TikTok LogoTikTok Logo
Penguatkuasaan

Penguatkuasaan

Dikeluarkan 17 April 2024

Berkuat kuasa 17 Mei 2024

Pengecualian Kepentingan Awam

Kami mengakui bahawa sesetengah kandungan yang melanggar peraturan kami mungkin mempunyai kepentingan awam untuk ditonton. Kepentingan awam merujuk kepada topik yang memaklumkan, memberikan inspirasi atau mendidik masyarakat dan meningkatkan perbincangan tentang perkara yang mempunyai kepentingan kolektif yang luas. Kami mungkin membenarkan kandungan berada kekal di TikTok di bawah salah satu pengecualian kepentingan awam ini:

  • Dokumentari
  • Pendidikan
  • Perubatan dan Saintifik
  • Ucapan Balas
  • Satira
  • Artistik

Pendekatan kami untuk penyederhanaan kandungan menggunakan kriteria yang sama, tanpa mengira pencipta kandungan. Faktor paling penting yang kami pertimbangkan untuk melihat pengecualian kepentingan awam ialah konteks, seperti sama ada kandungan itu meningkatkan kesedaran atau mengkritik tingkah laku berbahaya. Untuk membantu kami dalam proses semakan, kami menggalakkan agar anda menunjukkan konteks dengan jelas menggunakan ciri seperti kapsyen, ganti suara, atau pelekat.

Kami mungkin menambahkan langkah keselamatan tambahan pada sesetengah kandungan yang dibenarkan di bawah pengecualian kepentingan awam, seperti menjadikannya tidak layak untuk FYF atau menambahkan label, skrin "opt-in", atau maklumat amaran. Kami tidak menyediakan pengecualian untuk kandungan kepentingan awam jika hal ini mungkin menyebabkan kemudaratan yang ketara, seperti menunjukkan pembunuhan diri atau penderaan seksual terhadap orang muda.


Pengesanan dan Pelaporan

Kami bermatlamat untuk mengalih keluar kandungan atau akaun yang melanggar peraturan kami sebelum kandungan ditonton atau dikongsi. Kandungan akan melalui proses semakan automatik dahulu. Jika kandungan dikenal pasti sebagai suatu pelanggaran, kandungan akan dialih keluar secara automatik, atau dibenderakan untuk semakan tambahan oleh penyederhana kami. Semakan tambahan akan berlaku jika kandungan menjadi popular atau telah dilaporkan. Untuk menyokong ketepatan penyederhanaan, kami menggunakan proses jaminan kualiti tambahan pada beberapa akaun yang telah melalui proses pengesahan tambahan, seperti akaun yang disahkan.

Walaupun kami senantiasa berusaha keras untuk menguatkuasakan garis panduan kami, kami tidak dapat menjamin bahawa semua kandungan yang dikongsi mematuhi garis panduan atau Terma Perkhidmatan kami. Pelanggaran yang disyaki boleh dilaporkan dalam aplikasi dan di laman web kami. Jika anda menemukan kandungan atau akaun yang mungkin melanggar peraturan kami, sila maklumkan kepada kami supaya kami boleh menyemaknya dan mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya.

Ketahui lebih lanjut tentang usaha penguatkuasaan kami menerusi Pusat Ketelusan kami.


Notis dan Rayuan

Demi mengekalkan komitmen kami untuk memastikan keadilan prosedur, kami berusaha untuk memberikan notifikasi jika anda telah melanggar peraturan kami. Jika anda menyiarkan kandungan yang tidak dibenarkan, kami akan memberitahu anda dan berkongsi sebab pengalihan keluar tersebut. Jika akaun anda telah disekat kerana pelanggaran, anda akan menerima panji notifikasi apabila anda membuka aplikasi kemudian, yang memaklumkan anda tentang perubahan akaun ini. Jika anda telah menyiarkan kandungan yang tidak layak untuk suapan 'For You' (FYF), atau sebaliknya dihadkan, maklumat ini akan muncul dalam alat analisis TikTok.

Jika akaun anda telah disekat, atau kandungan anda dialih keluar, tidak layak untuk FYF, atau sebaliknya dihadkan, dan anda percaya ia merupakan satu kesilapan, anda boleh merayu keputusan tersebut. Anda boleh melihat status rayuan anda dalam Pusat Keselamatan dalam aplikasi, serta status laporan yang telah anda failkan tentang kandungan atau akaun lain.