Undang-undang

Dasar Privasi

(Sekiranya anda tidak berada di AS, EEA, United Kingdom atau Switzerland)

Terakhir dikemas kini: 2 Jun 2021. Kami telah mengemas kini Dasar Privasi Kami. Di antara perubahan penjelasan lain, kami telah menambahkan lebih banyak perincian mengenai maklumat yang di kumpulkan daripada kami dengan cara penggunaannya, termasuk penjelasan yang berkaitan, misalnya, pengumpulan maklumat kandungan pengguna, penggunaan data untuk pengesahan dan perkongsian data dengan perkhidmatan pihak ketiga.  


Selamat Datang ke TikTok (“Platform”). Platform ini disediakan dan dikendalikan oleh TikTok Pte. Ltd., dengan alamat berdaftar di 1 Raffles Quay, #26-10, South Tower, Singapore 048583 (“TikTok”, “kami” atau “kita”). 

Kami komited untuk melindungi dan menghormati privasi anda. Dasar ini menjelaskan amalan kami mengenai data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda, atau yang anda berikan kepada kami. Anda tidak boleh menggunakan Platform sekiranya anda tidak bersetuju dengan dasar ini. 

Sekiranya anda ada apa-apa pertanyaan tentang cara kami menggunakan data peribadi anda, sila hubungi kami di: https://www.tiktok.com/legal/report/privacy.

RINGKASAN

Maklumat apa yang kami kumpulkan tentang anda?

Kami mengumpul dan memproses maklumat yang anda berikan semasa anda membuka akaun dan memuat naik kandungan ke Platform. Ini termasuk maklumat teknikal dan tingkah laku tentang penggunaan Platform oleh anda. Kami juga mengumpulkan maklumat tentang anda jika anda memuat turun aplikasi dan berinteraksi dengan Platform tanpa membuka akaun.

Bagaimana kami akan menggunakan maklumat tentang anda?

Kami menggunakan maklumat anda untuk menyediakan Platform kepada anda dan memperbaiki dan mentadbirnya. Kami menggunakan maklumat anda untuk, antara lain, menunjukkan cadangan dalam suapan ‘Untuk Anda’, memperbaiki dan membangunkan Platform dan memastikan keselamatan anda. Sekiranya sesuai, kami juga akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menyampaikan pengiklanan bersasar anda dan mempromosi Platform.

Dengan siapa kami berkongsi maklumat anda?

Kami berkongsi data anda dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang membantu kami menyampaikan Platform, seperti pembekal storan awan. Kami juga berkongsi maklumat anda dengan rakan niaga, syarikat lain dalam kumpulan yang sama seperti TikTok, perkhidmatan pengantara kandungan, penyedia pengukuran, pengiklan dan penyedia analitik. Di mana dan apabila dikehendaki oleh undang-undang, kami akan berkongsi maklumat anda dengan agensi penguatkuasaan undang-undang atau pengawal selia, dan dengan pihak ketiga menurut perintah mahkamah yang mengikat secara sah.

Berapa lamakah kami menyimpan maklumat anda?

Kami menyimpan maklumat anda selagi perlu untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda. Di mana kami tidak memerlukan maklumat anda untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda, kami menyimpannya hanya selagi kami mempunyai tujuan perniagaan yang sah untuk menyimpan data tersebut atau di mana kami tertakluk kepada kewajipan undang-undang untuk mengekalkan data tersebut. Kami juga akan menyimpan data anda jika kami percaya ia adalah atau perlu untuk pewujudan, pelaksanan atau pembelaan tuntutan undang-undang. 

Bagaimana kami akan memaklumkan anda tentang apa-apa perubahan pada Dasar Privasi ini.?

Kami secara amnya akan memaklumkan kepada semua pengguna tentang apa-apa perubahan penting terhadap dasar ini melalui notis di Platform kami. Walau bagaimanapun, anda harus menyemak dasar ini secara kerap untuk melihat sama ada terdapat apa-apa perubahan. Kami akan mengemas kini tarikh “Terakhir Dikemas kini” di bahagian atas dasar ini, yang menunjukkan tarikh dasar berkuat kuasa. Dengan mengakses atau menggunakan Platform, anda mengakui bahawa anda telah membaca dasar ini dan anda memahami hak anda berhubung dengan data peribadi anda dan bagaimana kami akan mengumpul, mengguna dan memprosesnya.

