TikTok
Upload
Log in
For You
Following
LIVE
Log in to follow creators, like videos, and view comments.
Log in
Suggested accounts
About
Newsroom
Contact
Careers
ByteDance
TikTok for Good
Advertise
Developers
Transparency
TikTok Rewards
TikTok Browse
TikTok Embeds
Help
Safety
Terms
Privacy
Creator Portal
Community Guidelines
© 2023 TikTok
_historybuff
Historybuff
Follow
3
Following
10.2K
Followers
107.4K
Likes
History Buff by Yusrin Faidz Yusoff https://linktr.ee/yfaidzy
Videos
Liked
1597
Sejarah awal penubuhan polis wanita bermula di zaman darurat dengan penubuhan unit Konstabel Khas Wanita pada tahun 1948. Manakala pengambilan anggota polis wanita berpangkat Inspektor mula dibuat pada tahun 1955. Rakaman ini dibuat semasa latihan bagi kumpulan pertama Inspektor Polis Wanita tersebut di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada tahun 1956.
Sumber: Gaumont British Newsreel.
504
Salinan puisi Maharaja Hong Wu (1328-1398) (r.1368-1398) yang dipamirkan di Masjid Besar Xi'an iaitu sebuah masjid tertua di China. Diasaskan pada tahun 742, bangunan masjid yang ada kini dibina pada tahun 1392. Puisi tersebut mengandungi puji-pujian terhadap Nabi Muhammad (ﷺ). Pada asalnya, ia diukir pada prasasti yang diletakkan di masjid-masjid yang dititahkan pembinaanya oleh Maharaja pertama Kerajaan Ming tersebut.
Sumber: The Hundred-word Eulogy, Wikipedia.
102.4K
KDYMM SPB YDP Agong ke-8, Almutawakil Alallah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail (1932-2010) di upacara menepung tawar semasa majlis persandingan puteri baginda, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah di Istana Besar Johor pada tahun 1986. Baginda diiringi KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Tunku Puan Zanariah binti Almarhum Tengku Ahmad (1940-2019). Turut berkenan menepung tawar adalah Paduka Ayahanda dan Bonda Pengantin Putera iaitu KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (1930-2019), dan KDYMM Tengku Ampuan Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Muhammad (1932-1988). Upacara majlis akad nikah pasangan DiRaja tersebut diadakan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada 6 Mac 1986. Klip ini adalah sebahagian dari rakaman FINAS yang berdurasi 56 minit.
Sumber: FINAS, & Pahang Media TV.
Pautan: https://t.ly/oD2C
5271
Klip filem sekitar majlis perletakan batu asas Masjid Negara oleh DYMM SPB Yang DiPertuan Agong Ke-3 iaitu Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail (1920-2000) pada 27 Februari 1963. Ia dihadiri lebih kurang 1,000 tetamu termasuk dif-dif kehormat dari luar negara. Tapak Masjid Negara yang sedang dibina tersebut terdahulunya adalah tapak kawasan kantin tentera dan sebuah gereja. Dana bagi pembinaan Masjid Negara adalah hasil kutipan oleh jawatankuasa yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri iaitu YAB Tun Abdul Razak (1922-1976). Turut hadir di majlis tersebut adalah Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1903-1990). Doa bagi upacara bersejarah tersebut dibaca oleh Mufti Johor. Turut kelihatan adalah model Masjid Negara yang bakal dibina. Ia mengandungi ciri-ciri rekabentuk yang berunsurkan senibina Islam yang bersulamkan unsur-unsur seni tempatan dan diolah secara moden oleh seorang arkitek dari UK iaitu Howard Ashley, dan dua orang arkitek tempatan iaitu Ikmal Hisham Albakri dan Baharuddin Abu Kassim. Klip filem berdurasi 1 minit yang disimpan di arkib UK ini diberi tarikh 1 Mac 1963.
Sumber: Screenocean Ltd, UK.
1614
Klip bertarikh 23 Februari 1942 bertajuk 'Ranee of Sarawak'. Ia adalah rakaman ucapan Lady Brooke atau Sylvia Leonora Brett (1885-1971) di Overseas Club, London. Ketika itu tentera Jepun sedang menyerang Borneo dan tidak dapat dipastikan keberadaan suaminya, Charles Vyner de Windt Brooke (1874-1963) iaitu Raja Putih Sarawak ke-3. Juga dipaparkan adalah acara sambutan ulangtahun ke-100 pemerintahan Raja Putih Sarawak yang dihadiri Charles Brooke dan Lady Brooke pada September 1941.
Sumber: Gaumont British News, & Screenocean Ltd, UK.
