MS

Iklan dan data anda

Matlamat kami adalah untuk membantu perniagaan mencapai orang yang mereka peduli dengan cara yang kreatif dan bermakna, sementara memberi komuniti kami kawalan tentang maklumat yang dikongsi. Anda boleh mengurus cara data tertentu mempengaruhi iklan yang anda lihat melalui tetapan privasi apl TikTok anda atau peranti anda.

Kami menyedari bahawa pengiklanan digital boleh menjadi rumit, tetapi kami berpendapat pengiklanan tidak semestinya begitu. Kami berusaha untuk menyampaikan amalan iklan kami secara ringkas dan langsung.

Menghormati privasi dalam pengiklanan

Kami membina privasi ke dalam TikTok bertujuan untuk komuniti kami boleh meneroka, mencipta dan menikmati pelbagai kandungan yang menghiburkan dengan yakin. Kami berusaha untuk bersikap telus dengan pengguna kami tentang cara kami mengumpulkan, menggunakan dan berkongsi data untuk pengiklanan.


Perihal Iklan TikTok

Perniagaan memaparkan iklan di TikTok untuk sampai kepada orang yang mereka peduli dengan cara yang kreatif dan bermakna. Ciri ini membantu memastikan penggunaan TikTok percuma bagi komuniti kami.

Anda akan melihat jenis iklan yang berbeza apabila anda menggunakan TikTok. Semua iklan TikTok yang dibayar untuk diletak pada suapan video atau halaman carian ditandai secara jelas dengan ikon "Ditaja" atau "Iklan". Anda boleh berinteraksi dengan iklan sama seperti kandungan yang disiarkan oleh pengguna. Contohnya, anda boleh berkongsi, menyukai, memberikan komen atau memainkan semula iklan jika pengiklan mendayakan ciri ini untuk iklan tertentu; anda juga boleh melaporkan iklan jika anda mendapati iklan tersebut tidak sesuai.

Dasar Iklan TikTok menentukan jenis produk dan perkhidmatan yang boleh diiklankan pada TikTok, selain jenis kandungan pengiklanan yang dilarang atau disekat pada platform kami.


Sebab anda melihat iklan TikTok tertentu

Kami mahu pengiklanan yang meningkatkan pengalaman TikTok anda. Untuk mencapai tujuan itu, TikTok memaparkan kepada anda iklan yang menggunakan maklumat yang anda berikan, yang kami kumpulkan secara automatik tentang anda apabila anda menggunakan TikTok atau yang pengiklan dan rakan kongsi pengukuran kongsikan tentang anda.

  • Anda akan menerima iklan tidak diperibadikan berdasarkan kategori maklumat yang terpakai secara umum kepada anda dan pengguna lain berdasarkan konteks, seperti negara dan bahasa anda, serta maklumat yang diisytiharkan, seperti umur anda. Iklan tidak diperibadikan mungkin kurang berkaitan dengan anda kerana iklan ini tidak berdasarkan aktiviti masa lalu anda.
  • Bergantung pada tetapan iklan anda, kami mungkin memaparkan iklan diperibadikankepada anda, iaitu iklan yang, mengikut pendapat kami, anda akan berminat berdasarkan maklumat yang kami terima. Maklumat ini mungkin termasuk maklumat tentang aktiviti anda dalam apl atau pada laman web dan apl rakan kongsi pengiklanan kami atau di kedai mereka.


Maklumat yang kami gunakan untuk semua iklan

Berikut ialah maklumat umum yang mungkin akan digunakan untuk memaparkan kepada anda sama ada iklan diperibadikan atau tidak diperibadikan.

  • Maklumat lokasi: Contohnya, anda mungkin akan melihat iklan daripada pengiklan yang ingin menghubungi pengguna TikTok di Berlin, Jerman jika kami berpendapat yang anda berada di Berlin berdasarkan maklumat lokasi anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara maklumat lokasi dikumpulkan.
  • Maklumat bahasa: Contohnya, anda mungkin akan melihat iklan daripada pengiklan yang ingin berhubung dengan penutur bahasa Sepanyol jika bahasa apl anda ditetapkan kepada bahasa Sepanyol.
  • Maklumat demografi yang anda berikan: Contohnya, umur yang anda berikan apabila anda mendaftar untuk akaun TikTok boleh mempengaruhi sama ada TikTok akan memaparkan kepada anda iklan perkhidmatan sewa kereta yang tersedia kepada orang yang berumur 25 dan ke atas.