***********************************************************************************************

1. Jenis data peribadi yang kami gunakan

Kami mengumpul dan menggunakan maklumat berikut tentang anda:

Maklumat Profil Anda. Anda memberi kami maklumat apabila anda mendaftar di Platform, termasuk nama pengguna, kata laluan, tarikh lahir anda (jika berkenaan), alamat e-mel dan/atau nombor telefon, maklumat yang anda dedahkan dalam profil pengguna anda, dan video gambar atau profil anda. 

Kandungan Pengguna dan Maklumat Tingakah Laku. Kami memproses kandungan yang anda hasilkan dan lihat di Platform, termasuk keutamaan yang anda tetapkan (seperti pilihan bahasa) gambar, audio dan video yang anda muat naik atau cipta, komen dan strim langsung yang anda buat (“Kandungan Pengguna”). Kami mengumpul Kandungan Pengguna melalui pramuat pada masa penciptaan, import, atau muat naik, tanpa mengira sama ada anda memilih untuk menyimpan atau memuat naik Kandungan Pengguna tersebut, untuk mencadangkan pilihan audio dan memberikan cadangan diperibadikan yang lain. Jika anda menggunakan kesan pada Kandungan Pengguna anda, kami mungkin mengumpul versi Kandungan Pengguna anda yang tidak termasuk kesannya. Kami mungkin mengumpul maklumat tentang imej dan audio yang merupakan sebahagian daripada Kandungan Pengguna anda, seperti mengenal pasti objek dan pemandangan yang muncul, kewujudan dan lokasi dalam imej ciri dan atribut muka dan badan, sifat audio dan teks perkataan yang dituturkan dalam Kandungan Pengguna anda. Kami mungkin mengumpul maklumat ini untuk mendayakan kesan video khas, untuk pengantaraan kandungan, untuk klasifikasi demografi, untuk cadangan kandungan dan iklan, dan untuk pengendalian bukan identiti peribadi yang lain. Kandungan, termasuk teks, imej dan video, yang ditemui dalam papan klip peranti anda, dengan kebenaran anda. Contohnya, jika anda memilih untuk memulakan perkongsian kandungan dengan platform pihak ketiga, atau memilih untuk menampal kandungan daripada papan klip ke dalam Aplikasi TikTok, kami mengakses maklumat ini yang disimpan dalam papan klip anda untuk memenuhi permintaan anda. Kami mengumpul maklumat melalui kaji selidik, cabaran dan pertandingan di mana anda mengambil bahagian. Kami juga mengumpul maklumat tentang penggunaan Platform anda, cth., cara anda terlibat dengan Platform, termasuk cara anda berinteraksi dengan kandungan yang kami tunjukkan kepada anda, iklan yang anda lihat, video yang anda tonton dan masalah yang timbul, kandungan yang anda suka, kandungan yang anda simpan di 'Kegemaran Saya', pengguna yang anda ikut dan cara anda berinteraksi dengan pengikut bersama. Kami juga menyimpulkan keutamaan anda, termasuk minat, jantina dan umur anda untuk tujuan memperibadikan kandungan. Kami memproses maklumat tentang pengikut anda, suka yang anda terima dan respons kepada kandungan yang anda muat naik, untuk tujuan mempromosikan kandungan anda kepada pengguna lain dan meneroka sama ada profil anda menyediakan peluang lanjut untuk kerjasama. Jika sesuai, kami juga akan menggunakan maklumat ini untuk tujuan menyampaikan pengiklanan yang diperibadikan dan memberitahu anda tentang perkhidmatan dan peluang baharu. 

