Skip to main content
Topik

COVID-19

Amidst global concerns around the coronavirus (COVID-19) pandemic, we want to share some of the steps we're taking to help the TikTok community stay safe and informed.

Menyokong Komuniti Kita Mengharungi COVID-19

Di tengah-tengah kebimbangan global yang berkaitan dengan pandemik koronavirus (COVID-19), kami ingin berkongsi beberapa langkah yang kami sedang mengambil untuk membantu komuniti TikTok kekal selamat dan termaklum. Sebagai sebuah platform global, kami memberi fokus kepada penyediaan akses kepada maklumat yang tepat untuk komuniti kami dengan bekerjasama dengan pegawai kesihatan tempatan yang berwibawa, sementara menyokong usaha pemulihan bagi membantu mereka yang menerima kesan yang mendalam akibat krisis ini.

Menyokong komuniti yang memerlukan

Kami semua beroperasi dalam keadaan yang tidak menentu, dan kini lebih penting supaya komuniti dalam talian, setempat dan global kita berganding bahu untuk membantu mereka yang memerlukannya. TikTok bertindak dengan menyumbangkan lebih $250 Juta untuk menyokong komuniti yang terjejas sepanjang tempoh yang mencabar ini. Antara usaha-usaha yang akan disokong oleh TikTok melalui sumbangan wang tunai adalah:

  • Dana Bantuan Wira Kesihatan TikTok (TikTok Health Heroes Relief Fund): Pekerja penjagaan kesihatan adalah wira dalam peperangan global ini, justeru mereka wajar menerima sumbangan dalam komuniti TikTok. Kami amat bersemangat untuk memainkan peranan kami untuk menyokong usaha mereka menerusi peruntukan $150 Juta dalam bentuk dana untuk memenuhi keperluan perjawatan dan bekalan perubatan, serta bantuan menghadapi kesukaran bagi pekerja penjagaan kesihatan. Hal ini termasuklah $15 Juta untuk Yayasan CDC bagi menyokong keperluan perjawatan yang meningkat secara mendadak (surge staffing) untuk jabatan kesihatan negeri dan tempatan serta $10 Juta kepada Gavi, the Vaccine Alliance, untuk membantu membangunkan vaksin koronavirus dan program imunisasi di Afrika.
  • Dana Bantuan Komuniti TikTok (TikTok Community Relief Fund): Untuk menyediakan bantuan kritikal kepada komuniti yang terjejas akibat bencana yang telah berlaku kepada kesihatan dan ekonomi akibat krisis ini, TikTok akan memperuntukkan $40 Juta dalam bentuk dana kepada organisasi tempatan yang menyediakan khidmat kepada kumpulan-kumpulan pelbagai komuniti yang mewakili pengguna-pengguna TikTok., termasuk ahli muzik, artis, jururawat, pendidik, dan keluarga yang telah berhimpun pada platform ini. Contohnya, kami telah memberi sumbangan kepada MusiCares bagi membantu para profesional bidang muzik yang menerima impak buruk kepada sumber pendapatan mereka; Persatuan Restoran Nasional (National Restaurant Association) bagi membantu pekerja perusahaan makanan sementara industri mereka mengharungi ketidaktentuan ini, danNational PTA bagi membantu pembelajaran jarak jauh dan bantuan makanan. Memandangkan kami menghadapi krisis ini bersama-sama, kami akan memadankan $10 Juta sumbangan daripada komuniti dan menambah jumlah yang sama untuk menyokong mereka yang paling memerlukannya.
  • Dana Pembelajaran Kreatif TikTok (TikTok Creative Learning Fund): TikTok akan menyediakan $50 Juta dalam bentuk geran kepada pendidik, pakar profesional, dan badan bukan keuntungan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang boleh membantu menyebarkan maklumat pendidikan dan bahan kursus jarak jauh berguna dalam format yang mudah diakses.
  • Membantu Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) membina semula perniagaan mereka: TikTok komited untuk menyalurkan bantuan kepada PKS yang mengharungi krisis ini, dan kami akan menyediakan $100 Juta dalam bentuk kredit iklan bagi membantu syarikat-syarikat tersebut kembali beroperasi semula sebaik sahaja ekonomi dapat memulakan semula aktiviti seperti biasa.

Initiatif ini sudah pun menjadi komitmen global kami, dan kami terus mencari pelbagai cara untuk membantu mereka yang memerlukannya.