Maklumat yang kami gunakan untuk iklan yang diperibadikan

Maklumat tambahan berikut mungkin digunakan untuk memaparkan kepada anda iklan yang diperibadikan, bergantung pada pilihan pemeribadian iklan anda.

  • Maklumat demografi yang kami jangka: Contohnya, kami mungkin menjangkakan jantina anda berdasarkan aktiviti anda dalam TikTok, yang akan digunakan untuk menyesuaikan iklan yang anda lihat. Anda boleh mengemas kini jantina yang dijangkakan untuk iklan pada bila-bila masa dalam tetapan iklan anda. Mana-mana kemas kini hanya digunakan kepada tetapan iklan anda dan tidak akan menjejaskan perkhidmatan TikTok yang lain.
  • Maklumat Minat dan Tingkah Laku
    • Aktiviti dalam TikTok:TikTok mungkin memaparkan iklan tentang perkara yang anda mungkin berminat, berdasarkan cara anda menonton, mencari, berkongsi dan menyukai kandungan atau berinteraksi dengan pencipta, serta interaksi anda yang lalu dengan iklan yang serupa. Sebagai contoh, kedai haiwan perliharaan mungkin ingin mengiklankan jualan murah bagi mainan anjing kepada peminat anjing; kami mungkin memaparkan iklan ini kepada pengguna yang telah menyukai banyak video yang ditag dengan tanda pagar "anjing”. Ataupun kedai aktiviti luar yang ingin mengiklankan khemah kepada pengikut pencipta yang menyiarkan kandungan tentang aktiviti luar dan alam semula jadi. Kami akan memaparkan iklan ini kepada pengikut bagi pencipta jenis sedemikian.
    • Aktiviti luar TikTok:TikTok mungkin memperibadikan iklan berdasarkan maklumat yang dikongsi oleh rakan kongsi Pengiklan, pengukuran & lain-lain. Sebagai contoh, jenama fesyen mungkin ingin mempromosikan koleksi pakaian musim panas mereka kepada pelanggan yang pernah membeli daripada laman web atau apl mereka pada masa lalu. Jenama boleh berkongsi maklumat dengan kami agar kami boleh memaparkan iklan mereka kepada pengguna TikTok yang mungkin adalah sasaran jenama itu.
      Maklumat yang dikongsi mungkin termasuk maklumat peranti seperti ID pengiklanan telefon anda dan/atau alamat e-mel dan nombor telefon yang telah disulitkan. Rakan kongsi juga mungkin berkongsi tindakan yang anda lakukan pada aplikasi atau laman web pengiklan, seperti sama ada anda memasukkan item dalam troli beli-belah.

Terdapat beberapa cara perkongsian maklumat yang dilakukan oleh rakan kongsi kepada kami:

      • Interaksi dengan alat pengiklan TikTok (seperti TikTok Pixel, API) yang TikTok boleh gunakan untuk menerima maklumat tentang tindakan pengguna tertentu terhadap laman web atau apl pengiklan.
      • Memuat naik fail audiens yang mengandungi maklumat peranti atau hubungan yang disulitkan, yang boleh digunakan oleh TikTok untuk memadankan maklumat dengan pengguna bagi mencipta audiens sasaran pengiklan.
      • Meminta rakan kongsi pengukuran untuk menghantar kepada kami data tentang tindakan pengguna dan acara pada laman web atau apl pengiklan yang telah dikumpulkan bagi pihak pengiklan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis data yang digunakan untuk menyampaikan iklan, sila lihat Dasar Privasi kami. Sila ambil maklum bahawa TikTok menggunakan maklumat yang dikongsi oleh rakan kongsi Pengiklan, pengukuran dan lain-lain, hanya jika mereka bersetuju untuk mematuhi terma kami yang melindungi privasi anda. Anda hendaklah menyemak dasar privasi terpakai bagi mana-mana laman web dan pengiklan yang anda berinteraksi.