Maklumat daripada Pihak Ketiga. Anda boleh memilih untuk berkongsi data tertentu dengan kami daripada pihak ketiga atau melalui penggunaan Platform anda, kami boleh mengumpul data pihak ketiga tersebut secara automatik. Kami telah menetapkan butiran lanjut tentang maklumat yang kami terima daripada pihak ketiga di bawah:

Rakan Niaga

Jika anda memilih untuk mendaftar atau menggunakan Platform menggunakan butiran akaun rangkaian sosial pihak ketiga (cth., Facebook, Twitter, Instagram, Google) atau perkhidmatan log masuk, anda akan memberi kami atau membenarkan untuk memberikan kami nama pengguna, profil awam, dan maklumat lain yang mungkin berkaitan dengan akaun tersebut. Kami juga akan berkongsi maklumat tertentu dengan rangkaian sosial anda seperti ID apl anda, token akses dan URL rujukan. Untuk maklumat lanjut tentang perkongsian senarai kenalan Facebook anda dengan kami, sila lihat Cari pengguna lain dan jemput rakan anda. Jika anda memautkan akaun TikTok anda pada perkhidmatan lain, kami boleh menerima maklumat tentang penggunaan perkhidmatan tersebut oleh anda.

Pengiklan, Rangkaian Pengiklanan dan Penyedia Analitik

Kami menggunakan maklumat yang dikumpul daripada anda dan interaksi anda dengan Platform dan laman web dan Aplikasi pihak ketiga yang lain, untuk menyimpulkan minat anda yang mungkin untuk memberikan anda pengiklanan yang lebih relevan. Maklumat ini memberitahu kami tentang laman web yang telah anda lawati, aplikasi yang telah anda muat turun dan pembelian yang telah anda buat agar kami dapat meramalkan perkara lain yang mungkin menarik minat anda pada masa akan datang dan menilai sejauh mana keberkesanan pengiklanan di Platform kami. Kami mengumpul maklumat ini dengan menggunakan Kuki dan teknologi serupa di Platform kami dan daripada maklumat serupa yang diterima daripada pihak ketiga yang mengiklankan di Platform kami dan laman web/Aplikasi yang anda lawati.

Maklumat Teknikal yang kami kumpulkan tentang anda. Kami mengumpulkan maklumat tertentu tentang peranti yang anda gunakan untuk mengakses Platform, seperti alamat IP anda, ejen pengguna, pembawa mudah alih, tetapan zon masa, pengecam untuk tujuan pengiklanan, model peranti anda, sistem peranti, jenis rangkaian, ID peranti, resolusi skrin dan sistem pengendalian anda, nama aplikasi dan fail dan jenis, corak ketukan kekunci atau irama, keadaan bateri, tetapan audio dan peranti audio yang bersambung. Di mana anda log masuk daripada berbilang peranti, kami akan dapat menggunakan maklumat profil anda untuk mengenal pasti aktiviti anda merentas peranti. Kami juga mungkin mengaitkan anda dengan maklumat yang dikumpulkan daripada peranti selain daripada yang anda gunakan untuk log masuk ke Platform. 

Lokasi. Kami mengumpul maklumat tentang anggaran lokasi anda, termasuk maklumat lokasi berdasarkan kad SIM dan/atau alamat IP anda. Dengan kebenaran anda, kami juga mungkin mengumpul data lokasi yang tepat (seperti GPS).

Cari pengguna lain dan jemput rakan anda. Anda boleh memilih sama ada untuk mencari pengguna lain platform dengan menggunakan fungsi 'Cari Rakan' kami. Kefungsian ini membolehkan anda melihat mana-mana rakan anda dari senarai kenalan telefon anda atau senarai rakan Facebook menggunakan Platform dan menawarkan anda pilihan untuk mengikuti mereka. Anda juga boleh menggunakan fungsi ini untuk menjemput kenalan anda untuk menyertai anda di Platform. Kami akan menggunakan maklumat hubungan yang anda miliki untuk orang itu, sama ada daripada dalam senarai kenalan telefon anda atau senarai rakan Facebook dan memberi anda pilihan untuk menghantarnya sama ada mesej SMS, e-mel atau pihak ketiga (seperti Whatsapp, Facebook (termasuk Facebook Messenger) atau Twitter) yang menjemput mereka untuk melihat profil TikTok anda. 

Pembelian Dalam Aplikasi. Jika anda tinggal di bidang kuasa tertentu yang menawarkan pembelian syiling dalam aplikasi, sila ambil perhatian peruntukan Dasar Item Maya. Pembelian anda akan dibuat melalui akaun Apple iTunes or Google Play anda. Kami tidak mengumpul maklumat kewangan atau pembilan daripada anda berhubung dengan transaksi tersebut. Sila semak terma dan notis kedai aplikasi yang berkaitan berkenaan dengan pengendalian data tersebut. Supaya kami boleh mengkredit akaun anda dengan nilai syiling yang betul, kami menyimpan rekod pembelian anda, masa anda menbuat pembelian tersebut dan jumlah yang dibelanjakan. Selain pembelian syiling dalam aplikasi, jika anda memilih untuk membuat transaksi berkaitan pembayaran lain, Platform boleh mengumpul maklumat pembayaran, termasuk nombor kad pembayaran atau maklumat pembayaran pihak ketiga yang lain (seperti PayPal) jika diperlukan untuk tujuan pembayaran.

