Skip to main content
Topik

Mencegah Perlakuan Membuli

Apakah perlakuan membuli?

Membuli boleh ditakrifkan dalam banyak cara, tetapi lazimnya melibatkan perlakuan bersasaran yang berulang-ulang yang berniat untuk mengakibatkan mudarat fizikal, sosial dan/atau psikologi. Perlakuan ini boleh dikendalikan dalam talian atau di luar talian oleh seseorang individu atau kumpulan yang menyalahgunakan kuasa mereka, atau menyalahgunakan kuasa yang ditanggap milik mereka, ke atas orang atau kumpulan lain yang dirasai tidak berupaya menghentikan perkara ini daripada berlaku.

Kami menyedari bahawa perlakuan membuli boleh mengakibatkan tekanan yang teruk kepada orang, dan kami tidak bertolak-ansur dalam hal ini pada platform kami. TikTok adalah sebuah komuniti global yang berkembang maju hasil daripada kreativiti dan ekspresi. Oleh itu, orang ramai perlu berasa selamat untuk meluahkan diri mereka tanpa rasa takut tentang ancaman dibuli atau diganggu pada platform ini.

Mengenal pasti perlakuan membuli

Terdapat beberapa jenis perlakuan membuli yang digunakan oleh individu atau kumpulan untuk menakut-nakutkan, menghina atau mematahkan semangat dan keupayaan orang lain. Ketahui lebih lanjut tentang bentuk perlakuan membuli yang lazim.

Tahukah anda?

  • Membuli mempengaruhi pembuli, mereka yang dibuli, bahkan juga mereka yang menjadi saksi perlakuan membuli.
  • Pemerhati, orang yang melihat perlakuan membuli, boleh memainkan peranan yang penting dalam membasmi perlakuan membuli.
  • Agak lazim bagi perlakuan membuli dilakukan kepada seseorang oleh individu yang mereka kenali (contohnya, rakan sekelas, rakan sebaya, rakan sekerja).
  • Perlakuan membuli boleh berlaku dalam hampir apa jua persekitaran sosial, termasuklah di sekolah, dalam talian, di taman permanian, dan di tempat kerja.
  • Orang yang dibuli juga boleh membuli orang lain. Mereka yang terlibat dalam perlakuan ini sering menakut-nakutkan orang lain untuk memperoleh rasa berkuasa atau memperoleh kembali kawalan yang mereka telah hilang dalam lapangan kehidupan mereka yang lain.

Mencegah perlakuan membuli

Terdapat banyak cara TikTok menggalakkan pengguna saling berinteraksi melalui komen, mesej langsung, sembang live, Duet, Cantum, dan banyak lagi. Kesemua ini adalah sebahagian daripada perkara yang membuatkan komuniti dalam talian amat menarik, tetapi, sama seperti komunikasi di mana-mana, hal ini turut membawa risiko interaksi yang boleh menyinggung atau memudaratkan. Bagi memupuk komuniti yang mesra dan saling menyokong, kami ada pelbagai tetapan aplikasi yang membolehkan pengguna mengawal pengalaman TikTok mereka. Tetapan-tetapan ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada perantauan anda dan versi aplikasi juga.

Akaun peribadi

Akaun pengguna berusia bawah 16 tahun ditetapkan secara lalai kepada peribadi, yang bermaksud anda boleh meluluskan atau menafikan permintaan pengikut, dan hanya pengguna yang anda luluskan sebagai pengikut sahaja boleh melihat kandungan anda. Akaun untuk pengguna yang berusia lebih 16 tahun bermula sebagai akaun awam, yang bermaksud mana-mana pengguna TikTok boleh melihat video awam anda dan menyiarkan komen, atau memulakan Duet untuk berinteraksi dengan kandungan yang anda telah cipta dan kongsi. Anda boleh menukar ciri ini dengan mudah dalam tetapan Privasi anda. Ketahui lebih lanjut

Mengawal siapa yang menghantar mesej kepada anda

Mesej langsung (DM) menyediakan kaedah untuk pengguna berkomunikasi secara peribadi. Mesej langsung boleh dihantar dan diterima daripada ”Semua orang’, Rakan’ (pencipta yang anda ikut, yang turut mengikut anda kembali), atau ‘Tiada sesiapa’. Hanya akaun berdaftar yang pemiliknya berusia 16 tahun ke atas layak untuk Mesej Langsung dan ini salah satu ciri yang ibu bapa atau penjaga boleh kawal secara langsung apabila Mod Keselamatan Keluarga dihidupkan. Ketahui lebih lanjut

