Skip to main content
Penguatkuasaan Garis Panduan Komuniti

Laporan Penguatkuasaan Garis Panduan Komuniti

1 Julai 2021 – 30 September 2021
Terbitan 8 Februari 2022

Tentang laporan ini

TikTok ialah platform hiburan global yang didorong oleh kreativiti komuniti kami yang pelbagai. Kami berusaha membina dan memupuk persekitaran yang menyeronokkan dan terangkum yang membolehkan orang ramai mencipta, mencari komuniti, dan dihiburkan. Bagi mengekalkan persekitaran tersebut, kami bertindak terhadap kandungan dan akaun yang melanggar Garis Panduan Komuniti atau Terma Perkhidmatan kami dan menerbitkan maklumat tentang tindakan ini dari semasa ke semasa bagi memastikan kami memikul tanggungjawab terhadap komuniti kami dan sehubungan dengan itu, memperoleh kepercayaan mereka. TikTok menggunakan gabungan teknologi dan individu yang inovatif bagi mengenal pasti, menyemak, dan bertindak terhadap kandungan yang melanggar dasar kami.

Dasar ini menyertakan maklumat suku tahunan yang mendalam dalam bentuk jumlah dan sifat kandungan dan akaun yang dialih keluar daripada platform kami.

Data Terkini

downloadMuat turun

Jumlah video yang dialih keluar/dipulihkan, mengikut jenis dan suku tahun

NOTA: Jumlah video yang dialih keluar mewakili kira-kira 1% daripada semua video yang dimuat naik ke TikTok.

Jumlah pengalihan keluar video, mengikut dasar

NOTA: Carta ini menunjukkan volum video yang dialih keluar oleh pelanggaran dasar. Sebuah video mungkin melanggar beberapa dasar dan setiap pelanggaran ditunjukkan.

Kadar pengalihan keluar, mengikut suku tahun/dasar

NOTA: Pengalihan keluar proaktif bermaksud mengenal pasti dan mengalih keluar sesebuah video sebelum video berkenaan dilaporkan. Pengalihan keluar dalam tempoh 24 jam bermaksud mengalih keluar video dalam tempoh 24 jam video tersebut disiarkan pada platform kami.

Pengalihan Keluar mengikut negara

Negara / Pasaran1 Jul 2021 – 30 Sep 2021
Amerika Syarikat13,918,537
Rusia6,881,904
Indonesia6,173,414
Pakistan6,019,754
Brazil5,906,859

NOTA: Carta ini menunjukkan lima pasaran yang mempunyai volum terbesar video yang dialihkan keluar.

Jumlah pengalihan keluar akaun, mengikut suku tahun dan sebab

NOTA: Kami mengalih keluar akaun yang melanggar Garis Panduan Komuniti dan Terma Perkhidmatan kami yang termasuk akaun yang ditentukan sebagai spam, berserta video-video spam yang disiarkan oleh akaun-akaun tersebut. Kami juga mengambil langkah-langkah proaktif untuk mencegah akaun spam daripada dibuat melalui kaedah automatik.

Interaksi palsu 

1 Jul 2021 – 30 Sep 2021
Akaun spam yang dicegah226,557,055
Video yang dialih keluar daripada akaun spam11,895,555
Pengikut palsu yang dialih keluar231,150,220
Permintaan ikutan palsu yang dicegah2,078,453,724
Suka palsu yang dialih keluar203,708,379
Suka palsu yang dicegah16,594,976,202

Penguatkuasaan dasar iklan

TikTok mempunyai dasar yang ketat untuk melindungi pengguna daripada kandungan palsu, penipuan, atau mengelirukan, termasuklah iklan. Akaun pengiklanan dan kandungan iklan perlu mematuhi dasar ini dan mesti mengikut Garis Panduan Komuniti, Garis Panduan Pengiklanan, dan Terma Perkhidmatan kami. Kami komited untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan positif untuk para pengguna kami, dan kami menyemak dengan kerap serta mengukuhkan sistem kami dengan lebih lanjut bagi memerangi iklan yang melanggar dasar kami.

1 Jul 2021 – 30 Sep 2021
Jumlah pengalihan keluar iklan3,392,630

COVID-19

Penguatkuasaan Garis Panduan Komuniti1 Jul 2021 – 30 Sep 2021
Video yang dialih keluar disebabkan oleh salah maklumat COVID-19 dan vaksin46,577
Kadar pengalihan keluar proaktif82.86%
Pengalihan keluar sebelum apa-apa tontonan69.42%
Kadar pengalihan keluar sebelum 24 jam84.62%
Hubungan dengan sumber berwibawa1 Jul 2021 – 30 Sep 2021
Lawatan ke hab maklumat COVID-19 TikTok2,883,650
Sepanduk COVID-19 ditambah ke video3,560,364
Sepanduk COVID-19 yang ditonton22,631,317,279
Tanda pagar PSA COVID-19 yang ditonton31,007,383,296

Laporan lain

Adakah ini membantu?

thumps upYathumps downTidak