Upload

Log in to follow creators, like videos, and view comments.

eh-background

Create effects

See more
© 2023 TikTok

sukselangor

SUK SELANGOR

379Following
1424Followers
6211Likes

Media Sosial Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor #kitaselangor

𝗠𝗔𝗞𝗦𝗔𝗞 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠𝗜𝗖 𝗖𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 (𝗠𝗜𝗖) 𝟮𝟬𝟮𝟯

Sukacita dimaklumkan 𝗠𝗔𝗞𝗦𝗔𝗞 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 akan menjadi 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝗼𝗹𝗮 𝗠𝗔𝗞𝗦𝗔𝗞 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺𝗶𝗰 𝗖𝗮𝗿𝗻𝗶𝘃𝗮𝗹 (𝗠𝗜𝗖) yang akan berlangsung pada 𝟯𝟬 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 hingga 𝟬𝟯 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 bertempat di 𝗔𝘂𝗱𝗶𝘁𝗼𝗿𝗶𝘂𝗺, 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗝𝘂𝗯𝗹𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗔𝘇𝗶𝘇 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗮𝗺, 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿.

Untuk makluman, terdapat 3 kategori yang akan dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, Dai’e dan Nasyid Kontemporari. Sehubungan itu, anda semua dijemput hadir bagi sama-sama menyaksikan para peserta bertanding serta memeriahkan lagi pertandingan ini.

Jumpa anda di sana!

#MalaysiaMadani
#KitaSelangorMajuBersama
#SUKSelangor
#maksakselangor #CapCut
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐓𝐔𝐍 𝐔𝐃𝐀

𝟐𝟑 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑, 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌 – DYMM Tuanku Sultan Selangor telah berkenan menyempurnakan Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda (YPRTU) bertempat di Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor diiringi oleh DYTM Raja Muda Selangor. Turut hadir, YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Dato' Menteri Besar Negeri Selangor. YAD Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Alhaj bin Raja Tun Uda Alhaj selaku Pengerusi Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda, YB Dato' Salim bin Soib @ Hamid, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan YBhg. Datin Paduka Hajah Mastura binti Hj. Muhamad, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

DYMM Tuanku Sultan Selangor juga telah berkenan menyampaikan sijil penghargaan kepada Kumpulan Ekspedisi Kilimanjaro yang diketuai oleh DYTM Raja Muda Selangor. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Kumpulan Ekspedisi Kilimanjaro yang telah berjaya dalam ekspedisi ini dan berjaya mengumpul dana bagi Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda. DYMM Tuanku turut berkenan menyampaikan sijil penghargaan kepada 12 penderma YPRTU antaranya Yayasan Azman Hashim, Yayasan Al-Bukhary dan YTL Power International. YPRTU juga telah berjaya mengumpul sebanyak RM3.3 juta hasil sumbangan 13 syarikat korporat.

DYMM Tuanku Sultan Selangor juga berkenan melawat kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) yang disediakan di perpustakaan ini. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) juga berhasrat memperluaskan perkhidmatan khas bagi membantu orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan autisme tahun hadapan.

#MalaysiaMadani
#KitaSelangorMajuBersama
#SUKSelangor #CapCut
𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

𝟐𝟕 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑, 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌- Bertempat di Dewan Rose, IDCC telah berlangsung Majlis Perasmian Konvensyen Warga Emas sempena Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2023 oleh YB Puan Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Turut hadir, YBrs. Tuan Hj. Azmir bin Kassim, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.

Konvensyen ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Jawatankuasa Tetap Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sungai Udang dan Pertubuhan Anak Komuniti Keluarga Malaysia (PEAKOM).

YB Puan Anfaal turut menyampaikan Anugerah Cemerlang Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Anugerah Cemerlang Pusat Jagaan Warga Emas. Pemilihan PAWE Cemerlang adalah berasaskan kepada konsistensi dan kecekapan pengurusan organisasi, perlaksanaan program, pematuhan dari segi kewangan, surat perjanjian pemantauan, kerjasama dengan pelbagai pihak serta pengiktirafan di dalam dan luar negara.

Tema Sambutan Hari Warga Emas Tahun 2023 adalah Memartabatkan Hak Warga Emas: Merentas Generasi, konvensyen ini diadakan bagi menghargai dan meraikan warga emas di Negeri Selangor ini kerana tanpa mereka, tiadalah generasi kini dan akan datang.

#MalaysiaMadani
#KitaSelangorMajuBersama
#SUKSelangor #CapCut
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐀𝐒𝐋𝐈 𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐒

𝟏𝟖 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑,𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌- Bertempat di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, telah berlangsung Pertandingan Akhir Asli Battle Of The Bands. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Borhan bin Aman Shah, Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor. Acara turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Negeri Selangor.

Turut hadir, YBrs. Tn. Mohamad Zahri bin Samingon, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan),YBrs. Pn. Mudirah binti Muhammad, Ketua Integriti & Governans MBI, Merangkap Bendahari Persatuan Mencegah Dadah (PEMADAM) Selangor, YBrs. Puan Sharina binti Abdul Aziz , Timbalan Pengarah (Pembangunan) JAKOA Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan dan YBrs. Puan Norhana binti Abdul Majid, Timbalan Pengarah Seksyen Sektoral, UPEN.

