Tentang TikTok

TikTok ialah destinasi utama dunia untuk video mudah alih pendek. Misi kami adalah untuk merakam dan menyerlahkan kreativiti, pengetahuan serta detik-detik dunia yang penting dalam kehidupan seharian. TikTok mendorong semua orang untuk menjadi pencipta dengan hanya menggunakan telefon pintar mereka dan komited untuk membina komuniti dengan menggalakkan pengguna berkongsi minat dan kreativiti melalui video mereka. TikTok mempunyai pejabat di Beijing, Berlin, Jakarta, London, Los Angeles, Moscow, Mumbai, Sao Paulo, Seoul, Shanghai, Singapura, dan Tokyo. Pada tahun 2018, TikTok adalah salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat turun di dunia. TikTok boleh didapati di seluruh dunia untuk iOS dan Android.