Bekerjasama untuk impak yang lebih besar

Kita menjadi yang terkuat apabila kita bekerjasama, dan inilah sebabnya kami telah bekerjasama dengan organisasi tempatan dan global yang menggunakan TikTok untuk berkongsi maklumat yang dipercayai dengan komuniti. Selain membolehkan orang melihat maklumat COVID daripada organisasi kesihatan awam tempatan mereka, WHO berkhidmat sebagai sumber berharga kepada komuniti kami dengan menggunakan akaun TikTok organisasi tersebut untuk mencipta video yang menampilkan petua dan fakta utama: Cari mereka @who

  • Pihak berkuasa kesihatan yang berminat untuk berkongsi maklumat yang boleh dipercayai bolehlah menghubungi kami di sini.

Melalui kerjasama kami dengan Pasukan Halo, ahli sains daripada serata dunia akan terus menyiarkan video perkembangan di TikTok untuk menunjukkan kemajuan vaksin kepada dunia. Pasukan awam pakar kesihatan ini menjawab semua jenis pertanyaan daripada komuniti kami, daripada langkah-langkah yang diambil untuk membangunkan vaksin sehingga cara vaksin diuji untuk keselamatan – membantu orang ramai agar sentiasa termaklum tentang perkara ini. Selain itu, TikTok menderma ruang iklan dalam suapan utama kepada organisasi yang boleh dipercayai dan pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk membantu komuniti kami kekal selamat, termaklum dan saling berhubung. Hingga kini, TikTok telah menderma kredit iklan bernilai hampir $5 juta kepada organisasi dipercayai dan pihak berkuasa kesihatan tempatan di AS.

Sumber untuk komuniti kami

Kami juga komited untuk membantu para pengguna dalam apl ini dengan menyediakan sumber pendidikan dan maklumat berharga daripada sumber yang berwibawa. Kami menyediakan sepanduk pada video dan peringatan pada carian yang berkaitan dengan COVID-19 dan vaksin COVID-19. Orang ramai boleh mengetik pada sumber ini untuk melihat laman web organisasi kesihatan awam tempatan mereka yang menyediakan maklumat lanjut tentang COVID-19 dan vaksin COVID-19.

Walaupun sumber ini tidak menjadi sebab orang datang ke TikTok, kami ingin memastikan sumber ini sentiasa tersedia antara kandungan kreatif yang mereka nikmati. Kami percaya bahawa salah satu cara yang terbaik untuk menangani maklumat yang salah adalah melalui kandungan yang menarik serta bermaklumat dan kami akan terus bekerjasama dengan pakar kesihatan awam untuk mencipta kandungan yang sesuai dengan komuniti kami.

Misi TikTok adalah untuk mengilhamkan kreativiti dan memberikan keseronokan – dan keseronokan dan kepositifan amat diperlukan sekali ketika ini. Seluruh dunia menghadapi waktu yang sukar pada masa ini, tetapi keprihatinan kita mungkin menjadi satu persamaan yang merapatkan kita. Kami menghargai mereka yang berbuat baik kepada diri mereka sendiri dan dengan satu sama lain dalam komuniti kami.

Memerangi maklumat kesihatan yang salah

Garis Panduan Komuniti TikTok melarang kandungan yang palsu atau mengelirukan, termasuk maklumat salah berkaitan dengan COVID-19, vaksin dan maklumat palsu antivaksin secara umumnya. Kami juga tidak membenarkan pengiklanan berbayar yang tidak mendukung pemvaksinan, namun, PSA atau seruan tindakan yang berkaitan dengan vaksin COVID-19 diterima mengikut kes jika itu adalah demi kepentingan kesihatan dan keselamatan awam. TikTok bekerjasama dengan pakar merentasi industri, masyarakat sivil, kesihatan awam dan Majlis Penasihat Kandungan kami untuk membangunkan dasar dan strategi penguatkuasaan kami serta mendepani kandungan yang berubah. TikTok mengambil pendekatan yang proaktif dan holistik untuk menangani maklumat salah.

