Skip to main content
Penguatkuasaan Garis Panduan Komuniti

Laporan Penguatkuasaan Garis Panduan Komuniti

Jumaat, 1 Oktober 2021 – Jumaat, 31 Disember 2021
Terbitan Rabu, 13 April 2022

Tentang laporan ini

TikTok ialah platform hiburan global yang didorong oleh kreativiti komuniti kami yang pelbagai. Kami berusaha untuk membina dan memupuk persekitaran yang menyeronokkan dan inklusif yang membolehkan orang ramai mencipta, mencari komuniti, dan berhibur. Bagi mengekalkan persekitaran tersebut, kami bertindak terhadap kandungan dan akaun yang melanggar Garis Panduan Komuniti atau Terma Perkhidmatan kami dan menerbitkan maklumat tentang tindakan ini dari semasa ke semasa bagi memastikan kami memikul tanggungjawab terhadap komuniti kami.

TikTok menggunakan gabungan teknologi dan individu yang inovatif bagi mengenal pasti, menyemak, dan bertindak terhadap kandungan yang melanggar dasar kami. Laporan ini menyertakan maklumat suku tahunan yang mendalam tentang jumlah dan sifat kandungan serta akaun yang dialih keluar daripada platform kami.

Analisis

Garis Panduan Komuniti TikTok digarap untuk memupuk pengalaman yang mengutamakan keselamatan, keterangkuman dan ketulenan. Dasar kami terpakai untuk semua orang dan semua kandungan, dan kami berusaha untuk memastikan penguatkuasaan kami dilaksanakan secara konsisten dan saksama.

Keselamatan

Kami menggunakan gabungan teknologi dan tenaga kerja orang untuk mengenal pasti dan mengalih keluar kandungan yang melanggar Garis Panduan Komuniti kami, dan kami terus melabur dalam dasar, produk, dan perkongsian kami untuk menyokong keselamatan komuniti dan platform kami secara keseluruhan. Pada suku keempat tahun 2021, kami terus mempertingkatkan teknik moderasi, yang selanjutnya meningkatkan keseragaman dan ketepatan penguatkuasaan sistem pengalihan keluar automatik kami.

Hasil daripada peningkatan berterusan pengecaman dan pengesanan audio dan pertuturan, kami telah meningkatkan secara ketara dalam pengesanan dan pengalihan keluar kandungan yang melanggar dasar-dasar kami yang berhubung kait dengan tindakan bunuh diri, mencederakan diri dan berbahaya, tingkah laku yang penuh kebencian, serta dasar gangguan dan membuli. Selain itu, usaha berterusan dalam mengoptimumkan model pengesanan keselamatan kanak-kanak telah membantu meningkatkan keseragaman penguatkuasaan. Bilangan video yang dimuatkan semula selepas rayuan dibuat telah berkurangan berbanding suku tahun yang lalu, yang kami simpulkan adalah hasil pengurangan positif palsu dan peningkatan dalam ketepatan pengesanan serta pengalihan keluar automatik kami.

Kawalan Keselamatan

Kami terus berkembang dan mengadaptasi perlindungan keselamatan kami dengan melabur dalam pertahanan automatik untuk mengesan, menyekat, dan mengalih keluar akaun dan interaksi yang tidak tulen, serta dengan meningkatkan kelajuan dan tindak balas kami terhadap ancaman yang kian berkembang. Pada suku keempat tahun 2021, kami telah membangunkan sistem pemantauan tambahan dan menambah baik platform dan proses pengeluaran tiket sedia ada. Ini meningkatkan keupayaan kami untuk mengesan penghasilan akaun pengguna palsu sewaktu peringkat pendaftaran dan mengalih keluar pengikut palsu, ketikan suka palsu dan video yang dikaitkan dengan akaun-akaun tersebut.