Siapa boleh Duet dan Cantum dengan anda

Walaupun Duet boleh menjadi cara yang menyeronokkan untuk meneroka kreativiti anda, anda boleh memutuskan siapa boleh Duet dengan anda. Anda boleh memilih satu tetapan buat semua video anda, atau membuat keputusan individu bagi setiap video yang anda muat naik. Jika anda berusia bawah 16 tahun, dalam tetapan, anda akan melihat ciri ini ditetapkan kepada ‘Hanya saya’.  Hanya anda boleh Duet atau Cantum dengan video anda sendiri. Tetapan ini tidak dapat ditukar. Jika anda berusia 16 atau 17 tahun, dalam tetapan, anda akan melihat ciri ini ditetapkan kepada ‘Rakan’. Anda boleh menukar tetapan ini kepada ‘Hanya saya’ atau ‘Semua orang’ berdasarkan keinginan anda. Ketahui lebih lanjut

Siapa boleh memberi komen pada video anda

Jika anda berusia bawah 16 tahun, dalam tetapan, anda akan melihat ciri ini ditetapkan kepada ‘Rakan’.  Ini bermaksud hanya mereka yang mengikut anda dan yang anda ikuti kembali boleh memberi komen pada video anda. Anda boleh menukar ciri ini kepada ‘Tiada sesiapa Only me’ untuk menghentikan pengguna lain daripada memberi komen pada video anda berdasarkan keutamaan anda. Jika anda berusia lebih 16 tahun, dalam tetapan, anda akan melihat fungsi ini ditetapkan kepada ‘Semua orang’. Anda boleh menukar fungsi ini jika anda lebih suka mengehadkan siapa yang dapat memberi komen pada video anda. Anda juga boleh memadam mana-mana komen yang tidak wajar untuk disiarkan pada video anda. Cuma ketik dan tahan komen tersebut, dan pilih “padam.”  Ketahui lebih lanjut

Tapis komen

Dengan menghidupkan penapis komen, komen yang menyinggung perasaan akan disembunyikan secara automatik. Anda juga boleh membuat senarai kata kunci tersuai supaya komen yang mengandungi perkataan tersebut akan turut disembunyikan secara automatik. Anda boleh memutuskan siapa boleh memberi komen pada video anda secara am dengan laraskan tetapan Privasi anda. Ketahui lebih lanjut

Mengalih keluar pengikut

Anda boleh “delete” seseorang pengikut pada bila-bila masa, ataupun menyekat sesebuah akaun secara kekal daripada dapat menonton kandungan anda atau menghantar mesej kepada anda. Ketahui lebih lanjut


Menangani perlakuan membuli

Jika anda rasa seseorang mengganggu anda atau sebaliknya berkelakuan secara tidak wajar, bantuan telah disediakan. Jika anda dibuli pada TikTok, sila laporkan hal ini supaya pasukan pemudah cara kami boleh menyemak dan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya hal ini melanggar Garis Panduan Komuniti TikTok.


Sumber

Berikutnya adalah beberapa sumber setempat dan global yang anda mungkin dapati berguna jika anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai buli:

  • ConnectSafely: Organisasi bukan keuntungan yang memberi tumpuan kepada usaha mendidik pengguna teknologi terhubung mengenai keselamatan, privasi, dan kawalan keselamatan.
  • Yayasan Generasi Gemilang: Organisasi kebajikan bukan untung yang berusaha mendidik generasi akan datang agar menjadi teladan dan membina keluarga yang lebih teguh.
  • ConnectSafely: Organisasi bukan keuntungan yang memberi tumpuan kepada usaha mendidik pengguna teknologi terhubung mengenai keselamatan, privasi, dan kawalan keselamatan.
  • Pusat Penyelidikan Buli Siber: Ketahui lebih lanjut tentang pengenalpastian, pencegahan serta strategi dan penyelesaian tindak balas untuk pendidik, kaunselor, pakar kesihatan, penguat kuasa undang-undang, ibu bapa, dan kanak-kanak terhadap amalan membuli.
  • StopBullying.gov Ketahui cara mengenal pasti perlakuan membuli dan berani menghadapinya secara selamat.
  • WiredSafety: Pertubuhan bukan untung yang menyediakan alat yang inovatif dan berkesan untuk membantu remaja membuat pilihan yang bijak dalam dunia media dan teknologi.