Kawalan Komuniti

Kawalan Komuniti membantu anda mentakrifkan siapa boleh berinteraksi dengan anda atau kandungan anda.
Tetapan-tetapan ini mungkin berbeza bergantung kepada rantau anda dan versi aplikasi.
Siapa boleh menonton video anda
Anda boleh mengawal kandungan anda. Anda boleh memilih penonton video anda pada halaman siar setiap kali anda menerbitkan sesebuah video. Anda boleh membuatkan video ini had kepada diri sendiri, terbuka kepada ‘Rakan’ anda, atau komuniti TikTok yang lebih luas. Ketahui lebih lanjut
Mengawal siapa yang menghantar mesej
Mesej langsung (DM) adalah kaedah untuk pengguna berkomunikasi secara peribadi. Mesej langsung hanya tersedia ada kepada akaun pemilik yang berusia 16 tahun ke atas – dan ia salah satu ciri yang ibu bapa atau penjaga boleh hadkan atau tutup dengan Mod Pasangan? Keluarga.Mesej langsung boleh ditetapkan kepada ‘Semua orang’, ‘Rakan’ (pengikut yang anda ikut kembali) atau ‘Tiada Sesiapa’. Ketahui lebih lanjut
Tentukan siapa boleh memberi komen
TikTok membantu menghubungkan komuniti yang kaya dan pelbagai, dan membolehkan komuniti mengekspresi diri mereka, tetapi anda boleh memutuskan kehadiran komen dan siapa yang anda benarkan untuk memberi komen. Secara lalai, komen untuk pengguna bawah 16 tahun ditetapkan kepada ‘Rakan’ (pengikut yang anda ikut kembali). Pengguna bawah 16 tahun boleh beralih antara ‘Rakan’ atau ‘Tiada Sesiapa’. Pengguna berusia 16 tahun ke atas boleh memilih ‘Semua orang’, ‘Rakan’ (pengikut yang anda ikut kembali) atau tutup komen sepenuhnya. Tanpa mengira pilihan, semua komen hendaklah mematuhi Garis Panduan Komuniti TikTok. Ketahui lebih lanjut
Tapis komen
Selain kawalan komen, TikTok juga menawarkan kepada pengguna keupayaan untuk menapis komenmereka sendiri. Kami menawarkan dua cara untuk menapis komen yang anda tidak mahu lihat dengan cepat dan mudah. Pilihan pertama menyembunyikan komen yang menyinggung perasaan yang dikesan oleh sistem kami secara automatik; pilihan kedua membolehkan anda membuat senarai kata kunci supaya komen-komen yang mengandungi kata tersebut akan turut disembunyikan secara automatik. Ketahui lebih lanjut
Memadam komen
Anda boleh mengawal kandungan anda – termasuklah komen yang ditinggalkan oleh orang ramai. Anda boleh mengalih keluar komen yang anda tidak mahu lihat, atau melaporkan komen ini dengan menekan dan menahan pada sesuatu komen jika anda rasa ia melanggar Garis Panduan Komuniti kami. Ketahui lebih lanjut
Menyekat sesuatu akaun
TikTok membolehkan anda menghalang mana-mana individu daripada berinteraksi dengan anda atau kandungan anda atas apa jua sebab. Dengan menyekat mana-mana pengguna, mereka tidak dapat menonton kandungan atau menghantar mesej kepada anda. Ketahui lebih lanjut
Mengalih keluar pengikut
Mengalih keluar seseorang daripada menjadi pengikut anda adalah mudah. Ini bermaksud bahawa kandungan anda tidak lagi muncul dalam suapan Mengikuti mereka. Ketahui lebih lanjut
Siapa boleh menonton video yang anda suka
Anda boleh mencegah orang lain daripada menonton video yang anda telah sukai. Berbuat demikian akan memastikan pilihan tontonan kandungan anda (video yang anda suka) peribadi. Ketahui lebih lanjut
Benarkan video anda dimuat turun
Menutup muat turun video bermaksud bahawa orang lain tidak boleh memuat turun video anda ke peranti mereka. Video pengguna bawah usia 16 tahun dan pengguna yang mempunyai akaun peribadi tidak boleh dimuat turun. Tetapan muat turun video untuk pengguna berusia 16-17 tahun juga ditutup secara lalai, dengan pilihan untuk mendayakannya dalam tetapan Privasi. Ketahui lebih lanjut
Siapa boleh Duet dengan anda
Duet ialah ciri video pada TikTok yang membolehkan pengguna TikTok menggunakan kandungan anda bagi menghasilkan video skrin pisah dan menggunakan audio yang sama. Pencipta Duet akan menentukan siapa boleh menonton, memberi komen, dan memuat turun Duet yang baru dihasilkan. Pencipta 16 tahun ke atas yang mempunyai akaun awam layak untuk Duet.
Duet boleh menjadi cara menghasilkan video yang menyeronokkan dengan pengguna lain, walaubagaimanapun anda boleh mengawal siapa yang boleh membuat Duet dengan kandungan anda. Menetapkan perkara ini sekali di peringkat akaun adalah mudah dan tetapan ini digunakan bagi semua video anda. Anda juga boleh menghidupkan atau menutup Duet pada video tertentu. Ketahui lebih lanjut
Siapa boleh Cantum kandungan anda
Cantum membolehkan pengguna memetik dan menyepadukan babak daripada video pengguna lain ke dalam video tersendiri. Seperti Duet, Cantum adalah cara mentafsirkan semula dan menambah kepada kandungan pengguna lain, membina di atas kisah, tutorial, resipi, pelajaran matematik mereka dan banyak lagi. Pencipta Cantum dapat menentukan siapa boleh menonton, memberi komen, dan memuat turun Cantum yang baru dihasilkan. Pencipta 16 tahun ke atas yang mempunyai akaun awam layak untuk Cantum. Ketahui lebih lanjut