebut, maklumat pengguna mungkin antara aset yang dipindahkan.

 

5. Dimana kami menyimpan data peribadi anda

Data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda akan disimpan di pelayan yang terletak di Singapura atau Amerika Syarikat, di luar tempat negara tinggal anda. Kami mengekalkan pelayan utama di seluruh dunia untuk membawa anda perkhidmatan kami secara global dan berterusan.

6. Pilihan anda 

Anda boleh mengakses dan meminda kebanyakan maklumat profil anda dengan melog masuk ke TikTok. Anda boleh memadamkan Kandungan Pengguna yang anda muat naik. Kami juga menyediakan beberapa alat dalam Tetapan untuk membenarkan anda mengawal fungsi berikut, contohnya, siapa yang boleh melihat video anda, menghantar mesej kepada anda, atau menghantar komen ke video anda. Anda boleh memadamkan keseluruhan akaun anda dalam Tetapan, jika anda memilih untuk berbuat demikian. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai cara menggunakan alat tersebut, atau ingin mengetahui tentang hak anda mempunyai di negara anda tinggal, sila hubungi kami di privacy@tiktok.com.

7. Keselamatan data peribadi anda

Kami mengambil langkah untuk memastikan maklumat anda selamat dan mengikuti dasar ini. Malangnya, penghantaran maklumat melalui internet tidak sepenuhnya selamat. Walaupun kami akan melindungi data peribadi anda, contohnya, melalui enkripsi, kami tidak dapat menjamin keselamatan maklumat anda yang dihantar melalui Platform; sebarang penghantaran adalah risiko anda sendiri. 

Kami mempunyai langkah-langkah teknikal dan organisasi yang sesuai untuk memastikan tahap keselamatan yang sesuai dengan tahap risiko yang berlainan untuk memastikan hak dan kebebasan anda dan pengguna lain. Kami mengekalkan langkah-langkah teknikal dan organisasi ini dan akan meminda mereka dari semasa ke semasa untuk memperbaiki keselamatan keseluruhan sistem kami.

Kami akan, dari semasa ke semasa, memasukkan pautan daripada dan kepada laman web rangkaian rakan kongsi, pengiklan dan sekutu. Jika anda mengikuti pautan ke mana-mana laman web tersebut, sila ambil perhatian bahawa laman web ini mempunyai dasar privasi mereka sendiri dan kami tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau liabiliti untuk dasar-dasar tersebut. Sila semak dasar-dasar tersebut sebelum menyerahkan sebarang maklumat ke laman web tersebut.

8. Berapa lama kami menyimpan data peribadi anda

Kami menyimpan maklumat anda selama yang diperlukan untuk memberikan anda perkhidmatan tersebut. Di mana kami tidak memerlukan maklumat anda untuk memberikan perkhidmatan kepada anda, kami menyimpan untuk tujuan perniagaan yang sah sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat ketika bahawa kami mungkin menyimpan data ini lebih lama mengikut kewajipan undang-undang atau di mana ia perlu untuk penubuhan, pelaksanaan atau pertahanan tuntutan undang-undang.

Selepas anda menamatkan penggunaan Platform kami, kami menyimpan maklumat anda dalam format yang teragregat dan secara ragam.

9. Maklumat berkaitan dengan kanak-kanak

TikTok bukan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Dalam kes-kes tertentu, usia ini mungkin lebih tinggi disebabkan oleh keperluan pengawalseliaan tempatan, sila lihat dasar privasi tempatan anda untuk maklumat lanjut. Jika anda percaya bahawa kami mempunyai atau mengumpulkan data peribadi daripada kanak-kanak di bawah usia yang berkaitan, sila hubungi kami di mailto:privacy@tiktok.com

10. Aduan

Sekiranya anda ingin membuat aduan tentang bagaimana kami memproses data peribadi anda, sila segera hubungi kami di mailto:privacy@tiktok.com dan kami akan  memenuhi permintaan anda secepat mungkin. Ini tidak akan menjejaskan hak anda untuk melancarkan tuntutan dengan pihak berkuasa perlindungan data yang relevan. 

11. Perubahan

Kami akan secara umum memaklumkan semua pengguna apa-apa perubahan penting kepada dasar ini, melalui notis yang diberikan melalui Platform. Walau bagaimanapun, anda harus membaca dasar ini dengan kerap untuk menyemak sebarang perubahan. Kami juga akan mengemaskini tarikh “Dikemaskini Terakhir” di bahagian atas dasar ini, yang menunjukkan tarikh berkuatkuasa polisi tersebut. Akses berterusan anda atau penggunaan Platform selepas tarikh dasar yang dikemaskini akan dianggapkan penerimaan anda terhadap dasar yang dikemaskini. Jika anda tidak bersetuju dengan dasar yang dikemaskini, anda mesti berhenti mengakses atau menggunakan Platform.

12. Hubungi

Sila menghantar soalan, komen dan permintaan berkaitan dengan dasar kepada privacy@tiktok.com.

13. Konflik

Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Notis Perlindungan Data Peribadi ini dalam Bahasa Inggeris dengan Notis Perlindungan Data Peribadi ini dalam Bahasa Malaysia, terma-terma Notis dalam Bahasa Inggeris akan diguna pakai.