Skip to main content
Panduan

Privasi dan keselamatan semasa menggunakan TikTok

Di TikTok, kami tahu bahawa kreativiti dan ekspresi bersifat peribadi. Ini boleh dikatakan sama seperti privasi. Oleh sebab itulah kami memperkasa komuniti kami dengan pelbagai kawalan bagi mengurus kehadiran dalam talian mereka dan membuat keputusan tentang pengalaman TikTok yang paling sesuai untuk mereka. Kami juga sedar bahawa apabila seseorang menyertai komuniti kami, mereka mengamanahkan maklumat mereka kepada kami. Kami amat prihatin tentang melindungi maklumat tersebut dan mendidik pengguna kami tentang alat privasi dan keselamatan yang tersedia kepada mereka.

Privasi

TikTok mengumpul maklumat untuk menyediakan pengalaman yang berguna dan berkaitan bagi komuniti kami. Sesetengah ciri kami mungkin tidak tersedia di sesetengah pasaran, memandangkan kami membangunkan produk bagi memenuhi keperluan pelbagai komuniti yang berbeza. Hasilnya, kami mungkin mengumpul lebih atau kurang maklumat dalam sesebuah pasaran bergantung pada ciri yang tersedia di pasaran tersebut.

Kami menggalakkan semua orang supaya membaca dasar privasi kami untuk mengetahui amalan kami. Berikut terdapat beberapa perkara yang diliputi dalam dasar tersebut dan dikumpulkan dalam versi aplikasi kami yang ada sekarang, berserta beberapa sebab kami mengumpul maklumat tersebut:

  • Nombor telefon atau alamat e-mel supaya kami boleh mendaftar sesebuah akaun.
  • Hari lahir supaya kami boleh mengesahkan umur seseorang dan memberikan pengalaman apl yang sesuai dengan umur.
  • Alamat fizikal untuk mereka yang menyertai Dana Pencipta TikTok (TikTok Creator Fund) (untuk tujuan percukaian), dan untuk pengguna yang memenangi hadiah (bagi tujuan penghantaran hadiah kepada mereka melalui pos).
  • Maklumat pembayaran supaya kami boleh membayar pencipta dalam Dana Pencipta TikTok, dan untuk akaun yang menggunakan dompet TikTok atau ciripemberian hadiah maya kami.
  • Sejarah suka, perkongsian dan carian pada aplikasi kami supaya kami boleh mengesyorkan lebih banyak kandungan yang berkaitan.
  • Sejarah pelayaran pada pelayar dalam-aplikasi TikTok untuk membantu menambah baik platform, seperti menambahbaikkan bilangan kali halaman dimuatkan dan pengukuran iklan. Hal ini berasingan daripada dan tidak berkaitan dengan penggunaan aplikasi lain pada telefon pengguna termasuk pelayar web.
  • Ciri-ciri ID Peranti yang membantu kami melakukan beberapa fungsi keselamatan, seperti mengurangkan spam dan melindungi akaun pengguna daripada aktiviti berniat jahat. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu pengiklan menambah baik dan mengukur keberkesanan iklan mereka.
  • Maklumat tentang lokasi berdekatan anda, termasuk maklumat lokasi berdasarkan kad SIM dan/atau alamat IP anda. Jika anda menggunakan versi lebih lama yang membenarkan pengumpulan maklumat GPS tepat atau berdekatan (terakhir dikeluarkan pada Ogos 2020) dan anda telah memberikan kebenaran kepada kami untuk berbuat sedemikian, kami mungkin mengumpulkan maklumat tersebut.

Data pengguna TikTok disimpan dalam pusat data yang dilindungi di AS, Malaysia dan Singapura, serta kami telah mengumumkan rancangan untuk mendirikan sebuah pusat data di Ireland. Data pengguna disulitkan semasa dalam transit dan dalam keadaan rehat. Kami menggunakan sekatan yang kuat pada akses pekerja, termasuk menghalang kunci yang menyahsulitkan data pengguna daripada diakses oleh pekerja tanpa kebenaran dan keperluan yang ditunjukkan untuk melaksanakan tugas mereka.

Andalah yang mengawal

TikTok menawarkan pelbagai kawalan privasi supaya orang ramai boleh memilih tetapan yang paling sesuai untuk mereka. Kami berusaha secara aktif untuk mendidik komuniti kami tentang pilihan privasi mereka menerusi video dalam aplikasi, Pusat Bantuankami, dan banyak lagi.

Pemegang akaun boleh meminta satu salinan data TikTok mereka pada bila-bila masa, yang pada masa ini termasuklah maklumat tentang profil, aktiviti dan tetapan apl mereka.

Pusat Bantuan Privasi Pengguna Pengewangan

Matlamat kami adalah untuk membantu peniaga menjangkau pelanggan mereka dengan cara yang kreatif dan bermakna, pada masa yang sama juga memberi komuniti kami kawalan ke atas maklumat yang dikongsi. Anda boleh mengurus cara data tertentu mempengaruhi iklan yang anda lihat melalui tetapan privasi aplikasi TikTok anda atau peranti anda. Sasaran iklan pada TikTok boleh berdasarkan pada:

  • Maklumat umum: Sebagai contoh, TikTok mungkin menunjukkan iklan bagi apl mudah alih tertentu jika disokong pada sistem operasi peranti tersebut.
  • Maklumat akaun: Sebagai contoh, usia yang dikaitkan dengan akaun pengguna boleh mempengaruhi sama ada TikTok menunjukkan pengguna tersebut iklan untuk perkhidmatan sewa kereta yang tersedia kepada mereka yang berusia 25 tahun dan ke atas.
  • Aktiviti dalam aplikasi: Sebagai contoh, kedai bekalan haiwan kesayangan mungkin ingin mengiklankan jualan murah bagi mainan anjing kepada peminat kucing; kami mungkin menunjukkan iklan ini kepada pengguna yang gemarkan video tentang anjing.
  • Aktiviti luar talian: Sebagai contoh, jenama fesyen mungkin ingin mempromosikan koleksi pakaian musim panas mereka kepada pelanggan yang pernah membeli daripada laman web atau aplikasi mereka. Jenama tersebut boleh berkongsi maklumat dengan kami supaya kami dapat menunjukkan iklannya kepada pengguna TikTok yang akan minati peniaga tersebut.

