Skip to main content
TikTok LogoTikTok Logo
Gambaran Keseluruhan

Garis Panduan Komuniti

Pada 17 April 2024, kami mengemas kini Garis Panduan Komuniti kami untuk membantu memastikan TikTok selamat, terangkum, dan mesra untuk semua orang. Semak Garis Panduan Komuniti yang baharu di sini.

Gambaran Keseluruhan

Terakhir dikemas kini, Mac 2023

Misi kami adalah untuk menginspirasikan kreativiti dan membawa keceriaan. Kami berhasrat untuk merungkai imaginasi manusia dengan membolehkan ekspresi kreatif dan menjadi sumber hiburan serta pengayaan di mana-mana sahaja. Kami mengalu-alukan orang dari serata dunia apabila mereka datang ke TikTok untuk menemui kepelbagaian idea, pencipta dan produk serta untuk berhubung dengan orang lain dalam komuniti kami.

Untuk memastikan pengalaman yang selamat, boleh dipercayai dan bertenaga, kami mengamalkan satu set Garis Panduan Komuniti yang merangkumi peraturan dan standard ketika menggunakan TikTok. Garis panduan ini terpakai untuk semua orang dan semua perkara di platform kami. Garis panduan ini diterbitkan mengikut rangka kerja perundangan antarabangsa, amalan terbaik industri dan input daripada komuniti kami, pakar keselamatan dan kesihatan awam serta Majlis Penasihat serantau kami. Kami mengembangkan garis panduan ini untuk menangani kemunculan risiko dan kemudaratan yang mungkin terjadi akibat tingkah laku baharu.

Pendekatan kami terhadap penyederhanaan kandungan dibina berdasarkan empat tunjang:

  1. Mengalih keluar kandungan yang melanggar peraturan kami daripada platform
  2. Mengenakan had umur pada kandungan matang supaya kandungan hanya boleh dilihat oleh orang dewasa (umur 18 tahun ke atas)
  3. Mengekalkan standard kelayakan suapan ‘For You’ (FYF) untuk membantu memastikan apa-apa kandungan yang mungkin dipromosi oleh sistem pengesyoran kami sesuai untuk khalayak ramai
  4. Memperkasakan komuniti kita dengan maklumat, alatan dan sumber

Garis panduan kami disusun mengikut bidang topik dengan setiap peraturan dalam huruf tebal. Anda boleh mengklik di bawah setiap bahagian untuk maklumat lanjut tentang tempat anda boleh menemui definisi, contoh tertentu dan penjelasan kepada soalan lazim tentang perkara yang dibenarkan. Harap maklum bahawa contoh ini tidak meliputi kesemua perkara (kami menerangkan perkara ini terlebih dahulu supaya anda tidak perlu berulang kali membaca frasa “termasuk tetapi tidak terhad kepada”).Jika anda dalam keraguan tentang perkara yang ingin dikongsi, ingat nilai teras ini — “berbuat baik dan layan orang lain sebagaimana anda ingin dilayan.” Terima kasih kerana membantu TikTok menjadi ruang yang mengalu-alukan untuk semua orang!

Demi memastikan komuniti kita selamat dan bertenaga memerlukan keseimbangan antara membenarkan ekpresi dan pencegahan bahaya. Kami melakukan perkara ini dengan pelbagai pendekatan keselamatan, daripada membangunkan peraturan dan standard yang kami menguatkuasakan, serta membina norma platform dan sumber yang memberi ahli komuniti kami lebih kuasa dan pilihan.

  1. Mengalih keluar kandungan yang melanggar peraturan. Setiap orangmenyertai TikTok dengan kebolehan untuk berkongsi kandungan secara bebas di platform kami. Namun, kami mempunyai peraturan tentang kandungan berbahaya yang kami tidak benarkan. Kami berusaha untuk mengalih keluar sebarang kandungan, sama ada ianya disiarkan secara awam atau peribadi, yang melanggar peraturan kami. Walaupun kami keras berusaha untuk menguatkuasakan peraturan kami, kami tidak dapat menjamin bahawa semua kandungan yang dikongsi pada TikTok mematuhi Syarat Perkhidmatan kami atau Garis Panduan. Jika seseorang mempunyai pelanggaran peraturan yang serius atau berulang kali, kami akan menyekat akaun tersebut. Maklumat tentang penguatkuasaan peringkat akaun boleh didapati di sini.
  2. Mengehadkan had umur pada kandungan matang. Kandungan yang dikongsi di TikTok luas terbentang menyumbang kepada kepelbagaian pengalaman di TikTok. Namun, bukan semua kandungan sesuai untuk khalayak yang lebih muda. Kami mengehadkan kandungan yang terlalu matang supaya kandungan hanya boleh dilihat oleh orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas. Ringkasan kandungan yang dihadkan umur boleh ditemui di sini.
  3. Kekalkan piawai kelayakan suapan ‘For You’ (FYF). FYF menawarkan peluang kepada penonton untuk menemui kandungan baharu dan untuk pencipta mencapai khalayak baharu. Tetapi promosi oleh sistem pengesyoran kami tidak dijamin. Kandungan yang tidak sesuai untuk khalayak ramai tidak layak untuk FYF. Ringkasan piawai ini boleh ditemui di sini.
  4. Memperkasakan komuniti kita. Kami ingin memastikan anda mempunyai maklumat yang tepat untuk membantu anda mengurus pengalaman anda di TikTok. Untuk kandungan tertentu, kami menambah label, skrin “pilih untuk tonton (opt-in)” atau amaran untuk memberikan lebih banyak konteks atau notis. Set peralatan keselamatan kami membantu anda menapis keluar apa-apa kandungan dengan tanda pagar (hashtag) atau komen khusus yang anda tidak selesa menonton. Kami juga menawarkan kawalan akaun dan ciri dalam aplikasi dengan sumber keselamatan.

Artikel seterusnya

Prinsip Komuniti

Baca seterusnya