Bukti identiti atau umur anda. Kami kadang-kadang meminta anda memberikan bukti identiti atau umur untuk menggunakan ciri-ciri tertentu, seperti strim langsung atau akaun yang disahkan, atau apabila anda memohon Akaun Pro, memastikan bahawa anda sudah cukup dewasa untuk menggunakan Platform itu, atau dalam keadaan lain di mana pengesahan mungkin diperlukan

2. Kuki

Kami dan vendor dan penyedia perkhidmatan kami menggunakan kuki dan teknologi lain yang serupa (cth., suar web, biskut kilat, dll.) (“Kuki”) untuk mengumpul maklumat, mengukur dan menganalisis halaman web yang anda klik dan cara anda menggunakan Platform, meningkatkan pengalaman anda menggunakan Platform, meningkatkan perkhidmatan kami dan menyediakan pengiklanan bersasar di Platform dan di tempat lain merentasi peranti anda. Kuki membolehkan Platform menyediakan ciri dan fungsi tertentu. Suar web ialah imej yang sangat kecil atau kepingan kecil data yang terbenam dalam imej, juga dikenali sebagai “tag piksel” atau “GIF yang jelas,” yang boleh mengenali Kuki, masa dan tarikh sesuatu halaman dilihat, penerangan halaman di mana tag piksel diletakkan, dan maklumat yang serupa daripada komputer atau peranti anda. Dengan menggunakan Platform, anda bersetuju dengan penggunaan Kuki kami.

Selain itu, kami membenarkan rakan niaga kami, rangkaian pengiklanan, dan vendor pengiklanan dan penyedia perkhidmatan lain (termasuk vendor analitikdan penyedia perkhidmatan) untuk mengumpul maklumat tentang aktiviti dalam talian anda melalui kuki. Kami memautkan maklumat kenalan atau pelanggan anda dengan aktiviti anda di Platform kami di seluruh peranti anda, menggunakan e-mel anda atau maklumat log masuk atau peranti lain. Pihak ketiga ini boleh menggunakan maklumat ini untuk memaparkan iklan di Platform kami dan di tempat lain dalam talian yang disesuaikan dengan minat, keutamaan dan ciri anda. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi pihak ketiga ini, dan amalan maklumat pihak ketiga ini tidak dilindungi oleh Dasar Privasi ini.

Anda mungkin boleh menolak atau menyahdayakan Kuki dengan melaraskan tetapan pelayar anda. Kerana setiap pelayar adalah berbeza, sila rujuk arahan yang disediakan oleh pelayar anda. Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin perlu mengambil langkah tambahan untuk menolak atau menyahdayakan jenis Kuki tertentu. Sebagai contoh, disebabkan perbezaan dalam cara pelayar dan fungsi aplikasi mudah alih, anda mungkin perlu mengambil langkah yang berbeza untuk pilih keluar daripada Kuki yang digunakan untuk pengiklanan bersasar dalam penyemak imbas dan pilih keluar daripada pengiklanan yang disasarkan untuk aplikasi mudah alih, yang anda boleh kawal melalui tetapan peranti atau kebenaran aplikasi mudah alih anda. Di samping itu, pilihan pilih keluar anda adalah khusus untuk penyemak imbas atau peranti tertentu yang anda gunakan semasa anda pilih keluar, jadi anda mungkin perlu pilih keluar secara berasingan untuk setiap pelayar atau peranti. Jika anda memilih untuk menolak, menyahdaya atau memadam Kuki, beberapa fungsi Platform mungkin tidak lagi tersedia untuk anda.