  • Kami menyediakan akses kepada maklumat berwibawa tentang COVID-19 dan vaksin merentasi aplikasi kami.
  • Kami mempunyai pasukan yang dilatih khas untuk mengecam dan mengeluarkan kandungan yang palsu dan mengelirukan serta akaun yang menyebarkan maklumat salah. Ahli komuniti kami juga boleh menghantar laporan tentang maklumat salah kepada kami daripada aplikasi kami.
  • Rakan kongsi penyemakan fakta kami membantu kami menilai ketepatan kandungan dan ini termasuk Politifact, Lead Stories, Science Feedback dan AFP. Jika penyemakan fakta tidak membawa pada sebarang kesimpulan, kami akan mengehadkan penyebaran kandungan pada suapan Untuk Anda sesiapa sahaja untuk mengurangkan kemungkinan penyebaran maklumat salah.
  • Kami bekerjasama dengan platform pengesanan ancaman terkemuka industri untuk mengecam rangkaian dan aktiviti yang mencurigakan.
  • Kami mengambil pelbagai pendekatan untuk memastikan maklumat salah antivaksin dan COVID-19 sukar ditemui. Selain mengeluarkan kandungan, kami akan menghalakan semula carian yang berkaitan dengan maklumat palsu vaksin atau COVID-19 ke Garis Panduan Komuniti kami dan tidak melengkapkan tanda pagar antivaksin secara automatik dalam carian.

Bagi individu di TikTok yang memilih untuk meneroka tanda pagar berkaitan dengan koronavirus, kami akan mengeluarkan notis dalam aplikasi yang menyediakan akses langsung kepada laman web WHO atau agensi kesihatan awam tempatan sambil mengingatkan mereka agar melaporkan kandungan yang melanggar Garis Panduan Komuniti kami.

Melindungi pasukan global kami

Sebagai sebuah syarikat global, kami mengutamakan keselamatan pekerja kami dan dunia di sekeliling kami. Dengan sentiasa mengingati matlamat ini, kami memperkenalkan dasar bekerja dari rumah untuk pasukan global kami dan menangguhkan perjalanan urus niaga merentas sempadan. Kami terus menilai persekitaran semasa, dan seiring dengan panduan daripada pihak berkuasa kesihatan yang berwibawa, kami akan melaraskan langkah-langkah mengikuti keperluan.

Berganding bahu sebagai sebuah komuniti global

Dalam waktu yang sukar ini, kami ingin menyokong para pengguna kami di seluruh dunia dalam cara yang positif dan bermanfaat. Sebagai contoh, kami telah melancarkan  #HappyAtHome yang bermaksud #GembiraDiRumah, iaitu satu siri program langsung yang menyeronokkan dan bersifat mendidik dengan matlamat untuk berkongsi secara sambil lewa, memberi pengguna sedikit keselesaan, dan menghayati tanggungjawab yang kita semua tanggung untuk bertindak dengan betul dan tinggal di rumah serta menghentikan penularan koronavirus. Selain itu, Procter & Gamble mengadakan kerjasama dengan TikTok dan para pegawai kesihatan awam untuk melancarkan cabaran #DistanceDance yang bermaksud #TarianJarakJauh, yang menggalakkan orang ramai tinggal di rumah dan mengamalkan penjarakan fizikal bagi membantu memperlahankan penularan koronavirus dan menggalakkan sahabat-sahabat mereka supaya melakukan perkara yang sama – melalui cara yang menyeronokkan dan kreatif. Selanjutnya, kami telah mengadakan kerjasama dengan WHO untuk menggalakkan cabaran #SafeHands yang bermaksud #TanganYangSelamat bagi menggalakkan tabiat kebersihan tanpa membuatkan orang ramai menjadi lebih cemas. Sejak WHO melancarkan cabaran ini, kami telah dibanjiri perkongsian lagu dan bunyi yang mereka gunakan untuk menggalakkan tabiat membasuh tangan secara teliti dan menyeluruh hasil dedikasi yang dipamerkan oleh komuniti kami dalam mencegah penularan virus ini.

Selaras dengan nasihat yang diberi oleh pakar-pakar kesihatan tentang cara menjalani kehidupan dalam tempoh ini, kami juga turut bersemangat menyaksikan komuniti TikTok terus menggunakan kreativiti mereka untuk saling memotivasi antara satu sama lain. Trend organik seperti  #ghencovychallenge yang bermaksud #cabarangenkovi– iaitu lagu dan tarian yang begitu menarik yang dihasilkan oleh TikTok Vietnam  –  membantu menjadikan konsep membasuh tangan begitu menyeronokkan, tanda pagar seperti #quarantine atau #kuarantin membolehkan pengguna berkongsi pengalaman mereka bekerja atau bersekolah dari rumah.