3292
Perbarisan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu) yang diketuai Leftenan Adnan Saidi (1915-1942). Acara perbarisan yang dirakam sekitar awal tahun 1937 ini adalah sebahagian dari dokumentari bertajuk "Five Faces of Malaya" oleh Strand Films arahan Alexander Shaw. Pada Mei 1937, versi awal filem ini telah dipersembahkan di London dihadapan penonton peribadi termasuk Sultan Pahang, Sultan Terengganu dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, yang berada di London sempena menghadiri upacara pertabalan King George VI. Leftenan Adnan juga ke London untuk menyertai perbarisan sempena majlis pertabalan King George VI tersebut. Lima tahun kemudian, 1 Melayu dalam klip rakaman ini terlibat dalam pertempuran dengan Tentera Jepun di Singapura pada Februari 1942, di mana 146 dari anggotanya telah terkorban dan 600 menjadi tawanan perang. Leftenan Adnan yang gugur pada 14 Februari 1942 dijulang sebagai wira Singapura dan juga Malaysia atas keberanian beliau yang luar biasa apabila tidak gentar berhadapan dengan musuh walaupun akhirnya beliau dan keseluruhan dari 42 anggota platunnya terkorban. 800 orang Tentera Jepun telah berjaya dibunuh sebelum Leftenan Adnan dan anggota platunnya tumpas.
Sumber: Colonial Film, UK.
Kredit: Tuan Izmal Karim.
'Leftenan Adnan Saidi Pahlawan Bukit Chandu', MAPIM
https://shope.ee/7A5t9XkaRd
6365
Dato' Onn bin Dato' Jaafar (1895-1962) ketika memberi ucapan semasa persidangan Kesatuan Sekerja Persekutuan Tanah Melayu pada Mei 1949. Persidangan tersebut dihadiri 160 delegasi yang mewakili 80 peratus kesatuan sekerja Tanah Melayu yang berdaftar ketika itu. Dato' Onn adalah merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang ke-7 pada 1.6.1947. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya mendesak kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.
Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentang, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Ke-6 diadakan pada Ogos 1951. Ucapan terakhirnya yang masih menjadi tanda tanya sehingga kini berbunyi: “Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat satu gerak langkah sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini …mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri… peta yang dinampak oleh kebanyakkan orang Tanah Melayu ini, barangkali ada berlainan sedikit atau sebanyaknya daripada peta yang terbentang didepan mata saya sendiri… saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakan orang...”
Sumber: Crown Film Unit, Central Office of Information, UK.
345K
Klip sambutan perayaan Thaipusam tahun 1960. Ia merakamkan penganut agama Hindu yang sedang menjalankan upacara keagamaan sempena Hari Thaipusam di Batu Caves pada Februari 1960. Hari Thaipusam merupakan hari bagi penganut agama Hindu menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2023.
Sumber: Screenocean Ltd, UK.
34.6K
DYMM Sultan Alauddin Sulaiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa (1863-1938) (Sultan Selangor V) yang dirakam di Klang, Selangor sekitar awal tahun 1937; iaitu lebih kurang setahun sebelum baginda mangkat. Klip filem ini adalah sebahagian dari dokumentari bertajuk "Five Faces of Malaya" oleh Strand Films arahan Alexander Shaw. Pada Mei 1937, versi awal filem ini telah dipersembahkan di London dihadapan penonton peribadi termasuk Sultan Pahang, Sultan Terengganu dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, yang berada di London sempena menghadiri upacara pertabalan King George VI. Selain upacara di Klang ini, antara rakaman menarik dalam dokumentari tahun 1937 ini adalah rakaman Sultan Pahang, Sultan Perak, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, perbarisan anggota polis Melayu, dan perbarisan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu) yang diketuai Leftenan Adnan Saidi (1915-1942).
Sumber: Colonial Film, UK.
Kredit: Tuan Izmal Karim.
4479
Sebahagian dari klip bertajuk 'Sentuhan magis Faizal Rahmat si tukang 3D' oleh Bernama bertarikh 20 Januari 2023. Selain lakaran visual, terdapat sumber-sumber bertulis yang lebih awal dari Cina yang dapat menggambarkan keadaan Kesultanan Melayu Melaka. Antara yang menarik adalah catatan Huang Zhong dalam 'Hai Yu' (News From the Ocean). Diceritakan oleh Huang Zhong bahawa ekonomi Kesultanan Melayu Melaka adalah pesat dan makmur di mana ia adalah agak mahal bagi pedagang-pedagang asing untuk menetap lama di Melaka. Ini adalah kerana kos sara hidup di Melaka dikatakan 5 kali ganda dibanding kos sara hidup di Cina. Dicatat juga bahawa perkhidmatan perhotelan sudah wujud ketika itu bagi kemudahan para pedagang. Dipetik terjemahan Inggeris catatan Huang Zhong: "The Merchants of the ships live in an hotel, the owner of which always sends female slaves to serve them and sends their food and drink morning and evening ; but if one uses too freely of this he may be sure that all his money will pass into the hands of the other".
