mecare.my
Malaysian Mental Care (MeCare)
6Following141Followers501Likes
Tiktok rasmi Malaysian Mental Care Association (MeCare).
Videos
Liked
Survivors Circle (SurCle) merupakan sesi sokongan sosial kepada mereka yang memerlukan. Untuk Edisi khas raya ini, SurCle dilaksamakan dengan kerjasama @Leticia Psychology Centre #mentahealthawareness #mentalhealth #kesihatanmental #healing #depresionanxiety #bantuanpsikososial #surcle #depressionsurvivorsmalaysia
7 April setiap tahun merupakan sambutan Hari Kesihatan Sedunia.
“Kesihatan ialah satu tahap atau keadaan seseorang individu yang sempurna dari segi fizikal, MENTAL, sosial, dan bukan sekadar bebas daripada penyakit, kecacatan dan kecederaan sahaja”
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Jelas menurut WHO yang kesihatan juga meliputi kesihatan mental. Oleh itu, setiap dari kita perlu menjaga kesihatan diri dan orang tersayang dengan sebaiknya, termasuklah kesihatan mental, kerana tiada kesempurnaan kesihatan bagi sesorang individu tanpa kesihatan mentalnya.
Sebagaimana kita tidak ralat untuk mendapatkan rawatan untuk kesihatan fizikal kita, kita juga seharusnya perlu menormalisasikan perilaku untuk mendapatkan rawatan bagi masalah kesihatan mental yang dihadapi oleh diri dan ahli keluarga.
“Kesihatan untuk Semua”
Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023.
#MentalHealth #MentalHealthAwareness #HariKesihatanSedunia2023 #HealthForAll #WHO75 #KesihatanMental #healtday2023

Wanita & Kesihatan Mental
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), secara globalnya dalam kalangan wanita berusia 15-29 tahun, bunuh diri merupakan punca kedua tertinggi kematian di dunia selepas masalah berkaitan fasa kehamilan dan melahirkan.
Walaupun bilangan lelaki yang mati disebabkan bunuh diri lebih tinggi, namun penyakit mental lebih cenderung dihadapi oleh wanita. Oleh itu, para wanita juga perlu sentiasa peka tentang kesihatan mental masing-masing untuk mengelakkan sebarang masalah berbangkit dikemudian hari.
Antara faktor yang menyebabkan kemerosotan kesihatan mental dalam kalangan wanita adalah perubahan hormon yang sering dilalui oleh wanita terutama ketika waktu kesuburan, kehamilan, melahirkan dan juga menopos.
Perubahan hormon tersebut merupakan satu yang fitrah bagi seorang wanita dan sukar dielakkan, namun beberapa langkah pencegahan untuk menambahbaik keadaan kesihatan mental wanita boleh dilakukan seperti sentiasa menjaga gaya hidup yang sihat dari sudut senaman dan juga pemakanan yang seimbang. Disamping itu, bercakap dengan sesorang juga boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh para wanita.
Teruskan menjaga kesihatan mental dan fizikal kerana keduanya saling berkaitrapat.
Selamat Hari Wanita Antarabangsa, 8 Mac 2023.
#KasihWanita
#HariWanitaAntarabangsa2023
#HariWanitaSedunia2023
#internationalwomensday
#mentalhealth #mentalhealthawareness #suicideprevention #kesihatanmental #kesihatanmentalwanita