3. Cara kami menggunakan data peribadi anda

Kami mengumpul dan menggunakan maklumat berikut tentang anda dengan cara berikut:

  • memaklumkan anda tentang perubahan kepada perkhidmatan kami;
  • menyediakan anda dengan sokongan pengguna;
  • memperibadikan kandungan yang anda terima dan menyediakan anda dengan kandungan yang disesuaikan yang akan menarik minat anda;
  • membolehkan anda berkongsi Kandungan Pengguna dan berinteraksi dengan pengguna lain;
  • membolehkan perkhidmatan utusan kami berfungsi jika anda memilih untuk menggunakan fungsi ini;
  • membolehkan anda menyertai program barangan maya; 
  • berkomunikasi dengan anda; 
  • untuk membantu kami mengesan dan memerangi penyalahgunaan, aktiviti berbahaya, penipuan, spam, dan aktiviti yang menyalahi undang-undang di Platform;
  • memastikan keselamatan dan perlindungan anda termasuk menyemak kandungan pengguna, mesej dan metadata yang berkaitan dengan pelanggaran Garis Panduan Komuniti kami dan kandungan lain yang tidak sesuai;
  • memastikan kandungan disampaikan dengan cara yang paling berkesan untuk anda dan peranti anda;
  • memperbaiki, mempromosi dan membangunkan Platform dan mempromosikan topik, tanda pagar dan kempen popular di Platform;
  • menjalankan analisis data dan menguji Platform untuk memastikan kestabilan dan keselamatannya;
  • membolehkan anda mengambil bahagian dalam ciri interaktif Platform;
  • untuk membolehkan anda bersosial di Platform, sebagai contoh, dengan membenarkan pengguna lain mengenali anda melalui fungsi “Cari rakan lain” atau melalui kenalan telefon mereka; 
  • untuk memastikan bahawa anda cukup dewasa untuk menggunakan Platform kami (seperti yang dikehendaki oleh undang-undang).
  • menyediakan anda dengan pengiklanan yang diperibadikan;
  • menyediakan anda dengan perkhidmatan berdasarkan lokasi (di mana perkhidmatan tersebut tersedia dalam wilayah anda);
  • Untuk memaklumkan algoritma kami
  • menguatkuasakan terma, syarat dan dasar kami; 
  • mentadbir Platform termasuk menyelesaikan masalah; dan
  • untuk memudahkan jualan, promosi, dan pembelian barangan dan perkhidmatan dan untuk menyediakan sokongan pengguna

4. Cara kami berkongsi data peribadi anda

Kami berkongsi data anda dengan pihak ketiga terpilih berikut:

Rakan Niaga

Sekiranya anda memilih untuk mendaftar menggunakan Platform menggunakan perincian akaun rangkaian sosial anda (e.g., Facebook, Twitter, Instagram, Google), anda akan memberi kami atau membenarkan rangkaian sosial anda memberi kami nombor telefon, alamat e-mel, nama pengguna dan profil awam anda. Kami juga akan berkongsi maklumat tertentu dengan rangkaian sosial yang berkaitan seperti ID aplikasi anda, token akses dan URL rujukan. Jika anda memilih untuk membenarkan perkhidmatan pihak ketiga mengakses akaun anda, kami akan berkongsi maklumat tertentu tentang anda dengan pihak ketiga. Bergantung pada keizinan yang anda berikan, pihak ketiga mungkin boleh mendapatkan maklumat akaun anda dan maklumat lain yang anda pilih untuk diberikan. 

Di mana anda memilih untuk berkongsi kandungan di platform media sosial, video, nama pengguna dan teks yang disertakan akan dikongsi di platform tersebut atau, dalam hal perkongsian melalui platform pemesejan segera seperti Whatsapp, pautan ke kandungan akan dikongsi. 

Penyedia Pembayaran

Jika anda memilih untuk Membeli Syiling atau menjalankan urus niaga berkaitan pembayaran lain, kami akan berkongsi data dengan penyedia pembayaran yang berkaitan untuk memudahkan transaksi ini. Untuk transaksi Syiling, kami berkongsi ID transaksi untuk membolehkan kami mengenal pasti anda dan mengkreditkan akaun anda dengan nilai yang betul dalam syiling sebaik sahaja anda membuat pembayaran.