Sumber: Victor Purcell (1947). Chinese Settlement in Malacca. JMBRAS Vol. 20, No. 1 (141) (June, 1947), pp. 115-125; & Bernama Official Youtube Channel.
35.9K
Rakaman ketibaan jenazah Allahyarham YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein (1922-1976) di Masjid Negara pada 16 Januari 1976. Allahyarham meninggal dunia pada usia 53 tahun akibat penyakit leukemia. Ketika itu beliau baru memasuki tahun kelima pelaksanaan dasar-dasar utama yang diperkenalkan pasca 1969, seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Jenazah Allahyarham disemadikan di Makam Pahlawan, yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan Malaysia.
Sumber: Screenocean Ltd., UK.
Biografi Tun Razak Bapa Pembangunan Negara.
https://shope.ee/1VQkkVDpGJ
1.1M
Rakaman ketibaan jenazah Allahyarham YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein (1922-1976) di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada jam 5.30 petang, 15 Januari 1976. Dilaporkan bahawa balu Tun Abdul Razak, Toh Puan Rahah (1933-2020), mengiringi jenazah suaminya dari London bersama tiga orang anak lelakinya. Turut hadir menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Tun Abdul Razak adalah DYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustaʻin Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar RiʻAyatuddin Al-MuʻAdzam Shah (1930-2019), dan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1903-1990).
Sumber: Screenocean Ltd., UK.
Biografi Tun Razak Bapa Pembangunan Negara.
https://shope.ee/1VQkkVDpGJ
87.2K
Rakaman semasa ketibaan jenazah Allahyarham YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein (1922-1976) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di 45-46 Belgrave Square, London. Tun Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah pada 14 Januari 1976, jam 11 pagi waktu London (kira-kira jam 6.30 petang waktu Semenanjung Malaysia). Jenazah Allahyarham Tun Abdul Razak berada di Suruhanjaya Tinggi Malaysia selama 2 jam untuk penghormatan terakhir sebelum diterbangkan ke Malaysia. Turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir adalah DYMM Sultan Selangor ke-8 iaitu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah (1926-2001). Pesawat khas yang membawa jenazah Allahyarham Tun Abdul Razak tersebut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada jam 5.30 petang, 15 Januari 1976.
Sumber: Screenocean Ltd., UK.
52.1K
Klip filem yang dirakam selepas pengeboman tentera udara Jepun ke atas Kuala Lumpur pada 5.1.1942. Kelihatan sebahagian bangunan Kelab Selangor yang musnah. Juga kelihatan pasukan bomba Kuala Lumpur dengan bantuan jentera bomba jenis Leyland sedang berusaha memadamkan kebakaran pada sebuah kereta dihadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Dua hari selepas pengeboman ini, British memutuskan untuk berundur ke Johor dan kemudian ke Singapura. Kuala Lumpur menjadi huru hara dengan kedai-kedai dipecah masuk. Ketika British berundur, mereka meneruskan dasar bumi hangus (scorched earth) dengan membakar aset-aset dan infrastruktur penting.
Sumber: Imperial War Museums, London.
Leyland TLM 1937 Fire Truck 1/76 https://shope.ee/9zP25Ab7P4
36.1K
Rakaman filem pihak British bertajuk "Exercise watched by General Wavell and the Sultan of Johore" bertarikh Januari 1942. Berdasarkan rekod pihak Australia, rakaman ini dibuat semasa latihan ketenteraan bersama di Kluang, Johor. Ia disaksikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (1873-1959), Field Marshall Archibald Percival Wavell (1883-1950), Leftenan Jeneral Arthur Ernest Percival (1887-1966), Major Jeneral Ian Stanley Ord Playfair (1894-1972), dan Major Jeneral Henry Gordon Bennett (1887-1962).
Sumber: Imperial War Museums, London.
9707
Tentera South Wales Borderers (SWB) yang dirakam sekitar awal Disember 1957 di Singapura. Rejimen ini ditubuhkan oleh Sir Edward Dering pada tahun 1689 di Ireland untuk berkhidmat dibawah King William III semasa Perang 9 Tahun (1688-1697). Dari tahun 1955 hingga 1960 Batalion Pertama SWB ditugaskan untuk memerangi komunis di Persekutuan Tanah Melayu semasa tempoh Darurat. Rakaman ini dibuat ketika beberapa anggota Batalion Pertama SWB sedang membeli belah di sekitar bandar Singapura sebagai persiapan menyambut perayaan Hari Krismas. Pada tahun 1969, Rejimen SWB diserapkan ke dalam Royal Regiment of Wales; dan kemudian membentuk Royal Welsh Regiment pada tahun 2006.
Sumber: Imperial War Museums, London.
Get app
Get TikTok App