Skip to main content
Panduan

Panduan Penjaga

Salam sejahtera dan selamat datang!

Kami tahu bahawa anda sebagai pengasuh, ingin membantu anak remaja anda belajar tentang keselamatan digital supaya mereka boleh mengendalikan kehadiran dalam talian mereka, pada masa kini dan sambil mereka meningkat dewasa.

Panduan Penjaga ini dibentuk untuk memberi gambaran keseluruhan tentang TikTok dan pelbagai alat dan kawalan yang kami telah bina ke dalam platform ini untuk memastikan komuniti kami selamat. Panduan ini juga menyediakan maklumat am tentang kebimbangan yang biasa dialami tentang keselamatan internet.

Dengan membaca panduan ini, Portal Remaja kami, dan Garis Panduan Komuniti bersama-sama anak remaja anda, anda boleh membantu keluarga anda mengadakan perbincangan yang berterusan tentang keselamatan dalam dunia digital kami. Menganjurkan perbualan keluarga secara bersahaja tentang cara anak remaja anda berinteraksi dalam talian, termasuk dan melangkaui TikTok, akan membantu meningkatkan kebijaksanaan remaja ini tentang generasi digital dan memperkasa golongan remaja supaya sentiasa berwaspada tentang keselamatan dirinya sendiri pada internet.

Apakah TikTok?

 TikTok ialah apl video berbentuk singkat. Ia ruang untuk kandungan yang menyeronokkan dan positif yang dicipta oleh orang sebenar di seluruh dunia. Misi kami adalah untuk menginspirasikan kreativiti dan membawa keceriaan.

Cara Bermula

Mencipta akaun Tiktok

Tiktok boleh dimuat turun daripada App Store, Google Play Store, Amazon Appstore dan platform aplikasi rasmi yang lain. TikTok mempunyai penilaian umur 12+ dalam Apple App Store dan disenaraikan sebagai “Pengawasan Orang Dewasa adalah Disyorkan” dalam Google Play Store kepunyaan . Jika anda tidak mahu anak remaja anda memuat turun TikTok, penilaian umur ini bermaksud anda boleh menghalang mereka daripada berbuat demikian dengan menggunakan kawalan ibu bapa yang tersedia melalui gedung atau platform ini.

Untuk mendaftar masuk ke TikTok, seseorang mesti memberikan hari lahir mereka. Jika seseorang mencipta akaun mereka dengan menggunakan platform lain, mereka juga akan diminta untuk memberikan hari lahir kepada kami secara langsung. Jika seseorang cuba mencipta akaun tetapi tidak memenuhi keperluan umur minimum kami, kami menggantungkan keupayaan mereka untuk cuba mencipta akaun yang lain dengan menggunakan tarikh lahir yang berbeza.

Rayuan pengguna bawah umur di TikTok

Jika kami percaya seseorang di bawah umur 13 – atau 14 di Korea Selatan dan Indonesia – sedang menggunakan TikTok, kami akan menyekat akaun mereka dan mereka boleh merayu jika mereka berfikir kami telah melakukan kesilapan. Jika anda ialah ibu bapa, penjaga atau orang dewasa lain yang dipercayai kepada seseorang anak remaja yang akaunnya telah kami sekat, mereka boleh meminta anda membantu mereka menyerahkan rayuan.

Jika anak remaja anda memutuskan untuk membuat rayuan berkenaan sekatan mereka, kami akan memberi mereka beberapa pilihan untuk mengesahkan tarikh lahir mereka. Untuk menyerahkan rayuan, anak remaja anda mesti membuka TikTok, ketik “Rayuan” dan ikut arahan yang diberikan. Di negara tertentu, salah satu pilihan yang mungkin dipilih oleh mereka akan memerlukan mereka untuk memuat naik foto mereka sendiri dengan ibu bapa, penjaga atau orang dewasa yang dipercayai yang mengesahkan tarikh lahir mereka. Ketahui lebih lanjut

Kepentingan anak remaja anda memberikan tarikh lahir sebenar mereka

TikTok hanya tersedia untuk mereka yang berumur sekurang-kurangnya 13 – atau 14 di Korea Selatan dan Indonesia – dan adalah penting untuk anak remaja anda memberikan tarikh lahir sebenar mereka. Daripada sekatan akses kepada ciri tertentu sehingga penyesuaian iklan yang boleh dilihat oleh seseorang, maklumat yang tepat membantu memastikan ahli komuniti mempunyai pengalaman yang sesuai dengan umur yang betul. Contohnya, sebagai tambahan kepada syarat umur kami, kami tidak membenarkan orang yang lebih muda di TikTok menggunakan ciri umur terhad seperti keupayaan untuk hos LIVE atau menggunakan Mesej Langsung.

