
Iklan dan Data Anda
Kami menyedari bahawa pengiklanan digital boleh menjadi rumit dan tidak telus, tetapi kami fikir ia tidak semestinya begitu. Kami berusaha untuk menyampaikan amalan iklan kami secara ringkas dan langsung.
Kami menyedari bahawa pengiklanan digital boleh menjadi rumit dan tidak telus, tetapi kami fikir ia tidak semestinya begitu. Kami berusaha untuk menyampaikan amalan iklan kami secara ringkas dan langsung.
Kesejahteraan Mental Untuk menyokong komuniti kami dengan lebih baik, TikTok telah bekerjasama dengan pakar untuk membangunkan set peralatan agar semua orang dapat mengetahui lebih lanjut bagaimana mereka dapat meningkatkan kesejahteraan…
Salam sejahtera dan selamat datang ke TikTok! Panduan ini telah disediakan untuk memberi gambaran keseluruhan mengenai TikTok dan pelbagai alat-alat dan kawalan-kawalan yang kami telah memperkenalkan ke dalam aplikasi ini untuk memastikan komuniti kami selamat.
Salam sejahtera dan selamat datang! Kami tahu bahawa anda sebagai pengasuh, ingin membantu anak remaja anda belajar tentang keselamatan digital supaya mereka boleh mengendalikan kehadiran dalam talian mereka, pada masa kini dan sambil mereka meningkat dewasa.
Komitmen TikTok yang paling penting adalah mewujudkan persekitaran mengalu-alukan yang memastikan komuniti kami selamat. Pendekatan yang kami guna untuk memastikan keselamatan meliputi dasar, produk, amalan, dan rakan kongsi kami, sambil kami membina sebuah komuniti yang memastikan kreativiti dan ekspresi bebas boleh berkembang maju.
Di TikTok, kami tahu bahawa kreativiti dan ekspresi bersifat peribadi. Ini boleh dikatakan sama seperti privasi. Oleh sebab itulah kami memperkasa komuniti kami dengan pelbagai kawalan bagi mengurus kehadiran dalam talian mereka dan membuat keputusan tentang pengalaman TikTok yang paling sesuai untuk mereka. Kami juga sedar bahawa apabila seseorang menyertai komuniti kami, mereka mengamanahkan maklumat mereka kepada kami. Kami amat prihatin tentang melindungi maklumat tersebut dan mendidik pengguna kami tentang alat privasi dan keselamatan yang tersedia kepada mereka.