Keselamatan

Kami bekerja keras untuk melindungi maklumat orang ramai dan sentiasa mendahului ancaman keselamatan yang sentiasa berubah dan berkembang. Pasukan keselamatan global kami menggunakan teknologi canggih terkini dan pertahanan berbilang lapisan untuk menyukarkan petindak berniat jahat memasuki sistem kami, selain kerap bekerjasama dengan para pakar luar untuk menguji infrastruktur dan proses kami. Kami telah berkerjasama dengan HackerOne untuk mengendalikan program ganjaran untuk pendedahan pepijat dan kelemahan global, dan pasukan dalaman kami berusaha secara aktif untuk meningkatkan pertahanan terhadap serangan yang terkini.

Keselamatan ialah tugas yang tidak akan tamat, namun kami akan terus membina infrastruktur dan proses yang terunggul dalam kelasnya. Kami juga akan menguji usaha kami, mengesahkan hasil usaha ini, dan bekerjasama dengan rakan kongsi merentas industri dan kerajaan bagi memastikan kami melakukan segala yang termampu untuk melindungi komuniti kami.

Memastikan akaun anda selamat

Oleh sebab kami berusaha secara berterusan bagi memastikan maklumat komuniti kami selamat, kami turut memperkasa pengguna dengan alat dan maklumat untuk mengamalkan tabiat keselamatan yang baik. Beberapa petua:

Pastikan maklumat hubungan anda dikemas kini: Pautkan nombor telefon dan/atau alamat e-mel anda yang terkini kepada akaun TikTok anda. E-mel mungkin satu kaedah memberi amaran kepada anda tentang aktiviti akaun yang mencurigakan dan boleh digunakan untuk mengesahkan identiti anda jika anda terkunci daripada memasuki akaun anda. Ketahuilah caranya

Buat kata laluan yang kukuh dan unik: Pilih kata laluan yang sukar anda lupa tetapi susah untuk orang lain teka. Unik bermaksud mempunyai kata laluan yang berbeza untuk setiap akaun anda, dan kukuh bermaksud membuat kata laluan rumit dengan menggunakan sekurang-kurangnya 12 aksara termasuk nombor dan simbol. Pastikan anda menyediakan kata laluan/PIN yang unik untuk semua peranti yang anda guna untuk mengakses TikTok seperti komputer riba, telefon, dan peranti mudah alih yang lain. Pengurus kata laluan boleh membantu menyingkirkan keperluan untuk mengingat bilangan nama pengguna dan kata laluan yang banyak.

Hidupkan pengesahan 2-langkah: Pengesahan 2-langkah menambah satu lagi lapisan keselamatan kepada akaun anda sekiranya berlaku kompromi terhadap kata laluan anda. Kaedah ini turut melindungi akaun anda daripada peranti atau aplikasi pihak ketiga yang tidak dikenali atau tanpa izin. Ketahuilah caranya

Amaran Keselamatan: Pasukan kami memantau secara berterusan sama ada terdapat aktiviti yang mencurigakan atau tanpa izin. Jejak peristiwa keselamatan luar biasa terkini yang anda tidak cam dengan menggunakan tab ini.

Sahkan peranti anda: Anda boleh melihat telefon, dan peranti mudah alih yang lain yang digunakan pada masa ini atau yang telah mengakses akaun TikTok anda baru-baru ini. Tindakan ini akan memaparkan semua peranti yang berkaitan dengan akaun anda, cara anda melog masuk ke akaun ini (contohnya, akaun Facebook), dan waktunya. Semak maklumat ini untuk memastikan tiada sesiapa yang lain telah mendaftar masuk ke akaun anda. Ketahuilah caranya

Elak daripada serangan pemancingan (phishing): Pemancingan atau phishing ialah kaedah yang lazim digunakan oleh penyerang untuk memperdaya orang supaya menyerahkan maklumat peribadi seperti kata laluan, nombor kad kredit, keselamatan sosial, dan data sensitif yang lain. Jangan percaya kepada mana-mana laman web pihak ketiga yang menjanjikan bahawa mereka akan memberi ketikan suka, peminat, mahkota, syiling atau insentif lain secara percuma kerana mereka mungkin dapat mengambil maklumat log masuk anda. Pastikan anda sentiasa mengesahkan apa-apa pautan yang dihantar kepada anda menerusi mesej peribadi sebelum mengakses halaman tersebut.

Jangan terpedaya jika seseorang menghubungi anda dan berpura-pura mewakili TikTok. Ingat: apa-apa e-mel daripada pasukan kami tidak sekali-kali akan meminta kata laluan anda!

Jika anda menemui video atau menerima mesej pada TikTok yang anda mungkin rasa bersifat spam atau phishing, sila laporkan hal ini supaya pasukan kami boleh terus memastikan komuniti kita selamat. Anda juga boleh melaporkan video dengan menekan dan menahan kandungan yang berkenaan dan mengetik ‘lapor’.