Pusat Keselamatan

Misi TikTok adalah untuk merakam dan menyerlahkan kreativiti dunia, pengetahuan dan detik-detik kehidupan seharian.

Sebagai sebuah komuniti global yang suka melihat perkembangan kreativiti dan ekspresi, adalah amat penting untuk pengguna kami berasa selamat dan selesa berada dalam komuniti ini. Dasar dan alatan kami dibangunkan untuk menggalakkan persekitaran yang positif dan selamat bagi komuniti kami dan kami percaya bahawa pengguna akan saling hormat-menghormati dan menggunakan langkah-langkah ini untuk memastikan pengalaman TikTok yang menyeronokkan dan mesra untuk semua orang.