Perkongsian data dengan rakan kongsi pengukuran

Kami membantu pengiklan mengukur keberkesanan iklan mereka di TikTok, seperti sama ada iklan apl permainan menghasilkan lebih banyak muat turun apl mereka. Untuk tujuan tersebut, kami berkongsi maklumat tentang pandangan atau interaksi anda dengan iklan dengan rakan kongsi pengukuran pengiklan kami, iaitu syarikat yang membantu pengiklan memahami cara iklan mereka mencapai objektif pemasaran mereka. Rakan kongsi pengukuran tidak dibenarkan menggunakan atau berkongsi data sedemikian untuk sebarang tujuan lain. Pengiklan juga berkongsi tindakan anda pada apl atau laman web mereka atau di kedai mereka dengan rakan kongsi ini, yang kemudiannya akan menentukan sama ada tindakan ini sepatutnya memberi kredit kepada iklan yang anda lihat di TikTok. Proses ini akan memastikan pengiklanan di TikTok relevan dan memastikan TikTok boleh digunakan secara percuma oleh semua pengguna.

Mengawal pengalaman iklan anda

Kami menyediakan produk dan maklumat untuk membantu orang lain memahami cara pengiklanan berfungsi di TikTok – termasuk data yang digunakan untuk memaparkan iklan kepada anda dan orang yang membayar untuk iklan yang anda lihat.

Perihal iklan ini

Dengan ciri "Perihal iklan ini", anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat tentang cara iklan diperibadikan menggunakan beberapa maklumat sasaran yang dipilih oleh pengiklan, seperti maklumat lokasi, julat umur, maklumat jantina yang dijangkakan, minat yang dijangkakan dan maklumat tingkah laku anda berdasarkan aktiviti anda dalam atau luar TikTok. Sebagai contoh, anda mungkin melihat iklan tentang mainan anjing jika anda berinteraksi dengan video yang mengandungi tanda pagar "anjing" atau melayari laman web kedai haiwan peliharaan yang memasang TikTok Pixel. Anda boleh mengklik butang kongsi pada bahagian bawah kanan iklan atau tekan lama pada video iklan untuk mencari "Perihal iklan ini".

Perihal pengiklan

Untuk memberi anda lebih ketelusan tentang orang yang membayar iklan yang anda lihat, kami telah menyertakan pendedahan "Perihal pengiklan" dalam "Perihal iklan ini" Anda akan dapat melihat nama pengiklan, orang yang membayar iklan jika lain daripada pengiklan (yang, jika berkenaan, mungkin diterjemah kepada bahasa Inggeris), nama negara pengiklan daftar dengan TikTok dan mengawal untuk meredamkan iklan pengiklan untuk tempoh tertentu.

Kawalan iklan anda

Untuk membantu anda mengawal pengalaman pengiklanan anda di TikTok, kami menawarkan anda suite alat dalam "Tetapan dan privasi" untuk membantu anda menyesuaikan iklan diperibadikan yang anda lihat.

Dalam "Iklan", anda mempunyai keupayaan untuk mengurus cara kami menggunakan data bagi menyesuaikan iklan dengan anda. Seperti yang dinyatakan di bawah, tetapan ini mungkin berbeza mengikut rantau.

