Skip to main content
TikTok LogoTikTok Logo
Prinsip Komuniti

Prinsip Komuniti

Terakhir dikemas kini, Mac 2023

TikTok mempunyai lapan prinsip panduan komuniti yang membantu merangkumkan komitmen kami terhadap hak asasi manusia. Prinsip kami memfokuskan pada menyeimbangkan ekpresi dengan pencegahan kemudaratan, menghormati maruah manusia serta memastikan tindakan kami adil. Perkara ini membentuk kerja harian kami dan membimbing bagaimana kami membuat keputusan mengenai penguatkuasaan yang sukar.

Keseimbangan

  • Mencegah bahaya
  • Membolehkan ekspresi bebas

Maruah

  • Memupuk budi pekerti
  • Menghormati konteks tempatan
  • Memperjuangkan keterangkuman
  • Melindungi privasi individu

Keadilan

  • Memberikan ketelusan dan konsistensi
  • Berlaku adil dan saksama

Prinsip dan amalan penyederhanaan kandungan kami mengikut Prinsip Panduan UN tentang Hak Asasi Manusia dan Perniagaan dan Prinsip Santa Clara, dan kami berusaha untuk mengikut rangka kerja perundangan antarabangsa seperti Rang Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa dan Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak. Kami menyedari bahawa kadangkala prinsip ini mungkin bercanggah antara satu sama lain dan kami membuat tukar ganti dengan cermat.

  1. Mengelak bahaya: Tumpuan utama kami adalah untuk memastikan komuniti kami selamat, memupuk semangat setia kawan dan memastikan TikTok adalah ruangan untuk keceriaan. Kami mengambil kira pelbagai cara di mana kandungan atau tingkah laku mungkin membahayakan individu atau komuniti kami yang kepelbagaian. Hal ini termasuk kemudaratan fizikal, psikologi, kewangan, privasi dan masyarakat. Untuk mendapat keseimbangan yang tepat dengan ekspresi bebas, kami hanya mengehadkan kandungan apabila perlu dengan cara yang meminimumkan impak kepada kebebasan bersuara.
  2. Membolehkan ekspresi bebas: Kreativiti yang didapati daripada ekspresi bebas adalah perkara yang memperkasakan komuniti bertenaga kami. Kami menghormati hak asasi manusia ini dengan memberikan peluang untuk berkongsi dengan bebas di platform kami dengan mengeluarkan tingkah laku yang mengganggu yang boleh menghalang kebebasan bersuara pencipta secara proaktif. Namun, ekspresi bebas bukanlah hak mutlak – potensi kemudaratannya sentiasa diambil kira. Ekspresi bebas juga tidak meliputi hak untuk memperkuatkan kandungan anda dalam suapan ‘For You’.
  3. Memupuk budi pekerti: Budi pekerti membolehkan rasa hormat antara manusia dan membantu komuniti kami berkembang maju. Cara kita terlibat sesama sendiri dalam talian kadangkala boleh menggugat interaksi positif dengan orang lain, maka tingkah laku sivil di TikTok adalah penting untuk mencapai misi kami. Ini bermakna mengakui maruah hakiki semua individu yang sedia ada dan berkelakuan seolah-olah kita sedang bersemuka. Untuk memastikan ruangan ekspresi bebas, kami memberikan lebih kelonggaran kepada kritikan sosial terhadap tokoh awam.
  4. Menghormati konteks tempatan: TikTok membawa lebih daripada satu bilion manusia dari 150+ negara dalam satu ruangan digital kongsi. Kami bekerjasama dengan pakar serantau dan komuniti tempatan untuk membantu memastikan pendekatan global kami mengambil kira norma budaya tempatan. Kami mengamalkan pendekatan serantau terhadap garis panduan kami untuk memastikan kami tidak mengenakan nilai suatu rantau terhadap rantau yang lain, pada masa yang sama menghormati hak asasi manusia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
  5. Memperjuangkan keterangkuman: Kami mahu orang dari serata dunia berasa dialu-alukan di platform kami. Kami menghargai dan menyokong budaya, identiti, rupa, pandangan, minat dan pengalaman berlainan. Kami tahu sesetengah komuniti selalu kurang diberikan peluang untuk penglibatan, jadi kami komited dengan hak asasi manusia tentang perlindungan setara, kesaksamaan dan mengurangkan kemudaratan yang menjejaskan kumpulan terpinggir atau didiskriminasi secara tidak seimbang.
  6. Melindungi privasi individu: Hak kepada privasi menjamin autonomi, keselesaan dan keselamatan. Kami komited melindungi dan menghormati privasi komuniti kami. Kami berusaha untuk memastikan kandungan yang dikongsi di platform tidak mendedahkan maklumat peribadi individu atau menceroboh privasi intim mereka.
  7. Memberikan ketelusan dan konsistensi: Ahli komuniti kami berhak untuk mengetahui peraturan kami dan cara kami mengguna pakai peraturan itu. Kami senantiasa berusaha memberikan notis yang jelas tentang dasar dan amalan kami, menggunakan dasar dan amalan secara konsisten dan saksama dan untuk berkongsi usaha penguatkuasaan kami dalam Pusat Ketelusan kami. Kami telus sepanjang garis panduan kami apabila perlu mengutamakan prinsip lain berbanding konsistensi seperti konteks tempatan atau keterangkuman.
  8. Berlaku adil dan saksama: Pengendalian jutaan kandungan setiap hari adalah usaha yang kompleks dan pembinaan proses yang boleh dipercayai untuk berbuat demikian amat kritikal. Kami komited untuk tidak berat sebelah dan bertindak berdasarkan bukti, menghasilkan hasil yang adil, memberikan notis tentang tindakan penguatkuasaan dan memberikan peluang untuk merayu kandungan yang dialih keluar, penggantungan LIVE dan sekatan akaun.

Artikel seterusnya

Keselamatan dan Kesejahteraan Belia

Baca seterusnya