Skip to main content

Pusat Keselamatan

Panduan

TikTok adalah ruang untuk kreativiti dan ekspresi, dan kami menawarkan beberapa alat dan kawalan bagi membantu anda mengurus pengalaman anda. Kami mengesyorkan supaya anda menyemak panduan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang pendekatan yang kami guna untuk keselamatan, privasi dan kawalan keselamatan pada TikTok. Anda juga akan mendapati maklumat yang membantu ibu bapa, pengasuh, dan pengguna baharu.

Kawalan keselamatan & privasi

Mewujudkan persekitaran TikTok yang mengalu-alukan yang membuatkan semua orang rasa selamat dan selesa ialah perkara yang paling kami utamakan. Tetapan aplikasi kami membantu anda mengurus akaun, kandungan dan privasi anda, termasuklah siapa yang boleh melihat, “Like”, atau memberi komen pada video anda. Ketahui lebih lanjut tentang tetapan yang membolehkan anda mengawal pengalaman TikTok anda. Tetapan-tetapan ini mungkin berbeza dan bergantung kepada rantau anda dan versi aplikasi.

Lihat kawalan

Rakan kongsi keselamatan

TikTok bekerjasama dengan para pakar keselamatan dalam talian termasuklah penasihat-penasihat kandungan, organisasi bukan kerajaan, dan persatuan industri di seluruh dunia sambil berusaha membina platform yang selamat untuk para pengguna kami. Kami mendengar daripada pelbagai suara yang berbeza dan ia amat berharga kepada TikTok semasa membangunkan produk, dasar dan proses yang memenuhi keperluan komuniti kami yang berkembang.

Ketahui lebih lanjut