Pertandingan Asli Battle Of The Bands ini diadakan bertujuan mencungkil bakat-bakat terpendam dari kalangan masyarakat orang asli di Negeri Selangor yang sebenarnya sangat berbakat dalam bidang nyanyian.

Lapan kumpulan telah bertanding dalam pertandingan akhir ABOTB ini bagi merebut hadiah kejuaraan. Dalam pertandingan akhir ini mereka telah mempersembahkan dua buah lagu salah satunya adalah dari bahasa pertuturan mereka.

Acara turut dihangatkan dengan persembahan artis tanah air, Kaka Azraf dan Korie. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.

#MalaysiaMadani
#KitaSelangorMajuBersama
#SUKSelangor
#abotb
𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 𝐂𝐎𝐍𝐅𝐈𝐃𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

𝟏𝟖 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑, 𝐆𝐎𝐌𝐁𝐀𝐊- Program Latihan Pengendalian Bot dan 𝘞𝘢𝘵𝘦𝘳 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘪𝘥𝘦𝘯𝘤𝘦 Peringkat Negeri Selangor telah berlangsung pada 17 dan 18 November 2023 bertempat di Empangan Batu, Sungai Tua, Gombak. Seramai 138 orang peserta terlibat dalam menjayakan program ini terdiri daripada agensi respon seperti Angkatan Pertahanan Awam Negeri Selangor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan Briged Ke-11 Infantri Malaysia. Selain itu juga, ia turut melibatkan sembilan (9) Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), 12 Skuad PANTAS Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), serta Sukarelawan Selangor (SERVE).

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan diiringi YB Puan Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat. YB Najwan juga telah menyerahkan Sijil Penghargaan, 𝘗𝘦𝘳𝘴𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘍𝘭𝘰𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘋𝘦𝘷𝘪𝘤𝘦(𝘗𝘍𝘋) dan 𝘓𝘪𝘧𝘦𝘣𝘰𝘶𝘺 kepada kesemua wakil agensi yang terlibat. Program Latihan Pengendalian Bot dan 𝘞𝘢𝘵𝘦𝘳 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘪𝘥𝘦𝘯𝘤𝘦 ini diadakan sebagai langkah kesiapsiagaan semua agensi/jabatan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL).

Objektif latihan ini adalah bagi memantapkan tahap keyakinan diri, meningkatkan kemahiran pengendalian bot, dan dalam masa yang sama memantapkan keberkesanan komunikasi interagensi melalui latihan penggunaan Government Integrated Radio Network (GIRN). Selain itu, ianya juga dapat menerapkan kepentingan bekerja dalam satu pasukan semasa penggemblengan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan tahap siap siaga & ketepatan koordinasi antara agensi ketika berlaku bencana. Program Latihan Amal Pengendalian Bot dan 𝘞𝘢𝘵𝘦𝘳 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘪𝘥𝘦𝘯𝘤𝘦 ini adalah penganjuran bersama Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBN), Pejabat SUK Selangor dan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.

#MalaysiaMadani
#KitaSelangorMajuBersama
#SUKSelangor
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐇𝐏𝐁𝐒) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑

𝟏𝟖 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓- Bertempat di Dewan Jubli Emas, Kampung Endah, Kuala Langat telah berlangsungnya Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Selangor oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Negeri Selangor.

Turut hadir, YB Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, YB Tuan Borhan bin Aman Shah, Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, YB Datuk Hj Rizam bin Ismail, EXCO Kemajuan Desa dan Perpaduan Negeri Selangor dan YBhg. Dato' Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor.

Sambutan HPBS Peringkat Negeri Selangor ini dianjurkan dengan kerjasama antara PLANMalaysia Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Endah. Program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran pengunjung seramai lebih 2,000 orang.

YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari turut merasmikan Projek Showcase Smart Desa Balai ICT Kampung Endah dan menyampaikan hadiah bagi Anugerah Kemampanan Bandar Peringkat Negeri Selangor (MURNInets).

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah dan semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga program menarik seumpama ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.

#MalaysiaMadani
#KitaSelangorMajuBersama
#SUKSelangor
#hpbs2023
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐊𝐍𝐒 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐌𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟑

𝟏𝟏 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑, 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀- Bertempat di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya telah berlangsungnya Sesi Penyampaian Hadiah PKNS Selangor Masters 2023 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor, diiringi YB Dato' Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Turut hadir, YB Tuan Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YBrs. Tuan Mohamad Zahri bin Samingon, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg. Dato' Mahmud bin Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Tuan Haji Zubir bin Idrus, Ketua Pegawai Eksekutif, PKNS Golf Services Management Sdn. Bhd.

Pemain Terbaik Malaysia dimenangi oleh Ervin Chang dan telah membawa pulang Hadiah Cek Kemenangan bernilai RM10 Ribu Ringgit. Beliau telah berjaya mencatatkan skor sebanyak 284 dan berada pada kedudukan ke-8 pada hari akhir saingan.

Juara bagi Kejohanan PKNS Selangor Masters 2023 dirangkul oleh pemain dari Chinese Teipei, Ho Yu Ching dengan skor 68 70 66 dan 76 untuk empat hari agregat membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak USD 30, 625.00.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan peserta kejohanan ini.

#MalaysiaMadani
#KitaSelangorMajuBersama
#SUKSelangor
Get TikTok App