Garis Panduan Komuniti

Menawarkan persekitaran yang selamat dan menyokong adalah perkara yang paling kami utamakan. Kami berpercaya bahawa perasaan keselamatan penting untuk memastikan pengguna berasa selesa untuk mengekspresikan diri mereka secara terbuka dan kreatif. Kami mengalih keluar kandungan, termasuk video, audio, penstriman langsung, imej, komen dan teks yang melanggar Garis Panduan Komuniti kami, selain akaun-akaun yang terlibat dalam hal pelanggaran yang serius dan berulangan. Dalam keadaan tertentu, kami mengambil langkah lanjut dan melaporkan akaun tersebut kepada pihak berkuasa undang-undang yang berkaitan bagi memastikan keselamatan komuniti kami. Garis Panduan Komuniti kami terpakai kepada setiap orang dan segala perkara yang dikongsi pada TikTok.

Asas TikTok

TikTok menawarkan ruang untuk ekspresi kreatif yang membolehkan pengguna menikmati pelbagai video yang imersif, tulen, dan menghiburkan – dari cabaran tarian hingga ke penyegerakan bibir, dari tutorial “DIY” hinggalah ke parodi sejarah dan meme internet. Ketahui lebih lanjut tentang halaman “For You”, menjadi pencipta, dan keselamatan komuniti di TikTok.

Mod Keselamatan Keluarga

Menjadi pengawas kepada kehidupan digital remaja mungkin usaha yang mencabar. Oleh sebab itulah, kami menawarkan kepada pengasuh kaedah yang bermakna untuk menetapkan batas kawalan dengan anak remaja mereka pada TikTok.

Ciri Mod Keselamatan Keluarga kami membolehkan ibu bapa memautkan akaun TikTok mereka dengan akaun anak remaja mereka bagi mendayakan pelbagai kandungan dan tetapan privasi. Kami menggalakkan supaya pengasuh membincangkan ciri Mod Keselamatan Keluarga ini dengan anak remaja mereka, dan menerangkan mengapa pengasuh memilih untuk menghidupkan ciri ini. Tetapan-tetapan ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada rantau anda dan versi apl.

Ciri

  • Akaun peribadi
  • Komen pada Video
  • Mesej langsung
  • Cari
  • Masa skrin harian
  • Mod Terbatas


Alat Keselamatan & Privasi

Kami melabur dalam alat dan sumber untuk membantu ibu bapa, penjaga, dan keluarga menyokong anak remaja mereka dalam talian. Ketahui lebih lanjut tentang tetapan yang membolehkan anda mengurus pengalaman TikTok keluarga anda.

Lihat Alat

Keselamatan dalam talian: 5 petua untuk remaja

Di TikTok, kami komited untuk bekerjasama dengan ibu bapa dan penjaga untuk menyokong perjalanan digital anak remaja mereka. Ibu bapa telah memberitahu kami kesukaran mereka untuk mengikuti trend yang sentiasa berubah, serta memahami platform baharu. Kami ingin membantu memudahkan perkara ini dengan menawarkan ibu bapa dengan pandangan mengenai sokongan yang ingin diterima oleh kalangan anak remaja daripada orang dewasa yang dipercayai—dan siapa yang lebih baik untuk menasihati tentang keperluan mereka jika bukan anak remaja sendiri!

Inilah yang mereka nasihatkan:

“Bantui saya memahami peraturan anda”

Anak remaja tidak mengharapkan orang dewasa menjadi pakar pada setiap platform, tetapi mereka menghargai sokongan untuk menyediakan akaun mereka tersendiri. Ini termasuk bantuan dengan penyemakan dan pemahaman tetapan privasi dan keselamatan. Mereka juga memberitahu kami bahawa ibu bapa tidak perlu takut untuk menetapkan sempadan pada pengunaan mereka; anak remaja mengharapkan dan malah mengalu-alukan sempadan tersebut! Alat keselamatan seperti ciri Mod Keselamatan Keluarga TikTok membolehkan keluarga untuk menetapkan sekatan semasa anak remaja mereka memulakan aktiviti dalam talian.

