Skip to main content
Topik

Sumber Serangan Seks

Di TikTok, matlamat kami adalah untuk mewujudkan komuniti yang saling membantu dan mesra. Kami faham bahawa trauma boleh timbul kembali dengan mudah bagi pemandiri serangan seks dan kami berazam untuk memupuk persekitaran yang membantu bagi pemandiri serangan seks.

Jika anda memerlukan bantuan, kami harap sumber dan maklumat yang terdapat pada halaman ini dapat membantu anda menghadapi detik yang sukar.

Jika anda berasa seperti anda berada dalam bahaya, hubungi perkhidmatan kecemasan setempat.

Maklumat dan sokongan untuk pemandiri

Ketahuilah bahawa ini bukan salah anda

Ramai pemandiri serangan seks menyalahkan diri mereka terhadap penganiayaan yang dialami. Ketahuilah bahawa serangan seks itu bukan salah anda dan tiada apa-apa yang anda lakukan, pakai, katakan atau sebagainya yang dapat mewajarkan penganiayaan itu.

Lihat perkhidmatan sokongan

Jika anda telah mengalami serangan seks atau mengetahui tentang seseorang yang mengalami serangan seks, anda tidak bersendirian dan bantuan ada di luar sana.

Trauma tidak hanya berlaku serta-merta selepas serangan seks, malah boleh juga berlaku apabila sesuatu mengembalikan semula perasaan dan memori tentang serangan pada masa lalu. Ini boleh menyebabkan pemandiri serangan seks menghadapi banyak emosi yang rumit untuk diproses.

Dapatkan bantuan sebagai suatu ikhtiar. Jika anda memerlukan kaunseling, perkhidmatan sokongan atau maklumat selepas serangan seks atau peristiwa yang menyebabkan trauma, sila lihat sumber talian penting di bahagian bawah halaman ini.

Bercakap dengan seseorang yang anda percayai

Kami ambil maklum bahawa luahan tentang pengalaman anda dan usaha untuk meminta bantuan mungkin tidak begitu mudah, tetapi anda boleh bermula dengan langkah pertama iaitu bercakap dengan rakan atau ahli keluarga yang dipercayai tentang serangan seks atau penganiayaan yang telah anda alami. Ini juga merupakan salah satu ikhtiar yang dapat membantu anda menuju ke arah pemulihan.

Dapatkan sokongan atau pertimbangkan untuk menyertai kumpulan sokongan

Anda tidak berseorangan, dan orang lain yang mengalami perkara yang sama telah berjaya mengatasi dugaan ini. Anda juga boleh bercakap dengan mereka yang pernah mengalami situasi yang sama sebagai usaha untuk membantu anda ke arah pemulihan. Pusat krisis rogol dan organisasi komuniti setempat yang lain juga ada menganjurkan kumpulan sokongan. Kumpulan sebegini merupakan sumber yang bagus kerana anda dapat bercakap dengan mereka yang memahami tentang trauma yang anda alami. Hubungi salah satu talian penting di bawah untuk mendapatkan maklumat tentang kumpulan sokongan setempat.

Belajar mengamalkan penjagaan diri

Penjagaan diri bermaksud menunjukkan kasihan belas terhadap diri anda apabila trauma dan tekanan memberi kesan terhadap kesejahteraan mental dan emosi anda. Amalan penjagaan diri melibatkan dengan memahami aktiviti yang paling membantu untuk kesihatan mental dan emosi anda. Tidur yang cukup, pemakanan yang baik dan senaman dapat membantu kesihatan fizikal anda. Anda juga boleh berusaha mengekalkan kesihatan emosi dengan meluangkan masa untuk aktiviti yang anda suka dan sentiasa berhubung dengan rakan.