Penyedia Perkhidmatan

Kami menyediakan maklumat dan kandungan kepada penyedia perkhidmatan yang menyokong perniagaan kami, seperti penyedia perkhidmatan awan dan penyedia perkhidmatan perantaraan kandungan untuk memastikan bahawa Platform ialah tempat yang selamat dan menyeronokkan dan penyedia perkhidmatan yang membantu kami dalam memasarkan platform. 

Penyedia Analitik

Kami menggunakan pembekal analitik untuk membantu kami dalam pengoptimuman dan penambahbaikan Platform. Penyedia analitik pihak ketiga kami juga membantu kami menyampaikan iklan bersasar

Pengiklan dan Rangkaian Pengiklanan

Kami berkongsi maklumat dengan pengiklan dan syarikat pengukuran pihak ketiga untuk menunjukkan berapa banyak dan pengguna Platform mana yang telah melihat atau mengklik pada iklan. Kami berkongsi ID peranti anda dengan syarikat pengukuran supaya kami boleh memautkan aktiviti anda di Platform dengan aktiviti anda di laman web lain; kami kemudian menggunakan maklumat ini untuk memaparkan kepada anda iklan yang mungkin menarik minat anda. 

Kumpulan Korporat Kami

Kami juga boleh berkongsi maklumat dengan ahli lain, anak syarikat, atau sekutu kumpulan korporat kami, untuk menyediakan Platform termasuk menambah baik dan mengoptimumkan Platform, mencegah penggunaan tidak sah dan membantu pengguna.

Penguatkuasaan Undang-undang

Kami akan berkongsi maklumat anda dengan agensi penguatkuasaan undang-undang, pihak berkuasa awam atau organisasi lain jika dikehendaki oleh undang-undang untuk berbuat demikian, atau jika penggunaan sedemikian adalah munasabah diperlukan untuk:

  • mematuhi kewajipan, proses atau permintaan undang-undang;
  • menguatkuasakan Terma-terma Perkhidmatan dan perjanjian, dasar dan piawaian lain, termasuk penyiasatan terhadap sebarang kemungkinan pelanggarannya;
  • mengesan, mencegah atau sebaliknya menangani isu keselamatan, penipuan atau teknikal; atau
  • melindungi hak, harta atau keselamatan kami, pengguna kami, pihak ketiga atau orang awam seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang (termasuk bertukar-tukar maklumat dengan syarikat dan organisasi lain untuk tujuan perlindungan penipuan dan pengurangan risiko kredit).

Profil Awam

Harap maklum bahawa jika profil anda bersifat awam, kandungan anda akan dapat dilihat oleh semua orang di Platform dan mungkin juga dapat diakses atau dikongsi oleh rakan dan pengikut anda serta pihak ketiga seperti mesin pencari, agregator kandungan dan laman berita. Anda boleh menukar siapa yang boleh melihat video setiap kali anda memuat naik video. Sebagai alternatif, anda boleh menukar profil anda kepada peribadi lalai dengan menukar tetapan anda kepada tetapan 'Akaun Persendirian' dalam “Urus akaun saya”.

Penjualan atau Penggabungan

Kami juga akan mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga:

  • sekiranya kami menjual atau membeli apa-apa perniagaan atau aset (sama ada hasil pembubaran, kebankrapan atau sebaliknya), dalam hal ini kami akan mendedahkan data anda kepada bakal penjual atau pembeli perniagaan atau aset tersebut; atau
  • jika kami menjual, membeli, bergabung, diambil alih oleh, atau bekerjasama dengan syarikat atau perniagaan lain, atau menjual sebahagian atau semua aset kami. Dalam urus niaga tersebut, maklumat pengguna mungkin antara aset yang dipindahkan.

5. Di mana kami menyimpan data peribadi anda 

Data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda akan disimpan di pelayan kami yang terletak di Singapura atau Amerika Syarikat, di luar negara yang anda tinggal. Kami mengekalkan pelayan utama di seluruh dunia untuk membawa anda perkhidmatan kami secara global dan berterusan. 

