Skip to main content
Topik

Kesejahteraan digital

Kami berusaha untuk menyokong kesejahteraan semua orang dalam komuniti kami di TikTok. Memandangkan teknologi terus melengkapki kehidupan harian kita, kami ingin membantu memastikan penglibatan dalam talian anda menjadi pengalaman yang positif. Kami komited untuk memberikan alat dan sumber bagi membantu anda sepanjang perjalanan ke arah kesejahteraan digital anda, agar anda dapat menemui keseimbangan yang sesuai untuk anda. Di bawah, anda boleh mengetahui beberapa ciri kami dan sumber pakar yang kami sediakan dalam aplikasi yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna, ibu bapa dan penjaga.

Kesejahteraan digital

Kesejahteraan anda, dalam talian dan luar talian, penting kepada kami. Kami ingin anda berasa positif dan mampu mengawal pengalaman anda di TikTok, serta menemui keseimbangan dengan teknologi yang dirasakan sesuai untuk anda.

Ciri-ciri kesejahteraan

Alat kesejahteraan digital kami membantu anda agar lebih memahami dan mampu mengawal masa yang anda gunakan di TikTok, serta mengehadkan kandungan yang mungkin tidak sesuai untuk semua audiens. Tetapan ini mungkin berbeza-beza mengikut rantau anda dan versi aplikasi.

Masa Skrin Harian ialah ciri yang membolehkan anda menentukan jumlah masa yang ingin anda gunakan di TikTok setiap hari. Ketahui lebih lanjut

Papan Pemuka Masa Skrin ialah ciri mudah diakses yang menyediakan kebolehlihatan tentang cara dan masa anda menggunakan TikTok. Anda juga boleh memilih agar ‘Laporan Masa Skrin Mingguan’ untuk wawasan ini dihantar terus ke peti masuk anda. Dengan cara ini, anda boleh membuat keputusan yang lebih waras tentang penggunaan anda, dan memberikan lebih tumpuan apabila anda menggunakannya. Ketahui lebih lanjut

Rehat Masa Skrin ialah ciri yang akan menggesa anda berehat selepas menikmati sejumlah masa skrin tanpa gangguan yang tertentu, yang boleh anda tetapkan. Ketahui lebih lanjut

Mod Terbatas ialah pilihan yang mengehadkan kemunculan kandungan yang mungkin tidak sesuai untuk semua penonton. Ia boleh dihidupkan atau dimatikan melalui tetapan akaun anda. Mod Terbatas juga merupakan salah satu ciri yang boleh dikawal oleh ibu bapa secara langsung apabila Keselamatan Keluarga dihidupkan.


Petua Pertimbangan Masa Skrin

Pertimbangan tentang kesejahteraan digital saya dengan rakan dan orang tersayang

Sama ada anda orang muda yang baru mula belajar cara mengurus masa skrin atau sebuah keluarga yang sedang mencari cara bagi menambah baik pendekatan mengurus masa yang digunakan dalam talian bersama-sama, kita mampu mencari jalan keseimbangan dalam perjalanan ke arah kesejahtaraan digital kita.

Di sini terdapat tujuh soalan yang dibina dengan para pakar di Internet Matters bagi menyokong anda ketika menimbangkan dan cuba mewujudkan tabiat digital yang sihat dan seimbang bersama-sama.

  • Apakah hasil yang saya inginkan dari masa dalam talian ini?
    Adakah anda ingin berhubung dengan rakan-rakan? Bersantai? Berhibur? Dengan memikirkan tentang hasil yang anda harapkan daripada sesuatu sebelum anda bermula, lebih mudah untuk menimbangkan pengaruhnya atas tingkah laku anda dan mengetahui sama ada pengalaman tersebut seperti yang diharapkan.
  • Adakah terdapat perkara lain yang harus saya lakukan?
    Apakah yang perlu saya utamakan? Apakah peraturan terbaik dalam melakukan sesuatu perkara? Kita semua perlu menyeimbangkan perkara yang ingin kita lakukan dengan perkara yang perlu kita lakukan – kadangkala kita bernasib baik kerana perkara yang ingin dan perlu kita lakukan adalah sama! Semakan pantas sebelum memulakan aktiviti ini boleh membantu memastikan ia tidak akan memberikan kesan negatif kepada sebahagian lagi hari anda.
  • Adakah aktiviti ini akan memperhebat hari saya yang masih berbaki?
    Bolehkah anda mencuba resipi yang anda lihat dalam talian untuk makan malam yang akan anda sediakan untuk rakan-rakan nanti? Bolehkah anda mencipta kandungan berdasarkan kemahiran, pengalaman atau minat anda? Adakah rakan atau ahli keluarga berminat untuk terlibat dalam apa yang sedang anda lakukan? Dengan memikirkan cara semua perkara dalam hidup seharian kita boleh saling melengkapi, kita benar-benar dapat menikmati perkara yang kita lakukan.
  • Bagaimanakah perasaan saya – semasa bermula, ketika melakukannya dan setelah selesai?
    Adakah perasaan saya telah berubah? Adakah saya berasa lebih baik atau lebih teruk? Adakah perasaan saya seperti yang saya jangkakan? Apakah yang mempengaruhi perasaan saya? Mengambil masa untuk menimbangkan perasaan anda sebelum ini, semasa dan selepas melakukan sesuatu aktiviti ialah tabiat yang baik untuk diamalkan dan dapat membantu anda menjadi peka terhadap pengaruhnya atas kesejahteraan anda secara positif mahupun negatif.
  • Bagaimanakah saya menggunakan masa saya?
    Adakah anda telah belajar sesuatu yang baharu? Sudahkah anda menonton video yang dihasilkan oleh orang lain? Adakah anda sendiri telah mencipta sesuatu? Berfikir tentang perkara yang telah kita lakukan, dan bukan hanya jumlah masa yang kita lakukan, dapat membantu kita memahami motivasi diri kita dan lebih sedar tentang tindakan kita pada masa depan.
  • Adakah saya telah membuat apa yang saya rancang?
    Adakah anda membuat perancangan dan mengikutinya? Adakah anda tidak membuat perancangan, dan bagaimanakah pengakhirannya? Adakah anda menjangkakan apa yang telah anda lakukan? Apakah yang memandu tindakan anda? Membuat pertimbangan dengan cara ini dapat membantu kita memahami tingkah laku kita dan perkara yang dapat mempengaruhi kita.
  • Mungkinkah pengalaman saya boleh menjadi lebih baik?
    Apakah yang bagus? Apakah yang tidak kena? Mengapa? Berfikir tentang perkara yang boleh dibuat dengan cara berbeza untuk seterusnya atau benda yang paling menyeronokkan dalam sesuatu aktiviti dapat membantu anda membentuk pengalaman seterusnya yang lebih baik!

Di manakah saya boleh mendapatkan nasihat lanjut?

Untuk mengetahui cara menyesuaikan tabiat digital anda boleh menghadapi satu cabaran – terutamanya bagi ibu bapa dan penjaga yang mungkin masih berada dalam perjalanan mencari kesejahteraan digital mereka sendiri. Di sini terdapat beberapa sumber Internet Matters yang mungkin dapat membantu semasa anda membina kesedaran tentang kesejahteraan digital anda: