Di TikTok, privasi pengguna kami diberikan keutamaan paling tinggi dan kami mengambil berat tanggungjawab kami untuk melindungi privasi orang ramai dan perlindungan maklumat peribadi mereka. Kami mengakui kepentingan memberikan maklumat lanjutan kepada pengguna untuk membolehkan mereka memahami dengan lebih baik tentang pendekatan kami terhadap privasi dan perlindungan data.
Hari ini kami memperkenalkan Pusat Privasi Global TikTok, sumber khusus yang bertujuan untuk membantu orang ramai kekal termaklum tentang amalan privasi dan perlindungan data TikTok, kemas kini berkaitan privasi platform kami dan berita berkaitan yang lain bermatlamat untuk meningkatkan ketelusan.
Kami berharap pusat Privasi Global berfungsi sebagai sumber penting kepada komuniti TikTok dan orang lain yang berminat dengan pendekatan kami terhadap privasi dan perlindungan data.