Upload

Log in to follow creators, like videos, and view comments.

eh-background

Create effects

See more
© 2023 TikTok

mazzaspice

Mazza Spice

0Following
926Followers
4337Likes

Official TikTok Accout of Mazza Spice. Available for purchase via Shopee MY/SG.

Resepi-Resepi Malaysia bersama Mazza Spice 🇲🇾 #Resepi2

❖ Nasi Minyak Padu Terengganu ❖

Korang kena try resepi ni, serius sedap!
Macam makan kat kenduri. Lagi sedap dimakan dengan Ayam Masak Merah.

Bahan-Bahan
⭐︎ Nasi Basmathi (1 cawan)

⭐︎ Bawang Besar (2 biji)

⭐︎ Pes Bawang Putih & Halia (2 Sudu)

⭐︎ Kayu Manis 

⭐︎ Buah Pelaga 

⭐︎ Bunga Cengkih 

⭐︎ Bunga Lawang 

⭐︎ Daun Salam

⭐︎ Serai

⭐︎ Daun Pandan

⭐︎ Serbuk Kurma Mazza Spice (2 Sudu)

⭐︎ Serbuk Kunyit Mazza Spice (1 Sudu)

⭐︎ Serbuk Lada Putih Mazza Spice (1 Sudu)

⭐︎ Minyak Sapi (5 Sudu)

⭐︎ Susu Sejat (1/2 tin)

⭐︎ Air (2 cawan)

⭐︎ Garam 

⭐︎ Serbuk Perasa 

⭐︎ Cili Merah (1 biji)

⭐︎ Pewarna Merah (1 Sudu)

⭐︎ Kismis 

⭐︎ Gajus




Cara Masak

⭐︎ Cuci & rendam beras (20 min).

⭐︎ Panaskan minyak sapi, goreng kacang gajus & simpan tepi.

⭐︎ Hiris bawang besar, goreng sampai rangup & simpan tepi.

⭐︎ Masukkan rempah kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang & daun salam, tumis sehingga naik bau.

⭐︎ Masukkan serai, pes bawang putih, pes halia & daun pandan.

⭐︎ Masukkan beras dan tumis sekali.

⭐︎ Masukkan air, susu sejat, garam, serbuk perasa, serbuk Kurma, Kunyit & Lada Putih Mazza Spice, kacau sebati.
⭐︎ Selepas nasi dah masak, cucuk & buat lubang kemudian titis pewarna merah dan biarkan 5-10 minit.

⭐︎ Hidang bersama bawang goreng, kacang gajus & kismis.

#menuberbuka #iftar #ramadan #nasiminyak #nasiminyakterengganu #ayammasakmerah #reels #cooking #viral #resepinasiminyak #resepibujang #kenduri #nasikenduri #mazzaspice #rempahratus #resepiresepimalaysiabersamamazzaspice #masakmasak #masakanmelayu #masakankampung #foodie #juadahberbuka #ideasahur #ramadhan2023 #malaysianfoodie #iftar2023
Get TikTok App