Skip to main content
Topik

Bunuh Diri & Mencederakan Diri

TikTok Prihatin

TikTok ialah komuniti yang positif dan menyokong. Kami mengharapkan bahawa tarian, lagu, haiwan yang comel, pemandangan yang indah, dan jenaka boleh memberi kebahagiaan kepada pengguna-pengguna platform kami.

Namun kadangkala, kesepian dan tekanan sukar dielak. Jika anda atau sesiapa yang anda kenali sedang mengalami kemurungan atau memikirkan ingin mencederakan diri, kami mahu anda tahu bahawa kami sedia membantu.


Perkara yang TikTok lakukan untuk menyokong dan melindungi pengguna kami

Keselamatan dan kesejahteraan komuniti TikTok adalah perkara yang amat kami mengutamakan. Dasar kami bertujuan untuk menyokong seseorang yang sedang menghadapi cabaran dan menyediakan akses kepada sokongan kesihatan mental daripada pakar-pakar tempatan.

  • Kami tidak membenarkan video yang menggambarkan, menggalakkan, menormalkan atau mengagung-agungkan aktiviti yang boleh membawa kepada seseorang membunuh diri atau mencederakan diri. Kami juga tidak mengizinkan pengguna-pennguna kami berkongsi video yang menggambarkan diri mereka mengambil bahagian dalam, atau menggalakkan pengambilan bahagian dalam, aktiviti berbahaya yang boleh mengakibatkan kecederaan serius atau maut. Namun begitu, kami menyokong ahli komuniti kami yang berkongsi pengalaman peribadi mereka dengan isu-isu ini dengan cara yang selamat untuk meningkatkan kesedaran dan mendapatkan sokongan daripada komuniti. Ketahui lebih lanjut
  • Kami tidak akan menayangkan video yang berkaitan dengan mencederakan diri semasa mencari istilah yang berkaitan. Sebaliknya, kami ingin menyokong pengguna kami dengan menyediakan sumber dan akses kepada talian bantuan sokongan emosi. Kami menonjolkan nombor talian penting bagi pencegahan bunuh diri dan sumber setempat tambahan yang boleh membantu.
  • TikTok bekerjasama dengan para pakar kesihatan mental dan emosi untuk menambah baik dasar-dasar kami dan cara kami menangani isu-isu ini secara berterusan.
  • Sekiranya penglibatan kami dapat membantu seseorang pengguna yang kami mengesyaki berisiko mencederakan diri, pasukan TikTok mungkin juga memberi amaran kepada perkhidmatan kecemasan tempatan.

Sumber

Jika anda atau seseorang yang anda kenal sedang bergelut dari segi emosi, anda boleh mencadangkan pihak-pihak berikut untuk mendapatkan bantuan.