Iklan

TikTok mempunyai dasar yang ketat untuk melindungi pengguna daripada kandungan palsu, penipuan, atau mengelirukan, termasuklah iklan. Akaun pengiklanan dan kandungan iklan perlu mematuhi dasar ini dan mesti mengikut Garis Panduan Komuniti, Garis Panduan Pengiklanan, dan Terma Perkhidmatan kami. Walaupun terdapat peningkatan iklan secara keseluruhan yang diterbitkan pada TikTok sepanjang suku keempat tahun 2021, jumlah keseluruhan iklan yang dialih keluar disebabkan pelanggaran dasar dan garis panduan pengiklanan kami telah berkurangan. Hal ini sebahagiannya disebabkan oleh usaha pelbagai pasukan, yang telah menjalankan penambahbaikan ekosistem pengiklanan kami membantu menghasilkan pengalaman yang lebih baik untuk pengguna dan juga pengiklan pada platform kami. Kami komited untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan positif untuk para pengguna kami, dan kami menyemak dengan kerap serta mengukuhkan sistem kami dengan lebih lanjut bagi memerangi iklan yang melanggar dasar kami. 

Data Terkini

downloadMuat turun

Jumlah video yang dialih keluar/dipulihkan, mengikut jenis dan suku tahun

NOTA: Jumlah video yang dialih keluar mewakili kira-kira 1% daripada semua video yang dimuat naik ke TikTok.

Jumlah pengalihan keluar video, mengikut dasar

NOTA: Carta ini menunjukkan jumlah video yang dialih keluar atas sebab pelanggaran dasar. Sesebuah video mungkin melanggar beberapa dasar dan setiap pelanggaran dipaparkan dalam carta ini. Dalam sesetengah keadaan yang jarang berlaku, seperti situasi kecemasan atau gangguan perkakasan, kategori pelanggaran bagi video yang dialih keluar mungkin tidak direkodkan. Video-video ini tidak ditunjukkan dalam carta di atas tetapi diambil kira dalam jumlah mutlak yang terdapat di seluruh laporan ini.

Kadar pengalihan keluar, mengikut suku tahun/dasar

NOTA: Pengalihan keluar proaktif bermaksud mengenal pasti dan mengalih keluar sesebuah video sebelum video berkenaan dilaporkan. Pengalihan keluar dalam tempoh 24 jam bermaksud pengalihan keluar video dalam tempoh 24 jam video tersebut disiarkan pada platform kami.

Pengalihan Keluar mengikut negara

Country / Market1 Okt 2021 – 31 Dis 2021
Amerika Syarikat12,943,295
Indonesia6,657,310
Pakistan6,563,594
Rusia5,977,996
Filipina5,479,091
Brazil3,941,136
Bangladesh2,636,372
Mexico2,567,999
Vietnam1,995,738
United Kingdom1,963,799

NOTA: Carta ini menunjukkan sepuluh pasaran yang mempunyai jumlah video yang dialih keluar yang terbesar

Jumlah pengalihan keluar akaun, mengikut suku tahun dan sebab

NOTA: Selain mengalih keluar akaun disebabkan melanggar Garis Panduan Komuniti, kami juga mengalih keluar akaun yang dikenal pasti sebagai spam, serta dengan video spam yang disiarkan oleh akaun-akaun tersebut. Kami juga mengambil langkah-langkah proaktif untuk mencegah akaun spam daripada dibuat melalui kaedah automatik.

Interaksi palsu

1 Okt 2021 – 31 Dis 2021
Akaun spam yang dicegah152,118,769
Video yang dialih keluar daripada akaun spam46,382,130
Pengikut palsu yang dialih keluar441,985,135
Permintaan ikutan palsu yang dicegah2,794,306,196
Suka palsu yang dialih keluar285,323,840
Suka palsu yang dicegah11,917,679,868

Penguatkuasaan dasar iklan

1 Okt 2021 – 31 Dis 2021
Jumlah pengalihan keluar akaun3,181,858

Laporan lain

Adakah ini membantu?

thumps upYathumps downTidak