Untuk rakan dan keluarga

Perkara yang perlu dikatakan apabila orang tersayang memberitahu anda bahawa mereka telah diserang

Tidak mengapa jika anda tidak tahu tentang perkara yang hendak dikatakan atau dilakukan apabila seseorang yang anda ambil berat mendedahkan tentang serangan seks atau penganiayaan yang dialaminya kepada anda. Pertama sekali, beritahu kepada orang yang berkongsi kisahnya dengan anda itu bahawa anda menghargai perkongsiannya.

Mendengar itu penting. Walaupun kita sering berasa terpanggil untuk memberikan nasihat, ini merupakan masa yang terbaik untuk mendengar dan menyokong pemandiri yang berkongsi kisahnya itu. Meskipun anda tidak berniat untuk bersikap menghakimi, pernyataan yang mempersoalkan tindakan pemandiri berkaitan dengan serangan ke atas mereka boleh mempunyai kesan yang negatif terhadap pengalaman mereka. Sebagai contoh, soalan atau pernyataan yang bermula dengan “Mengapakah awak tidak…?” atau “Kalau saya, saya akan…” atau “Awak sepatutnya…” boleh menyebabkan mereka berasa bahawa mereka patut dipersalahkan atas serangan itu.

Anda juga boleh menawarkan bantuan. Anda boleh membantu orang tersayang menghubungi talian penting kerana itu merupakan cara yang bagus untuk mencari profesional yang dapat menyediakan maklumat dan sumber yang diperlukan. Penasihat profesional dapat membantu pemandiri membuat pilihan yang termaklum.

Sokongan yang berterusan adalah penting tetapi boleh menjadi sukar untuk diteruskan di sepanjang perjalanan pemandiri ke arah pemulihan. Orang yang berkongsi kisahnya dengan anda mungkin memerlukan sokongan dalam jangka masa yang lebih panjang daripada anda. Bantulah setakat yang anda mampu tetapi jangan lupakan tentang kesejahteraan mental dan emosi anda sendiri pada waktu yang sukar ini.

Perkara yang kita semua boleh lakukan

Berhati-hati dengan setiap kata-kata kita

Serangan seks ialah isu yang serius dan jenaka tentang serangan seks akan mengekalkan budaya rogol. Budaya rogol berlaku apabila rogol dan serangan seks dikecilkan atau dilihat sebagai aspek kehidupan yang normal, sehingga mendorong masyarakat untuk bersikap kurang empati terhadap mereka yang mengalami serangan seks. Pemandiri berhak untuk dihormati dan tidak sepatutnya diejek, dicemuh atau diganggu. Jenis tingkah laku negatif sebegini boleh memburukkan lagi trauma yang mereka alami, lalu menyukarkan lagi proses pemulihan. Sokongan dan empati adalah penting. Tunjukkan sikap yang baik.

Ketahui tentang kaedah pencegahan

Pendidikan kaedah pencegahan menangani punca serangan seks dan berhasrat untuk menyekat keganasan sebelum berlaku. Kefahaman tentang keizinan dan sempadan, perasaan hormat terhadap autonomi tubuh dan campur tangan penyaksi merupakan langkah yang sangat penting dalam mencegah keganasan seks, dan perkara tersebut memerlukan pembelajaran dan pengajaran yang berterusan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kaedah pencegahan yang penting ini, kunjungi sumber di bawah.

Jika anda telah mengalami serangan seks, atau mempunyai rakan atau ahli keluarga yang mungkin memerlukan bantuan, sila hubungi salah satu talian penting berikut untuk mendapatkan sumber dan maklumat:

Global

TikTok telah bekerjasama dengan StopNCII.org, disediakan oleh SWGfL, untuk membantu orang dewasa (18+) yang imej intim mereka telah dikongsi dalam talian tanpa keizinan mereka. Imej intim termasuk memaparkan orang dalam kelihatan bogel, separuh bogel atau terlibat dalam aksi seksual. Jika imej intim anda telah dikongsi dalam talian tanpa keizinan anda, sila guna alat StopNCII untuk membantu TikTok dan rakan kongsi StopNCII, untuk mengesan dan mengeluarkan imej tersebut.

Tempatan