Skip to main content

Pusat Ketelusan TikTok

Komitmen kami

Misi kami di TikTok adalah untuk menginspirasikan kreativiti dan memberi keceriaan. Kami bersemangat untuk memperoleh kepercayaan komuniti kami dan berusaha membina kepercayaan ini secara bertanggungjawab, adil, dan terbuka.

Ketahui lebih lanjut
reports

Laporan

TikTok menerbitkan Laporan Ketelusan dari semasa ke semasa supaya dapat dilihat dengan jelas cara kami mendukung Garis Panduan Komuniti kami, serta cara kami menjawab permintaan maklumat oleh penguat kuasa undang-undang, permintaan kerajaan untuk pengalihan keluar kandungan, demikian juga permintaan untuk pengalihan keluar harta intelektual. Ketahui cara kami berusaha memastikan TikTok ruang yang selamat dan menghiburkan.

Ketahui lebih lanjut
reports

Pusat Ketelusan dan Akautabiliti

Di Pusat Ketelusan dan Akautabiliti TikTok, tetamu jemputan berpeluang belajar tentang cara kami memudah cara dan mengesyorkan kandungan, memastikan platform kami selamat, dan melindungi privasi orang ramai. Selain itu, para pelawat boleh menyemak kod sumber dan belajar cara algoritma TikTok beroperasi.

Ketahui lebih lanjut
reports

TikTok dan ByteDance

TikTok ialah produk mercu tanda bagi ByteDance Ltd., sebuah syarikat teknologi global yang mengendalikan pelbagai platform kandungan yang memaklumkan, mendidik, menghiburkan dan menginspirasikan khalayak merentas bahasa, budaya, dan geografi. Syarikat ini mempunyai 110,000 tenaga kerja dengan pejabat berlokasi di lebih 30 negara.

Dilancarkan pada bulan Mei 2017 yang lalu, TikTok menjadi destinasi utama bagi video mudah alih singkat. TikTok membantu orang ramai mencari komuniti menerusi minat yang dikongsi bersama, sekali gus menyediakan kanvas kepada pengguna untuk melahirkan kreativiti dan meneroka dunia di sekeliling mereka. Sebagai platform global, TikTok meliputi kebanyakan pasaran utama kecuali China, di mana ByteDance menawarkan apl video singkat yang dipanggil Douyin. TikTok mempunyai pejabat di seluruh dunia termasuk Los Angeles, Silicon Valley, New York, Dublin, London, Paris, Berlin, Dubai, Singapura, Jakarta, Seoul, dan Tokyo.

TikTok melaksanakan urus niaga melalui subsidiari ByteDance Ltd., yang disokong oleh pelabur institusi global, termasuk Coatue, General Atlantic, KKR, Sequoia Capital, Susquehanna International, dan Softbank.

Kemas kini ketelusan