  • Bisukan pengiklan: Jika anda ingin berhenti seketika daripada melihat iklan yang dipaparkan oleh pengiklan tertentu, anda boleh "membisukan" pengiklan daripada menghubungi anda selama 28 hari dalam "Iklan->Tetapan pengiklan."
  • Kosongkan aktiviti luar TikTok anda: Anda boleh mengosongkan aktiviti tentang anda yang dikongsi oleh rakan kongsi pengiklan kepada TikTok, dan mungkin telah digunakan untuk memaparkan iklan kepada anda, dalam tetapan "Iklan->Aktiviti luar TikTok anda". Anda boleh mengosongkan aktiviti anda setiap 24 jam.
  • Kemas kini minat iklan anda: Anda boleh melihat atau melaraskan kategori sasaran yang dijangkakan oleh TikTok dan digunakan oleh pengiklan untuk iklan yang disasarkan kepada anda dalam "Iklan->Cara iklan anda diperibadikan."
  • Ubah bahasa: Jika anda mahu iklan anda dalam bahasa lain, anda boleh mengubah tetapan bahasa apl anda dalam "Bahasa."
Mengurus penggunaan data untuk iklan dalam rantau yang berbeza
EEA, UK dan Switzerland
  • Di EEA, UK dan Switzerland, anda boleh mengawal iklan yang anda lihat dengan cara yang berikut.
    • Pertama, layari apl TikTok anda > Tetapan dan privasi > Halaman iklan.
    • Gunakan togol "Iklan diperibadikan" anda untuk menentukan jika data aktiviti di dalam atau di luar TikTok boleh digunakan untuk menunjukkan iklan diperibadikan kepada anda. Anda boleh mematikan iklan diperibadikan sepenuhnya menggunakan tetapan ini. Anda masih akan melihat iklan tetapi iklan tersebut mungkin kurang berkaitan dengan anda.
  • Untuk pengguna pada iOS 14.5 atau kemudian, anda boleh pergi ke tetapan privasi anda dan tidak membenarkan TikTok daripada menjejak aktiviti anda merentas apl dan laman web syarikat lain. Apabila tetapan ini dimatikan, tetapan iOS ini akan diberikan keutamaan daripada tetapan dalam apl yang telah anda pilih.
  • Pada Android, anda boleh pergi ke tetapan privasi anda dan memilih untuk memadamkan atau menetapkan semula ID pengiklanan, iaitu pengenal pasti yang boleh digunakan untuk menjejak aktiviti anda merentas apl yang berbeza.
Rantau Lain
  • Layari apl TikTok anda > Akaun > Tetapan dan privasi > Halaman iklan untuk mengubah sama ada iklan yang anda lihat pada TikTok boleh lebih disesuaikan dengan minat anda berdasarkan data aktiviti anda pada apl atau laman web rakan kongsi pengiklan yang dikongsi dengan kami. Anda sentiasa akan melihat iklan berdasarkan aktiviti anda di TikTok.
  • Pada iOS 14.5 atau kemudian, anda boleh pergi ke tetapan privasi dan tidak membenarkan TikTok daripada menjejak aktiviti anda merentas apl dan laman web syarikat lain. Apabila penjejakan dimatikan, tetapan iOS ini akan diberikan keutamaan daripada tetapan dalam apl yang telah anda pilih dan togol pengiklan sasaran yang diterangkan di atas tidak akan tersedia. Jika anda ingin mendayakan iklan yang disasarkan berdasarkan aktiviti luar TikTok anda, sila hidupkan penjejakan untuk TikTok dalam tetapan privasi peranti iOS anda.
  • Pada Android, anda boleh pergi ke tetapan privasi anda dan memilih untuk memadamkan atau menetapkan semula ID pengiklanan, iaitu pengenal pasti yang boleh digunakan untuk menjejak aktiviti anda merentas apl yang berbeza.


Bolehkah saya menyekat atau melaporkan iklan?

Walaupun anda tidak boleh menarik diri daripada melihat semua iklan pada TikTok, anda boleh mempengaruhi jenis iklan yang anda lihat dengan menyediakan maklum balas kepada TikTok tentang iklan atau pengiklan tersebut.

Laporkan iklan:
  • Klik pada ikon Kongsi di bahagian bawah sebelah kanan iklan > Pilih Laporkan > Ikut arahan pada skrin
  • Tekan lama pada Video iklan > Pilih Laporkan > Ikut arahan pada skrin
Sembunyikan iklan:
  • Klik pada ikon Kongsi di bahagian bawah sebelah kanan iklan > Pilih "Tidak berminat" > Ikut arahan pada skrin
  • Tekan lama pada video Iklan > Pilih "Tidak berminat" > Ikut arahan pada skrin


Pautan Berkaitan