6. Pilihan Anda

Anda boleh mengakses dan mengedit sebahagian besar maklumat profil anda dengan mendaftar masuk ke TikTok. Anda boleh memadam Kandungan Pengguna yang anda muat naik. Kami juga menyediakan beberapa alat dalam Tetapan yang membolehkan anda mengawal, antara lain, siapa yang boleh melihat video anda, menghantar mesej kepada anda atau menyiarkan komen ke video anda. Sekiranya anda memilih untuk berbuat demikian, anda boleh memadamkan keseluruhan akaun anda dalam Tetapan. Anda juga boleh diberi hak di negara anda di bawah undang-undang yang berkenaan seperti keupayaan untuk mengakses data anda, memadam data anda, dan kemungkinan orang lain. Jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang cara menggunakan alat tersebut, atau ingin tahu tentang apa-apa hak yang mungkin anda miliki di negara kediaman anda dan ingin melaksanakannya, sila hubungi kami di: https://www.tiktok.com/legal/report/privacy

7. Keselamatan data peribadi anda

Kami mengambil langkah-langkah untuk memastikan maklumat anda dikendalikan dengan selamat dan selaras dengan dasar ini. Malangnya, penghantaran maklumat melalui internet tidak sepenuhnya selamat. Meskipun kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi data peribadi anda, misalnya, menggunakan penyulitan, kami tidak dapat menjamin keselamatan data peribadi anda yang dihantar melalui Platform; apa-apa penghantaran adalah atas risiko anda sendiri.

Kami mempunyai langkah-langkah teknikal dan organisasi yang sesuai untuk memastikan tahap keselamatan yang sesuai dengan risiko kemungkinan dan keterukan yang berbeza-beza untuk hak dan kebebasan anda dan pengguna lain. Kami mengekalkan langkah-langkah teknikal dan organisasi ini dan akan meminda mereka dari semasa ke semasa untuk meningkatkan keselamatan keseluruhan sistem kami.

Kami akan, dari semasa ke semasa, termasuk pautan ke dan dari laman web rangkaian rakan niaga, pengiklan dan sekutu kami. Jika anda mengikuti pautan ke mana-mana laman web ini, sila ambil perhatian bahawa laman web ini mempunyai dasar privasi mereka sendiri dan kami tidak menerima sebarang tanggungjawab atau liabiliti untuk dasar ini. Sila semak dasar ini sebelum anda menyerahkan apa-apa maklumat kepada laman web ini.

8. Berapa lama kami menyimpan data peribadi anda

Kami menyimpan maklumat anda selagi perlu untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda. Di mana kami tidak memerlukan maklumat anda untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda, kami menyimpannya hanya selagi kami mempunyai tujuan perniagaan yang sah untuk menyimpan data tersebut. Walau apa pun, terdapat keadaan di mana kami akan menyimpan data ini lebih lama mengikut tanggungjawab undang-undang kami atau di mana diperlukan untuk pewujudan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang. 

Selepas anda menamatkan penggunaan Platform kami, kami menyimpan maklumat anda dalam format terkumpul dan tanpa nama.

9. Maklumat berkaitan kanak-kanak

TikTok tidak ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Dalam kes-kes tertentu umur ini mungkin lebih tinggi kerana keperluan pengawalseliaan tempatan, sila lihat dasar privasi tempatan anda untuk maklumat lanjut. Jika anda percaya bahawa kami mempunyai data peribadi tentang atau dikumpulkan daripada kanak-kanak di bawah umur yang berkaitan, hubungi kami di: https://www.tiktok.com/legal/report/privacy.

10. Aduan

Sekiranya anda ingin membuat aduan tentang cara kami memproses data peribadi anda, hubungi kami dengan segera di: https://www.tiktok.com/legal/report/privacy. Kami akan berusaha untuk mengurus permintaan anda secepat mungkin. Ini tanpa menjejaskan hak anda untuk membuat tuntutan dengan pihak berkuasa perlindungan data yang berkaitan.

11. Perubahan

Kami boleh mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Apabila kami mengemas kini Dasar Privasi, kami akan memaklumkan anda dengan mengemas kini tarikh “Dikemaskini Terakhir” di bahagian atas dasar ini dan menyiarkan Dasar Privasi baharu dan memberikan notis lain yang diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan. Akses atau penggunaan Platform oleh anda yang berterusan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap dasar yang telah dikemas kini.. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Dasar Pengurusan atau apa-apa Dasar Pengurusan baharu, anda mesti berhenti mengakses atau menggunakan mana-mana Platform.

12. Hubungan

Jika anda ada pertanyaan, komen, atau permintaan tentang dasar ini, hubungi kami di: https://www.tiktok.com/legal/report/privacy.