“Bersembang dengan saya”

Anak remaja inginkan penjaga mereka mengambil minat dengan kehidupan digital mereka dan mengenali kepentingan kehidupan digital tersebut kepada mereka. Anak remaja berasa disokong apabila mereka tahu mereka mempunyai seseorang yang dipercayai untuk menasihati mereka. Jangan takut untuk memulakan perbualan dengan anak remaja anda mengenai kehidupan digital mereka. Mereka menghargainya apabila anda memahami kesilapan boleh berlaku dalam talian dan anda yakinkan mereka bahawa anda sedia untuk membantu jika kesilapan tersebut berlaku.

“Jangan panik apabila sesuatu kesilapan berlaku”

Anak remaja anda telah meminta bantuan anda—bagus! Kemungkinnanya mereka berasa lemah, takut, malu atau sedih. Beritahu mereka betapa gembiranya anda sebab mereka telah datang kepada anda. Apabila mereka berkongsi masalah mereka, sedari pastikan anda mengawal reaksimu; anak remaja telah memberitahu kami bahawa jika mereka dimarahi, mereka tidak akan meminta bantuan anda lagi. Pada masa yang sama, anak remaja tidak inginkan orang dewasa mengurangkan kebimbangan mereka—walaupun ia sukar untuk memahami mengapa mereka berasa begitu. Dengar tanpa tuduh-menuduh, tanya soalan dan tumpukan perhatian anda kepada penyelesaian perkara tersebut. Jika mereka telah melanggar peraturan, anak remaja memang menjangkakan kesan daripada tindakan tersebut, tetapi mereka juga ingin memahami tindakan yang harus dilakukan untuk mengelakkan kesilapan yang sama daripada diulangi.

“Percayakan saya”

Anak remaja memahami bahawa kepercayaan anda perlu diperolehi dan mereka menjangkakan pengawasan daripada orang dewasa—terutamanya bagi anak remaja yang lebih muda. Seperti dunia “sebenar”, anak remaja memerlukan lebih autonomi apabila mereka menjadi lebih dewasa. Setiap keluarga berbeza dan kadar seseorang remaja beralih kepada penggunaan teknologi secara berdikari juga akan berbeza, tetapi jika anak remaja anda mahir mengemudi platform dengan selamat dan mereka menghampiri anda sekiranya sesuatu kesilapan berlaku, itu menjadi asas yang kukuh untuk memperoleh kepercayaan kedua-dua pihak.

“Hormati privasi saya”

Mengekalkan keseimbangan antara harapan seorang remaja terhadap privasi mereka dengan memastikan mereka selamat adalah salah satu aspek keibubapaan yang paling sukar—dalam talian dan luar talian. Ia boleh menjadi sukar apabila anak anda memberitahu anda bahawa mereka tidak selesa dengan anda mengikuti mereka pada sesuatu platform. Kebimbangan bahawa mereka akan melakukan sesuatu yang nakal adalah perkara yang semula jadi bagi ibu dan bapa. Walaubagaimanapun, mereka mungkin inginkan sedikit ruang untuk bersama dengan rakan-rakan mereka tanpa diawasi. Mungkin anda ada alasan kukuh untuk berpendapat anda perlu mengikuti akaun anak remaja anda. Jika demikian, anak remaja telah mengatakan bahawa mereka ingin memahami alasan tersebut dan menerokai cara untuk memperolehi kepercayaan anda. Anak remaja yang lebih dewasa telah memberitahu kami bahawa mereka berasa bertanggungjawab untuk melindungi adik dan sepupu dalam talian. Mungkin anda boleh pertimbangkan untuk menggantikan diri anda dengan seseorang yang diterima oleh anak remaja anda bagi mengikuti akaun mereka.

Sumber

Untuk mengetahui amalan terbaik untuk privasi peribadi, keselamatan akaun dan cara menjadi warga digital yang baik, layari Portal Remaja kami. Di bawah, anda akan mendapati bahan sumber tambahan daripada Rakan Kongsi Keselamatan kami:

DQ Institute melalui usaha sama dengan TikTok

ConnectSafely

Internet Matters

National PTA®

Sumber tambahan